Kongsi artikel ni di FBAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Macam biasa lah. Saya sibuk sangat. Sibuk macam dunia ni ana yang punya…huhuhu.
Maafkan hamba ni deh.
Hari ni, saya ada satu artikel nak kongsi dengan korang. Artikel ni, saya ditulis oleh Penulis Tetamu blog ini iaitu Cik LOGAMAYA. Ia berkenaan petua anti penuaan.
Menurut Cik Logamaya, artikel ni ditulis berdasarkan pandangan pakar, Dr Selvaraj ketika dia menghadiri seminar beliau. Dr Selvaraj sendiri mengamalkannya setelah mengalami pelbagai simpton kesihatan, rambut gugur, resdung dan alergi yng teruk dan penuaan..he took at least 5 years untuk mendapat kesannya..younger than his age..wow..
Cik Logayama kata dia rakam seminar Dr tu…dan mencatatkan poin-poin penting untuk dikongsikan dengan pembaca blog PakarHowTo. Cik Logamaya berharap dengan apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat beri manfaat kepada korang semua.
Sekarang, mari kita baca, fahami dan amalkan tips-tips bagi Anti-Penuaan seperti yang diterangkan oleh Dr Selvaraj.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk cantik, Dr Selvaraj, pakar anti penuaan, pakar awet muda, Panduan, panduan kecantikan, petua cantik, petua kecantikan, Tips, tips anti penuaan, tips awet muda, tips untuk cantik
Kongsi artikel ni di FBMungkin ada yang terlepas pandang. Atau mungkin juga masih tak tahu.
Sebelum ini, saya ada buatkan 1 page khusus di facebook untuk para pembaca blog PakarHowTo berinteraksi antara satu sama lain.
 Logo Blog PakarHowTo
Ada ramai juga yang telah like page tersebut. Setakat ini (semasa saya menulis entri ni), ada 5,050 orang yang telah menjadi peminat @ like page tu. Alhamdulillah.
Tapi, melihat kepada rekod statistik yang saya ada. Blog ini, ada lebih dari 6,000 pembaca setia. Jadi, kepada anda yang masih belum like fan page PakarHowTo tu, sila lah tekan button like yer.
Ada banyak perkongsian ilmu,info,gambar dan video-video menarik yang telah dan akan saya kongsikan di sana. Rugi la kalau anda tak mengikutinya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", facebook pakarhowto, fan page pakarhowto, gambar menarik, ilmu bermanfaat, koleksi info berguna, krew-krew pakarhowto, page peminat, pakarhowto di facebook, Panduan, tazkirah, Tips, video menarik
Kongsi artikel ni di FBAdakah anda seorang yang bersyukur? Tahukah anda bahawa cara paling mudah untuk bahagia ialah SENTIASA BERSYUKUR!!!


Bagaimana untuk jadi orang yang sentiasa bersyukur?
1. Setiap kali anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam tadi Anda dapat rehatkan badan. Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari ini. Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya.
2. Ketika anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan anda, kesannya anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan anda. Jangan pertikaian rasa penat, mengantuk, lemah badan, malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana anda mempunyai seorang suami yang menyayangi anda, serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk bersyukur, cara, cara bina sikap suka bersyukur, jadi orang yang bersyukur, orang bersyukur, Panduan, sentiasa bersyukur, syukur, tanam sikap bersyukur, Tips, tips disukai ramai, tips murah rezeki
Sejak semalam (03/Jan/2010), gigi geraham aku sakit. Balik dari kerja, sempat gak aku singgah pasar malam sebab bini pesan suruh beli Kebab Daging.
Lepas beli, aku terus pecut ke rumah. Dah tak tahan sakit gigi ni. Rasa nak cabut laa-laa tu juga. Sampai di rumah, bini aku bertanya ;
“Aik, kenapa beli 1 jer. Awak punya makanan takde ker?”
Aku pun terus terang saja.

“Gigi saya sakit la. Takleh nak makan. Sakit giler ni.”
