Kongsi artikel ni di FBAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Macam biasa lah. Saya sibuk sangat. Sibuk macam dunia ni ana yang punya…huhuhu.
Maafkan hamba ni deh.
Hari ni, saya ada satu artikel nak kongsi dengan korang. Artikel ni, saya ditulis oleh Penulis Tetamu blog ini iaitu Cik LOGAMAYA. Ia berkenaan petua anti penuaan.
Menurut Cik Logamaya, artikel ni ditulis berdasarkan pandangan pakar, Dr Selvaraj ketika dia menghadiri seminar beliau. Dr Selvaraj sendiri mengamalkannya setelah mengalami pelbagai simpton kesihatan, rambut gugur, resdung dan alergi yng teruk dan penuaan..he took at least 5 years untuk mendapat kesannya..younger than his age..wow..
Cik Logayama kata dia rakam seminar Dr tu…dan mencatatkan poin-poin penting untuk dikongsikan dengan pembaca blog PakarHowTo. Cik Logamaya berharap dengan apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat beri manfaat kepada korang semua.
Sekarang, mari kita baca, fahami dan amalkan tips-tips bagi Anti-Penuaan seperti yang diterangkan oleh Dr Selvaraj.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk cantik, Dr Selvaraj, pakar anti penuaan, pakar awet muda, Panduan, panduan kecantikan, petua cantik, petua kecantikan, Tips, tips anti penuaan, tips awet muda, tips untuk cantik
Kongsi artikel ni di FBArtikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.

9 Langkah Bagaimana Mencari Passion
Dalam artikel sebelum ini – Impotent Goal vs Important Goal, saya telah kongsikan serba sedikit mengapa manusia bersikap seperti malas dan seterusnya gagal mencapai apa yang diimpikan. Ianya turut disokong oleh petikan kata-kata Tony Robbins yang manusia sebenarnya bukan malas, cuma mereka tiada matlamat yang jelas yang boleh membakar semangat mereka.
People are not lazy. They simply have impotent goals – that is, goals that do not inspire them
Seperti yang dijanjikan di akhir artikel tersebut, kali ini saya akan terangkan pula bagaimana mencari sesuatu yang mampu membantu anda membina matlamat mengikut langkah-langkah yang boleh dipraktikkan. Ramai antara kita yang mungkin lebih arif dan sudah berpengalaman dalam membina kerjaya dan cita-cita. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dan ya, saya akui setiap individu mempunyai cara masing-masing dalam menentukan apa yang mereka mahukan. Artikel ini bukan garis panduan yang wajib untuk diikuti. Sekadar membantu mereka yang buntu saban hari bangun dari tidur dan mengulangi rutin yang sama setiap hari sambil mengharapkan keputusan yang berbeza!
Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.
Jika matlamat anda selama ini masih belum tercapai dan anda memang mahu mengubah nasib hidup, saya sarankan anda selesaikan satu masalah ini terlebih dahulu. Masalah tersebut Continue reading »
written by Yun Azhar
\\ tags: bagaimana mencapai kejayaan, bagaimana mencari minat, bagaimana menentukan matlamat, bangkit dari kegagalan, berjaya dalam perniagaan, gagal dan berjaya, gagal mencapai matlamat, goal, goals that do not inspire them, goals that not inspire them, hobi dan kejayaan, impian tidak kesampaian, important goal, impotent goal, jangan terjemahkan ke bahasa melayu guna google translate, keinginan untuk berjaya, kenapa gagal, lama berfikir, langkah mencari minat, makna hidup, matlamat hidup, matlamat kurang jelas, matlamat perlu tinggi, mencapai matlamat hidup, mencari matlamat hidup, mencari passion, menentukan matlamat, menentukan matlamat hidup, menetapkan matlamat, mengapa gagal mencapai impian, mengapa malas, minat menentukan kejayaan, motivasi, motivasi diri, mudah hilang fokus, people are not lazy. they simply have impotent goal, People are not lazy. They simply have impotent goals, peranan minat, petua kejayaan, semangat, Tips, tony robbins
Kongsi artikel ni di FBMungkin ada yang terlepas pandang. Atau mungkin juga masih tak tahu.
Sebelum ini, saya ada buatkan 1 page khusus di facebook untuk para pembaca blog PakarHowTo berinteraksi antara satu sama lain.
