Suami tak suka keluarga isteri, apa patut dibuat?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Ni ada satu lagi masalah rumahtangga yang saya terima melalui email. Saya kongsikan dengan anda untuk dapatkan pendapat @ pandangan. Kongsikanlah pengalaman atau pandangan anda tentang permasalahan yang dibangkitkan ini yer.

*(Kepada yang bertanya masalah ni, saya minta maaf sebab tak sempat nak komen @ bagi pendapat apa-apa. Harap-harapnya adalah rakan pembaca blog ini akan mencoret sepatah dua yer ;) TQ

Assalamu’alaikum..
Saya nak minta bantuan PHT…mgkin pht tak bkesempatan untuk beri pndpt bkenaan hal ni, jadi boleh juga kalau dipublish ke blog pht untuk dptkan nasihat dr pengunjung2 blog pht.

Masalah saya ialah suami yang tak mesra dengan keluarga saya. Setelah setahun lbih bkahwin baru saya tahu yang suami berdendam kesumat dengan keluarga saya, disebabkan kata2 mak saya masa merisik dulu.Bagi saya takde salahnya kata2 mak saya masa tu “kalau solat tp tak usaha tak guna”.Kami dah berkahwin 1 thn 8 bln.Selama kahwin hanya berapa kali saja suami ikut saya pulang ke kg. Mak ayah saya sering bertanya kenapa suami tak ikut sekali, sampaikan saya menipu mereka untuk ‘cover dan backup’ suami saya…rasa berdosa sangat…astaghfirullah.Mertua pula tak pernah nasihatkan anaknya tu untuk ikut saya balik sekali.

Bayangkan, baru2 ni majlis perkahwinan adik saya.Suami langsung tak dtg tolong kat rumah saya, boleh dia duk mhadap game sepanjang hari…datang masa majlis je,patut ke macam tu???padahal mereka stay di rumah adik ipar saya yang kbetulan mmg dh dlm satu taman dengan rumah parents saya, 5 minit je dah sampai.Majlis nikah adik saya pun suami tak datang! Tapi…saya berdiam diri je…takde nak mpersoalkan, sebab taknak cari gaduh.

Klik utk baca seterusnya…

Derita hati seorang isteri…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari demi hari, saya menerima banyak lagi email yang mengadu mengenai pelbagai perkara. Kesemua mereka meminta saya memberikan pandangan dan komen saya terhadap masalah yang mereka hadapi.

Aduhai kawan-kawan. Sudah saya katakan berkali-kali. Saya tak mampu untuk menjawab kesemua email yang diberikan. Ya, kalau ikutkan hati, saya memang nak tolong dan beri pendapat saya. Saya memang teringin nak balas setiap komen yang ditulis di blog ini. Namun, saya minta maaf, saya benar-benar tidak mampu untuk berbuat demikian lantaran kesibukan saya pada tugasan yang sentiasa ada saban hari dan ketika.

Malah ada beberapa orang rakan meminta saya memberikan testimoni untuk produk yang mereka baru lancarkan. Tapi saya pohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka. I am really sorry guys. Masa yang saya ada benar-benar terbatas. Sedangkan komitmen saya menggunung tinggi banyaknya.

Saya harap, kepada semua yang mengirim email kepada saya tu, kalau saya tak jawab, jangan kecil hati yer. Saya bukan sengaja malas nak jawab, tetapi seperti yang saya kata. Saya memang tak menang tangan…

Namun, bagi tidak mengecewakan mereka yang mengadu masalah dengan saya tu, saya akan cuba kongsikan beberapa kandungan email yang diberikan dengan semua pembaca blog pakar ini.

Diharapkan, kepada mana-mana pembaca yang ada komen atau pendapat terhadap masalah yang dibangkitkan, bolehlah tinggalkan komen / pendapat anda di ruangan komen tu yer.

Apa jua bentuk komen dan pandangan adalah sangat dihargai. Namun, saya harap, janganlah ada diantara kita yang menggunakan bahasa-bahasa kasar dan kurang ajar yang boleh melukakan hati orang lain.

Berikut adalah kandungan email yang baru saja saya terima semasa waktu rehat makan tengahari tadi. Email kali ini adalah aduan mengenai keperitan duka hati seorang isteri…

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site