“Awak ada ‘ponstant‘ (ubat tahan sakit) dak?. Saya dah tak tahan ni.”
Bini aku pun terus masuk ke bilik mencari ‘ponstant’ untuk aku.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cabut gigi, cara kurangkan sakit gigi, gigi berlubang, gigi sakit, koleksi petua, panadol, Panduan, petua elak sakit gigi, petua hilangkan sakit gigi, petua jaga gigi, petua kurangkan sakit gigi, ponstant, rasa sakit gigi, sakit gigi, sakit gigi geraham, ubat tahan sakit
Hari ini, masa rehat tengahari, saya mengambil peluang untuk membaca surat khabar di satu ruang rehat di pejabat. Ada beberapa rakan sekerja lain, turut sama berada di situ. Sambil baca surat khabar, kami masing-masing bertukar-tukar cerita. Memang begitulah rutin kami. Lepas habis makan tengahari, kalau ada lebihan waktu rehat, kami akan berkumpul di situ dan berbual-bual sambil membaca akhbar.
Hari ini, saya begitu tertarik dengan cerita yang dikongsikan oleh seorang yang berpangkat akak (umur 41 tahun). Saya gelarkan akak ni dengan ‘Ka- S’ saja lah. Semasa rehat tengahari hari tadi, Kak-S telah berkongsi 1 tips, yang saya kira sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua.
Menurut Kak-S, cara paling berkesan (bagi dia) untuk mengurangkan tekanan hidup (stress, perasaan sedih, kecewa dan sebagainya) ialah dengan MELUAHKAN PERASAAN DI DALAM BILIK SORANG-SORANG. Kak-S kata, kalau nak lagi berkesan, semasa meluahkan segala perasaan tu, MENANGIS LA SEPUAS-PUASNYA.
“Aik, biasanya orang luah perasaan pada orang lain. Cerita pada kawan baik, pada adik beradik dan sebagainya. Macammana pulak nak luahkan perasaan sorang-sorang? Kenapa tak luahkan pada orang lain saja? Bukan ker dengan bercerita masalah atau berkongsi cerita dengan orang lain akan membantu kita meringankan ‘beban’ yang ditanggung? Ni first time saya dengar tips luah perasaan sorang-sorang ni…berkesan ker”
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", cara kurangkan stress, cara mengurangkan stress, cara untuk hidup bahagia, cara untuk hidup dengan tenang, hidup bahagia, hidup tenang, ketenangan hidup, kurangkan stress, luah perasaan, menangis, mengubati hati yang tertekan, mengurangkan perasaan sedih, Panduan, panduan kurangkan stress, perasan kecewa, petua kurangkan stress, sedih dan tertekan, stress, tekanan hidup, Tips, ubat hati, ujian hidup, untuk hidup bahagia, untuk hidup tenang
Salam hormat buat semua pembaca. Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan sokongan kepada blog ini. Alhamdulillah, pengunjung blog ini sudah mencecah 2,000 pelawat setiap hari.
Walaupun tidak ramai yang sudi meninggalkan komen, namun saya sudah cukup gembira atas kesudian anda semua datang ke mari. Saya benar-benar berharap agar anda mendapat sesuatu input yang positif melalui info-info dan maklumat yang kami kongsikan di blog ini.
Ramai juga para pembaca yang menghantar email kepada saya, bertanyakan khabar, meluahkan sesuatu masalah, bertanya pendapat dan meminta pandangan tentang pelbagai perkara. Namun, saya minta maaf sekiranya saya tidak dapat menjawab kesemua email yang dihantar. Bayangkanlah, kalau ada 100 email yang masuk, dan saya balas semua 100 email tersebut, maka apa lagi yang boleh saya buat? Sedangkan, saya ada banyak tugas dan tanggungjawab lain. Jadi, maaflah sekiranya saya lambat membalas email anda.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", ebook doa pengasih, jampi pengasih, jutaan terima kasih, koleksi petua, pakarhowto, Panduan, penghargaan kepada pembaca blog, Teknik, Tips
Pada 13 Ogos 2009 lepas kira-kira jam 6:59 petang, blog pakar telah menerima 1 komen dari “bertanya tip”, meminta saya untuk menulis tentang cara bagaimana lelaki gemuk dapat memikat seorang perempuan yang disukainya.

