Hari ni saya nak kongsi 1 lagi masalah rumahtangga. Seorang isteri yang tertekan dan buntu mengenai suaminya yang bermasalah.
Kalau anda ada komen, pendapat @ pengalaman yang ingin dikongsikan, sangat-sangat dialukan.
![]()
Dilemma suami bermasalah…
As-salam..
PakarHowTo (PHT), sy sebenarnya tak tahu mcm mana lg nk selesaikan masalah sy nie. Sy cuba b’sabar, tp rsnya kesabaran sy sdh sampai ke tahapnya…Sy pohon, jka PHT dpat memberi nasihat sy amat berbesar hati. Tp jk tdkpun cukuplah sy skdr meluahkan perasaan yg sy tgg selama ni.
Utk pengetahuan PHT, usia perkahwinan sy n suami sdh mencecah 10 tahun. Sy kira dlm 10 tahun tu sepatutnya kami sdh dpt mengenal hati budi masing2. Tp apa yg berlaku pd kami adalah sebaliknya. Di awal perkahwinan lg sy tidk dpt meraskn kemanisan berumah tangga. Sy berkahwin diusia yg sgt muda iaitu 21 tahun dan ketika itu sy msh lg belajar di IPTA, manakala suami pula baru mendapat kerja di Utara. Semasa sy mengambil keputusan berkahwin, sy nmpak suami mempunyai ciri2 yg sy cari iaitu seorang yg menjaga solat, penyabar, baik, bijak dn bnyk lg kualiti yg baik sy nmpk pd dirinya. Sdgkan sy ni seorang yg pemarah, tidak sabar dan kurang menjaga solat. Sy pernah bg tau pd dia yg sy nk dia bimbing sy n ajar sy mngaji al-quran bila b’kahwin kelak memandangkan dulu sy agak lalai memenuhi tuntutan agama.
Tp bla sy b’kahwin, sy dapati dia tidak seperti yg sy kenal sebelum ini. Ternyata dia seorang yg malas, suka tidur dr pg sampai ke petang (bla dh tidur begitu sdh tentulah solat pn entah kemana kan?), suka tgk cerita lucah, tdk menjaga kebersihan diri, pemarah (suka memaki hamun) dan sgt ego dan tdk memkirkan perasaan org sekeliling. Sy mengaku, jk dia tdk tdur mmg dia tdk tggl solat, tp solatnya slalu diakhir waktu. Keadaan ini buat sy rs sgt kecewa kerana sy yg t’umbang ambing & perlukan sokongan suami n didikan dr suami. Malangnya suami seakan2 lupa janji dia tuk bimbing sy bla kami sdh b’kahwin. Suami jg suka marah2, pantang slap skit dia akan memaki hamun (sprti babi, anak haram, setan, shit dll) dn sjk b’kahwin dgn dia sy pula t’ikut2 dgn perckpan dia apabila sy marah. Dulu w/pun sy tidak menjaga solat n pemarah, tp sy tdk pernah mencaci atau mengguna perkataan2 seperti itu, malah mngguna perkataan aku & kau jg tdk pernah. B’kahwin dgn dia mnjadikan sy smakin lalai n mngabaikan tggjwb sy sbg hamba Allah.


















