Saya dapati sekarang ini ramai sekali orang disekeliling saya nampak begitu tertekan dengan bermacam-macam hal. Ada yang menghadapi masalah cinta, masalah kerja, masalah rumahtangga, masalah pakwe makwe, masalah ekonomi dan sebagainya.
Malah kami di PakarHowTo menerima banyak email yang menceritakan perihal masalah dan tekanan yang mereka hadapi. Ramai yang meminta pelbagai nasihat dan pandangan dari kami untuk menyelesaikan masalah mereka.
Paling memeranjatkan ialah, ada diantara mereka yang menghantar email kepada kami menyatakan bahawa mereka begitu tertekan dengan masalah hidup hingga terfikir sampai mahu membunuh diri. Na’uzubillah.
Lihatlah betapa seriusnya keadaan masyarakat sekarang ini!
Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang.
Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.
