Saya dah bertanyakan kepada beberapa kawan perempuan dan juga isteri saya tentang perkara ini. Saya suruh mereka bayangkan, katakan ada seorang yang gemuk ingin memikat mereka. Apakah yang akan mereka nilai dari seseorang yang cuba memikat dirinya?
Berikut ini adalah hasil kaji selidik yang saya buat ke atas beberapa orang kawan perempuan, termasuk isteri saya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: "How To", awek comel, cara pikat, lelaki gemuk, lelaki gemuk mengorat, lelaki gemuk pikat awek comel, nak mengorat, Panduan, pikat perempuan, Tips
Saya sangat suka berbual dan berbincang dengan kawan-kawan saya tentang pelbagai perkara. Terutamanya tentang politik dan masalah-masalah ummat akhir zaman.
Yer lah, apabila berbincang dengan ramai orang. Bukan semua pendapat dan pandangan kita tu akan sama dengan orang lain. Apabila berlakunya pertembungan pendapat, maka kematangan dan sifat berlapang dada adalah sangat penting.
Saya pernah beberapa kali juga bertegang leher dan bertengkar dengan kawan-kawan saya tentang beberapa isu. Namun, Alhamdulillah, oleh kerana kami masing-masing boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pendapat yang timbul, hubungan kami masih sangat baik. Malah, sehingga ke hari ini, kami kadang-kadang akan berjumpa di kedai mamak untuk berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai perkara dan isu semasa.

Pada pendapat saya, dalam hal yang berkaitan dengan perkara agama terutamanya, maka adalah LEBIH BAIK kita MENDIAMKAN DIRI sekiranya kita tidak arif tentangnya. Jangan sekali-kali cuba berdebat mengenai sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak pasti. Takut nanti, kita berbalah sesama sendiri, sedangkan kita sebenarnya jahil mengenainya.
Kelmarin, ada seorang sahabat saya ada mengirimkan 1 artikel yang sangat baik untuk kita sama-sama baca dan ambil peringatan mengenainya. Artikel tersebut adalah mengenai “Panduan Berbeza Pendapat Mengenai Sesuatu Masalah Agama”
Bacalah dan sama-sama lah kita mengambil pengajaran daripadanya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: berbeza pendapat, khilaf, manhaj, masalah agama, mujtahid, Panduan, ulama
Bagi menunaikan permintaan Saudara Junaidi yang bertanyakan tentang panduan memberi nama anak, maka saya kongsikan artikel ini. Semoga artikel ini menjadi rujukan kita bersama.
Panduan Memberi Nama Anak.
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: anak, lelaki, memberi, nama, nama anak, Panduan, perempuan
Tidak kurang 3 orang pembaca blog ini telah meminta saya untuk menulis mengenai panduan cara bagaimana untuk membuat orang tertarik dan suka pada kita.
Baiklah saya akan kongsikan dengan anda pengalaman dan cara yang saya amalkan.
Mungkin ramai diantara anda yang sedia maklum, saya sekarang bekerja sebagai translator atau penterjemah di sebuah syarikat Jepun. Kerja saya memang banyak berjumpa dengan orang (sebab kena jadi penterjemah bagi boss). Setiap hari saya akan berjumpa dengan ramai orang dari berbagai-bagai latar belakang dan umur.
Melalui pengalaman kerja saya (dah 6 tahun kerja) yang memang banyak bertemu dan berjumpa dengan orang ini, ada 2 perkara asas yang boleh anda lakukan, dalam usaha membuatkan orang yang anda jumpa, minat dan suka pada anda. Apakah 2 perkara asas tersebut?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: buat, cara, dikasihi, menawan, orang lain, Panduan, suka, tertarik
|
Komen Terbaru