 Logo Blog PakarHowTo
Ada ramai juga yang telah like page tersebut. Setakat ini (semasa saya menulis entri ni), ada 5,050 orang yang telah menjadi peminat @ like page tu. Alhamdulillah.
Tapi, melihat kepada rekod statistik yang saya ada. Blog ini, ada lebih dari 6,000 pembaca setia. Jadi, kepada anda yang masih belum like fan page PakarHowTo tu, sila lah tekan button like yer.
Ada banyak perkongsian ilmu,info,gambar dan video-video menarik yang telah dan akan saya kongsikan di sana. Rugi la kalau anda tak mengikutinya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", facebook pakarhowto, fan page pakarhowto, gambar menarik, ilmu bermanfaat, koleksi info berguna, krew-krew pakarhowto, page peminat, pakarhowto di facebook, Panduan, tazkirah, Tips, video menarik
Kongsi artikel ni di FBAdakah anda seorang yang bersyukur? Tahukah anda bahawa cara paling mudah untuk bahagia ialah SENTIASA BERSYUKUR!!!


Bagaimana untuk jadi orang yang sentiasa bersyukur?
1. Setiap kali anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam tadi Anda dapat rehatkan badan. Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari ini. Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya.
2. Ketika anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan anda, kesannya anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan anda. Jangan pertikaian rasa penat, mengantuk, lemah badan, malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana anda mempunyai seorang suami yang menyayangi anda, serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk bersyukur, cara, cara bina sikap suka bersyukur, jadi orang yang bersyukur, orang bersyukur, Panduan, sentiasa bersyukur, syukur, tanam sikap bersyukur, Tips, tips disukai ramai, tips murah rezeki
Hari ini, masa rehat tengahari, saya mengambil peluang untuk membaca surat khabar di satu ruang rehat di pejabat. Ada beberapa rakan sekerja lain, turut sama berada di situ. Sambil baca surat khabar, kami masing-masing bertukar-tukar cerita. Memang begitulah rutin kami. Lepas habis makan tengahari, kalau ada lebihan waktu rehat, kami akan berkumpul di situ dan berbual-bual sambil membaca akhbar.
Hari ini, saya begitu tertarik dengan cerita yang dikongsikan oleh seorang yang berpangkat akak (umur 41 tahun). Saya gelarkan akak ni dengan ‘Ka- S’ saja lah. Semasa rehat tengahari hari tadi, Kak-S telah berkongsi 1 tips, yang saya kira sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua.
Menurut Kak-S, cara paling berkesan (bagi dia) untuk mengurangkan tekanan hidup (stress, perasaan sedih, kecewa dan sebagainya) ialah dengan MELUAHKAN PERASAAN DI DALAM BILIK SORANG-SORANG. Kak-S kata, kalau nak lagi berkesan, semasa meluahkan segala perasaan tu, MENANGIS LA SEPUAS-PUASNYA.
“Aik, biasanya orang luah perasaan pada orang lain. Cerita pada kawan baik, pada adik beradik dan sebagainya. Macammana pulak nak luahkan perasaan sorang-sorang? Kenapa tak luahkan pada orang lain saja? Bukan ker dengan bercerita masalah atau berkongsi cerita dengan orang lain akan membantu kita meringankan ‘beban’ yang ditanggung? Ni first time saya dengar tips luah perasaan sorang-sorang ni…berkesan ker”
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", cara kurangkan stress, cara mengurangkan stress, cara untuk hidup bahagia, cara untuk hidup dengan tenang, hidup bahagia, hidup tenang, ketenangan hidup, kurangkan stress, luah perasaan, menangis, mengubati hati yang tertekan, mengurangkan perasaan sedih, Panduan, panduan kurangkan stress, perasan kecewa, petua kurangkan stress, sedih dan tertekan, stress, tekanan hidup, Tips, ubat hati, ujian hidup, untuk hidup bahagia, untuk hidup tenang
Salam hormat buat semua pembaca. Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan sokongan kepada blog ini. Alhamdulillah, pengunjung blog ini sudah mencecah 2,000 pelawat setiap hari.
Walaupun tidak ramai yang sudi meninggalkan komen, namun saya sudah cukup gembira atas kesudian anda semua datang ke mari. Saya benar-benar berharap agar anda mendapat sesuatu input yang positif melalui info-info dan maklumat yang kami kongsikan di blog ini.
