Kongsi artikel ni di FBHari ni adalah hari ke-6 kita berpuasa. Macammana dengan puasa anda semua? Ada yang ponteng? Jangan ponteng tanpa sebab yer saudara. Berdosa tau.
Bagaimana pula dengan amal ibadah kita dalam bulan puasa ni? Meningkat atau sama saja macam bulan-bulan biasa? Macammana dengan solat tarawih? Baca Quran dah dapat berapa juzuk?

Sempena bulan Ramadhan yang istimewa ini, saya ingin mengajak anda semua untuk menghayati maksud hadith di dalam post kali ini.
Hadith ini adalah berkaitan fadhilat membaca Quran. Berikut adalah maksud hadith tersebut ;
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: alam kubur, fadhilat quran, fadhilat ramadhan, godaan syaitan, hadith tentang kelebihan membaca quran, kelebihan membaca quran, pembela di dalam kubur, syafaat nabi, syafaat quran, tazkirah ramadhan
Kisah ini khusus ditujukan khusus kepada mereka-mereka yang ada niat untuk menjadikan al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri yer.

Bacalah kisah ini dan fahami lah mesej yang ingin disampaikan dari kisah ini.
Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: al-quran, faedah membaca quran, hadiah quran, hadith nabi mengenai quran, hantaran perkahwinan, kelebihan membaca quran, quran sebagai hantaran, syafaat quran
Komen Terbaru