
Semua orang, laki ke pompuan, tua ke muda, kaya ke miskin, sikit sebanyak pasti akan merasai tekanan atau stress.
Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.
Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.
Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan.
Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?
Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress, yang saya dapat daripada Dr. Danial ini. Klik utk baca seterusnya…