Panduan cara untuk unsubscribe email

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada beberapa orang pembaca setia blog pakar menghantar email pada saya meminta supaya memberikan panduan bagaimana untuk ‘daftar keluar’ atau ‘unsubscribe’ daripada mailing list blog-blog yang mereka daftar.

Ada juga beberapa orang yang meminta saya mengeluarkan email mereka dari senarai mailing list atau newsletter pakarhowto. Mereka meminta saya melakukannya bagi pihak mereka, sedangkan saya sangat sibuk. Maaf, saya tak dapat nak tunaikan permintaan anda.

Namun, sebenarnya anda boleh mendaftar keluar atau ‘unsubscribe’ dari mailing list saya dengan sangat mudah (jika anda mahu). Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa saja dan hanya dengan 1 klik saja anda dah boleh stop daripada menerima email / newsletter saya.

Jadi, tak usahlah menghantar email pada saya meminta supaya email anda dikeluarkan dari mailing list. Sebab anda boleh buat sendiri dengan sangat mudah.

Klik utk baca seterusnya…

Petua hilangkan bau durian

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hujung minggu lepas, saya dan isteri balik kampung di Jerantut. Kebetulan masa kami balik tu, durian banyak giler gugur. So, apa lagi. Sampai-sampai jer kat rumah, perkara pertama kami buat ialah, belah & ‘bedal’ buah durian laa. huhu

Saya dan isteri saya ni memang ‘hantu durian‘. Di KL ni pun, kami pantang jumpa durian. Pasti beli punya. Tak kira la di pasar malam ker, di tepi-tepi jalan ker. Memang kami akan singgah kalau terjumpa mana-mana tempat yang ada menjual durian. Walaupun harganya durian di KL ni mahal, tapi nak buat macammana. Dah ketagih. Bedal saja laaa…hehe.

Durian memang beshhh!!!!

Durian memang beshhh!!!!

So, balik kampung baru-baru ni, kami tak lepas peluang la. Perut kosong jer sikit, bedal durian. Bosan2 jer, bedal durian. Malah, sambil2 tengok TV pun kami bedal durian gak. Pendek kata, pagi petang siang malam, kami bedal@makan durian. Bau mulut usah cakap la. 24 jam berbau durian.

Memang tak sia-sia kami balik kampung hujung minggu lepas. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur atas kurniaan nikmat yang Allah berikan pada kami.

Kami balik semula ke KL pada hari Ahad petang. Masa nak balik tu pun, sempat gak kami sumbat beberapa biji durian dalam kereta. Pada mulanya, malas gak nak bawa balik KL. Yer la, nanti habis busuk bau kereta. Isteri saya cakap pun, dia tak berapa tahan bau durian yang terperap dalam kereta. Sebab tahun lepas kami memang dah ada pengalaman pahit bawa durian dalam kereta. Sampai termuntah-muntah dalam perjalanan, dek kerana tak tahan bau durian. Haa masa tu, seminggu pun bau durian tak hilang-hilang. Jadi, tahun ni, kami dah ‘serik’ nak bawa durian dalam kereta.

Klik utk baca seterusnya…

Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya baru balik dari kampung semalam. 2 hari dikampung, macam2 aktivti telah dilakukan. Pergi kebun, makan durian, makan rambutan, makan manggis, makan pisang dan macam2 buahan2 lagi, pergi kenduri kahwin kawan lama, cangkul tanah belakang rumah, mandi sungai dan naik motor pusing2 kampung. Pendek kata, masa 2 hari di kampung, penuh dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan….

Tapi…hari ni, badan terasa begitu lesu, penat dan meletihkan. Tambahan lagi, hari ni hari Isnin. Hari Isnin ialah hari paling sibuk saya. Pagi ni saja ada 2 meeting kena attend. Petang ni pula 1 lagi meeting nak kena masuk.

Bercakap tentang penat, letih, lesu dan masalah tidak bertenaga ni. Saya ingin kongsikan dengan anda, tips cara mengatasinya.

Antara yang boleh diamalkan ialah ;

Klik utk baca seterusnya…

Tips memujuk lelaki @ cara memujuk untuk cepat masuk meminang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya menerima tak kurang 7 email yang meminta saya supaya menulis tentang tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.

Macammana saya nak pujuk dia ni...ish segan laa...

Macammana la saya nak pujuk dia ni...ish segan nye...

Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang pakar cinta atau pakar runding perhubungan. Namun, atas dasar perkongsian pengetahun dan pengalaman yang ada, maka saya gagahkan juga diri ini untuk menulis sikit sebanyak tentang tips yang diminta.

Saya harap, orang yang bertanya akan mendapat sikit info yang mungkin dapat menjadi panduan anda.

Berikut ini adalah tips yang dapat saya berikan.

Klik utk baca seterusnya…

Teknik mengatasi rasa malas ketika bangun tidur

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri. Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala.

Yang penting bagi kita ialah, bagaimana kita dapat mengatasi rasa malas tersebut? Bagaimana kita dapat mengambil manfaat atau hikmah dari sifat malas yang ada dalam diri kita?

Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.

Adeh, malasnye den nak bangun....

Adeh, malasnye den nak bangun....

Malas itu bolehla kita ibaratkan macam iman kita juga. Ada pasang surutnya. Ada kalanya iman kita naik mencanak. Ada juga masa-masanya iman kita jatuh merudum. Tetapi, dengan amalan yang istiqamah, dengan usaha yang dilakukan terus menerus, iman boleh sentiasa meningkat. Atau setidak-tidaknya iman boleh dikekalkan dan tidak menurun.

Begitu jugalah dengan sifat malas ini. Ia boleh dikawal dan boleh diatasi. Ada cara bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini. Dengan mengikut cara yang betul, praktikkan dengan disiplin yang teratur, dilakukan secara konsisten, insyaAllah, kita mampu mengawal rasa malas. InsyaAllah kita akan dapat mengatasi rasa malas. InsyaAllah rasa malas itu boleh berubah menjadi rajin.

Pokoknya, apakah cara atau teknik yang boleh diamalkan untuk mengatasi rasa malas ini??

Klik utk baca seterusnya…

Tips Berhadapan Dengan Boss Yang Cerewet

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Baru-baru ini saya ada menerima email dari salah seorang pembaca blog ini yang meluahkan masalah yang dihadapinya. Beliau meminta kepada saya supaya menulis tentang tips bagaimana untuk berhadapan atau berurusan dengan orang yang banyak karenah atau ‘leceh’ dan cerewet.

Cepat siapkan kerja tu! Nanti aku luku kepala baru tau...hahaha

Cepat siapkan kerja tu! Nanti aku luku kepala tu baru tau...hahaha

Berikut ini saya ‘copy & paste‘  kandungan email yang beliau kirimkan
kepada saya…

Sorry lama tak baca artikel u all. tengah sibuk la sekarang. Saya nak minta tolong la. Boleh tak paparkan panduan atau tips bagaimana nak handle orang yang banyak kerenah, serba tak kena, semua kerja orang buat tak betul, dia je yang betul dan sangat cerewet. Bak kata orang putih “Difficult People“. Ini berkait dengan kerja kat office la.Harap dapat membantu. Terima Kasih.

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab
dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh.

Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang  jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya.

Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni?

Disebabkan saya pernah ada boss yang memang cerewet sebelum ini,
maka kali ini, saya kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat
berhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….hehe

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

  1. Pahala yang berlipat ganda
  2. Keberkatan.

Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

Klik utk baca seterusnya…

Tips bagaimana untuk tidur lebih lena

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Adakah anda seorang yang sukar untuk bangun pada waktu pagi? Rasa mengantuk pada waktu petang? Adakah fikiran anda sentiasa teringatkan tilam empuk, walaupun ketika anda sedang sibuk bekerja pada waktu siang?

Ini semua adalah senario biasa di kalangan kita sebenarnya. Bukan kerana kita malas, tetapi ramai antara kita kekurangan suatu aktiviti yang penting dalam hidup kita, iaitu TIDUR.

Alahai lenanya dia...

Alahai lenanya dia...hik hik

Malangnya, pada zaman kita semua berlumba-lumba mengejar kemakmuran dan terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam, kita mudah terjebak ke dalam gaya hidup yang tidak sihat.

Tahukah anda, banyak sekali hasil penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan itu adalah saling berkait rapat.

Dalam satu artikel yang saya pernah baca, iaitu hasil tulisan Lawrence Epstein, M.D., Pengarah Perubatan Serantau Sleep Health Centers di Boston, Massachusetts, dan bekas presiden American Academy of Sleep Medicine mengatakan bahawa, kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 8 jam waktu tidur semalaman. Tidur ini diperlukan bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah, tetapi ia adalah untuk membantu mengekalkan kesihatan!

Jadi, berhati-hatilah jika anda seorang yang selalu tak cukup tidur. Kerana, kurangnya tidur, boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan. Berikut ini adalah beberapa kesan buruk daripada kurangnya tidur (mengikut satu hasil kajian) ;

Klik utk baca seterusnya…

Tips Dan Petua Untuk Mudah Mengandung

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, saya ada menerima 1 email dari salah seorang pembaca setia blog pakarhowto ini.

Dalam email nya kepada saya, beliau telah berkongsi tentang tips dan petua bagaimana untuk mudah mengandung. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sebenar beliau. Jadi saya rasa, adalah sangat wajar jika saya dapat berkongsi apa yang beliau kongsikan ini dengan anda semua.

Bilelah kita nak dapat anak ni??? huhu

Bilelah kita nak dapat anak ni??? huhu

Semoga apa yang dikongsikan ini, dapat sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka yang sedang berusaha untuk mendapat anak.

Berikut adalah kandungan email yang saya terima dari beliau.

Klik utk baca seterusnya…

Tips Diet Untuk Kuruskan Badan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Setakat ini ada lebih kurang 20 email lebih saya terima dari pembaca setia blog ini meminta tips bagaimana untuk kuruskan badan.

Yang mana pilihan anda. Kurus atau gemuk?

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk?

Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site