Berikut ini saya kongsikan 1 lagi email aduan masalah rumahtangga yang saya terima pada bulan 3 yang lalu. Baru kini dapat saya kongsikan dengan anda semua.
Kepada yang menghantar email dan bertanya tu, saya susun sepuluh jari memohon maaf atas keterlewatan saya berkongsi masalah anda di sini. Sorry yer.
Harap-harap, ramai lah para pembaca semua yang akan bagi komen @ pandangan @ kongsi pengalaman berkenaan dengan isu ini.
Isteri tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?
Assalamualaikum PakarHowTo.
Saya telah baca ‘kisah rumahtangga paling tragis pernah saya terima‘. Setelah saya baca saya andaikan kisah tersebut bila diterbalikkan akan menjadi kisah pada hidup saya pula.
Mungkin saya kah yang masih tidak sedar diuntung atau genuine kah sikap dan perasaan saya menipu diri sendiri dengan berpura-pura masih menyayangi suami.
Kisah saya bermula begini :
Saya telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai 4 cahaya mata berusia 21 hingga 6 tahun. Sepanjang perkahwinan saya amat ikhlas dan tiada apa-apa rahsia untuk suami saya sembunyikan. Namun suami mempunyai banyak rahsia peribadi yang saya tidak ketahui, tapi saya redha walaupun suami tidak mahu menceritakannya demi kebaikan rumahtangga saya.
Perkahwinan saya adalah juga bermakna saya berkahwin dengan keluarga dan saudara-maranya. Tahun ke 2 perkahwinan adik2 ipar saya mula menunjukkan rasa ketidaksenangan di atas kemewahan yang suami berikan pada saya.
Untuk pengetahuan saya masih tidak tahu berapa pendapatan suami sebenarnya kerana suami bekerja dalam syarikat terunggul di Malaysia yang mempunyai gaji 5 angka. Saya juga bekerja di sektor kerajaan berpendapatan sederhana. 5 tahun perkahwinan saya masih tidak punya barang kemas atau mendapat apa-apa hadiah di hari lahir dan ulang tahun perkahwinan. Mungkin pada ketika itu saya benar2 ikhlas dan tidak pandai meminta2 pada suami.


