Ramai juga para pembaca yang menghantar email kepada saya, bertanyakan khabar, meluahkan sesuatu masalah, bertanya pendapat dan meminta pandangan tentang pelbagai perkara. Namun, saya minta maaf sekiranya saya tidak dapat menjawab kesemua email yang dihantar. Bayangkanlah, kalau ada 100 email yang masuk, dan saya balas semua 100 email tersebut, maka apa lagi yang boleh saya buat? Sedangkan, saya ada banyak tugas dan tanggungjawab lain. Jadi, maaflah sekiranya saya lambat membalas email anda.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", ebook doa pengasih, jampi pengasih, jutaan terima kasih, koleksi petua, pakarhowto, Panduan, penghargaan kepada pembaca blog, Teknik, Tips
Pada 13 Ogos 2009 lepas kira-kira jam 6:59 petang, blog pakar telah menerima 1 komen dari “bertanya tip”, meminta saya untuk menulis tentang cara bagaimana lelaki gemuk dapat memikat seorang perempuan yang disukainya.

Saya dah bertanyakan kepada beberapa kawan perempuan dan juga isteri saya tentang perkara ini. Saya suruh mereka bayangkan, katakan ada seorang yang gemuk ingin memikat mereka. Apakah yang akan mereka nilai dari seseorang yang cuba memikat dirinya?
Berikut ini adalah hasil kaji selidik yang saya buat ke atas beberapa orang kawan perempuan, termasuk isteri saya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", awek comel, cara pikat, lelaki gemuk, lelaki gemuk mengorat, lelaki gemuk pikat awek comel, nak mengorat, Panduan, pikat perempuan, Tips
Isteri saya ada ‘penyakit’ malas atau tak semangat untuk bekerja. Nak-nak pula selepas bercuti panjang. Dia sering mengadu pada saya. Kenapa dia selalu tak bersemangat untuk bekerja? Kenapa bila tiba pagi Isnin, badan terasa begitu lemah dan tak bermaya? Tiada ke tips yang boleh diamalkan bagi mengubati ‘penyakit’ malas ini?
Yaa, memang kebanyakan daripada kita mengalami masalah ini sebenarnya. Ramai diantara kita yang masih terbawa mood bercuti sehingga rasa malas untuk bekerja semula.
Baiklah, bagi membantu mereka yang ada masalah tak semangat untuk bekerja setelah bercuti panjang terutamanya. Maka, dalam post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda praktikkan untuk membangkitkan semula semangat bekerja setelah lama bercuti.
 Semangat! Semangat!
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bekerja, bersemangat, ghairah bekerja, motivasi kerja, semangat, Tips
Saya baru balik dari kampung semalam. 2 hari dikampung, macam2 aktivti telah dilakukan. Pergi kebun, makan durian, makan rambutan, makan manggis, makan pisang dan macam2 buahan2 lagi, pergi kenduri kahwin kawan lama, cangkul tanah belakang rumah, mandi sungai dan naik motor pusing2 kampung. Pendek kata, masa 2 hari di kampung, penuh dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan….
Tapi…hari ni, badan terasa begitu lesu, penat dan meletihkan. Tambahan lagi, hari ni hari Isnin. Hari Isnin ialah hari paling sibuk saya. Pagi ni saja ada 2 meeting kena attend. Petang ni pula 1 lagi meeting nak kena masuk.
Bercakap tentang penat, letih, lesu dan masalah tidak bertenaga ni. Saya ingin kongsikan dengan anda, tips cara mengatasinya.
Antara yang boleh diamalkan ialah ;
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana, letih, mengurangkan, Panduan, penat, Tips, ubat
Saya menerima tak kurang 7 email yang meminta saya supaya menulis tentang tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.
 Macammana la saya nak pujuk dia ni...ish segan nye...
Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang pakar cinta atau pakar runding perhubungan. Namun, atas dasar perkongsian pengetahun dan pengalaman yang ada, maka saya gagahkan juga diri ini untuk menulis sikit sebanyak tentang tips yang diminta.
Saya harap, orang yang bertanya akan mendapat sikit info yang mungkin dapat menjadi panduan anda.
Berikut ini adalah tips yang dapat saya berikan.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cara, lelaki, masuk, meminang, memujuk, Panduan, pujuk, Tips
|
Komen Terbaru