Peringatan buat isteri : Elak Mencari Bukti Suami Curang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya rasa artikel (jawapan kepada 1 permasalahan rumahtangga yang dikemukakan) ini sangat wajar untuk diberikan perhatian dan dijadikan peringatan khususnya buat para isteri.


Kepada puan yang sedang dilanda ribut perasaan.

Sesungguhnya ribut itu tidak dapat dipastikan dari mana puncanya dan ke mana arah matlamat, serta paling sulit untuk menentukan bila tamat musimnya. Inilah namanya kemelut cinta yang menyeksa.

Persoalan yang puan kemukakan sebenarnya adalah persoalan biasa yang dilakukan oleh lelaki bernama suami. Mungkin berhasrat menguji harga diri (masih ‘macho’ lagi atau tidak) atau mahu suka-suka sebagai perintang waktu dan sebagai selingan dengan pasangan yang ada, atau dia berasa bebas kerana sudah berada di luar kawasan, lalu berasa tidak ada yang kenal dia di Kuala Lumpur. Jadi dia terasa kebebasan itu miliknya atau sememangnya dia mahu menambah lagi satu secara dirancang, di kota ini atau tidak direncana.

Ini disebabkan saya pernah menangani kisah yang hampir serupa. Pengakuan seorang suami yang secara tiba-tiba dia digoda dan atas alasan mahu membantu atau lain-lain alasan yang difikirkan sesuai bagi mereka akhirnya bernikah secara berahsia. Sehinggalah isteri mendapat bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh suami, maka akhirnya suami mengaku yang dia sudah nikah. Alasan dia berahsia dari isteri ‘tidak mahu melukakan hati isteri pertama’ walaupun itu sememangnya sangat melukakan isteri.

Klik utk baca seterusnya…

Doa elak malas, rasa dukacita, tertekan, dan elak kedekut

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Anda selalu berasa malas? Anda ada masalah sering berkeluh kesah dan berasa dukacita? Anda ada sifat penakut dan kedekut? Anda mengalami tekanan hutang dan dizalimi orang lain?

Saya mencadangkan agar anda dapat hafal dan amal doa di bawah ini.

Doa nya tidak panjang mana. Semua orang boleh hafal dan amal.

Bacalah doa ini setiap kali lepas solat. InsyaAllah, semoga dengan doa yang kita baca secara istiqamah (berkekalan) akan dimakbul kan oleh Allah Ta’ala.

Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.

Klik utk baca seterusnya…

Dilemma tunang pendiam, tak pandai ambil hati…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada seorang pembaca setia blog ini menghantar email berceritakan masalahnya dan meminta pandangan dari saya.

Disebabkan saya sibuk sangat buat masa ni, saya tak dapat lagi untuk memberikan pandangan saya. Jadi saya kongsikan masalah tersebut di sini agar anda semua dapat memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Semoga apa yang dikongsikan dapat dijadikan panduan kita bersama.

Berikut adalah kandungan email yang saya terima.

Salam,

Kembali lagi saya bertemu dengan pakarhow to…sebelum ini saya pernah email minta nasihat anda, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi saya nasihat.Dan sekarang saya mengalami dilemma dalam kehidupan saya, cerita begini…..

Klik utk baca seterusnya…

Luah Perasaan? Lepas Geram?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Selamat Tahun Baru Masihi 2010 kepada semua pembaca blog PakarHowTo.

Disebabkan ruangan ‘Lepas Geram?’ mendapat sambutan yang menggalakkan, saya telah membuat sebuah lagi blog khusus untuk anda semua melepas geram dan meluahkan perasaan.

Marilah kita sama-sama memeriahkan blog baru yang saya berikan nama
Blog LuahPerasaan‘. Klik gambar di bawah untuk mula meluahkan perasaan anda.

Lawati blog Luah Perasaan di www.LuahPerasaan.co.cc

dan daftarlah menjadi ahli member blog untuk meluahkan perasaan anda.

Klik Sini untuk download panduan daftar menjadi ahli.

Anda murung? Resah gelisah? Jiwa kosong? Baca ini…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Jangan bermuram durja kerana ianya amat bahaya! Hari ni saya nak share sedikit statistik. Statistik apa ye? Statistik Penyakit Kemurungan (Depression).

Berikut merupakan statistik yang saya perolehi daripada pelbagai sumber yang sedia ada:

  • Kajian juga mendapati setiap hari purata tujuh kes bunuh diri berlaku di negara ini dengan jumlah keseluruhan 2,000 kematian bunuh diri setahun kerana gangguan mental, berbanding sejuta kes bunuh diri setahun di seluruh dunia.
  • Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Mental Sedunia pula, lebih 20 peratus kanak-kanak dan remaja di dunia ini merana akibat penyakit mental dan tiga hingga empat peratus daripadanya memerlukan rawatan yang rapi (Khairina Yasin, 2007).
  • Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa empat penyebab utama masalah kesihatan mental adalah kemurungan, keresahan, insomnia dan bunuh diri.
  • WHO turut menyatakan ramalannya menjelang tahun 2020 bahawa kemurungan akan berada di tangga kedua teratas penyakit selepas penyakit jantung koronari.

Klik utk baca seterusnya…

Suami ego, isteri serba salah dan kecewa

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Lagi aduan masalah rumahtangga yang saya terima melalui email. Seperti saya katakan semalam, saya tak mempunyai banyak masa untuk menjawab setiap masalah yang diadukan kepada saya. Justeru, saya meminta jasa baik rakan-rakan pembaca setia blog ini untuk memberikan pendapat masing-masing terhadap isu yang diketengahkan.

Tu lah orang pompuan, asyik-asyik nak merajuk...

"Tu lah orang pompuan, asyik-asyik nak merajuk..."

InsyaAllah bila ada masa nanti, saya juga akan memberikan pendapat peribadi saya mengenai masalah ini.

Berikut adalah kandungan email yang saya terima dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Lia’, pada 13 Julai 2009 kira-kira pukul 9.08 pagi.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site