Hukum Tarian Poco-poco

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya minta maaf sebab dah lama benar saya tak update blog ni. Bagi mereka yang masih tak tahu, sebenarnya saya baru saja kehilangan ayahanda tercinta yang telah pulang ke rahmatullah pada 24 Mac 2011 yang lepas. 4 bulan lepas, saya kehilangan ibu. Dan kini, kedua-dua orang yang saya paling sayang telah tiada di muka bumi ini. Hanya Allah yang tahu betapa sedih dan pilunya hati.

Jenazah abah sebelum dikebumikan...

Jenazah abah sebelum dikebumikan...

Apa-apapun, kehidupan perlu diteruskan. Saya akan terus berdoa agar Allah ampuni dan kasihani kedua ibu bapa saya sepertimana mereka mengasihani saya semasa saya kecil. Amin.

Mengambil kesempatan ini, saya ingin memohon kepada anda semua agar sedekahkan bacaan surah fatihah kepada arwah ibu dan abah saya. Al-Faatihah.

Dalam entri kali ini, saya hanya ingin berkongsi dengan anda tentang 1 FATWA yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak mengenai tarian poco-poco. Sila baca salinan surat di bawah ini ;

Klik utk baca seterusnya…

Lagi tentang Poco-Poco…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Setelah saya kongsikan artikel atau maklumat tentang Poco-Poco dalam entri yang lepas, saya menerima beberapa komen, pandangan dan kritikan mengenainya.

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya sebenarnya tidak pasti sejauh mana benarnya artikel tentang tarian poco-poco tersebut. Saya kongsikan artikel tersebut sekadar berkongsi info dan maklumat yang saya ada sahaja. Saya hanya risau, kalau-kalau dek kerana keasyikan kita meniru tarian yang kita tidak tahu asal usul nya itu, kita tersesat menyalahi syariat agama kita. Itu yang saya risaukan. Sebab itulah saya kongsikan maklumat yang saya dapat.

Jika inginkan kepastian, tolong jangan tanya saya sebab saya pun tak pasti. Kalau nak tahu juga, anda kena la buat kajian dan selidik sendiri. Cubalah bertanya kepada ustaz ker atau mereka yang lebih arif mengenainya.

Walaubagaimanapun, dalam post kali ini, saya kongsikan sedikit info yang saya terima dari salah seorang pembaca setia blog pakar yang dikenali sebagai “Pang5 Silat” mengenai tarian poco-poco yang penuh kontroversi ini. Beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk forward artikel tentang tarian poco-poco kepada kawannya.

Dan berikut ini adalah penjelasan yang diterima oleh beliau daripada kawannya.

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Tarian Poco-poco

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.

Makcik pun menari poco-poco

Makcik pun menari poco-poco

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ‘senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site