Saya diuji dengan pelbagai ujian akhir-akhir ni. Satu demi satu dugaan datang melanda. Paling saya sedih apabila kehilangan kedua-dua orang tua (mak + abah) yang amat saya sayangi. Hanya Allah saja tahu betapa sedih dan pilunya hati mengenangkan mereka. Saya berdoa semoga Allah ampunkan dan rahmati mereka di ‘sana’…

Arwah Abah + Arwah Mak...Hari Raya 2007
Disebabkan pelbagai ujian @ dugaan yang diterima, hidup saya menjadi agak sedikit berterabur dan terganggu. Begitu juga dengan blog ini. Kadang-kadang sampai seminggu, saya tak sempat langsung untuk update.
Saya minta maaf banyak-banyak kepada pembaca blog ini yang menghantar mesej (samaada melalui email, facebook atau SMS), tetapi tidak sempat dijawab oleh saya. Saya bukanlah sombong dan tak pedulikan mesej anda. Sebenarnya saya perlukan sikit masa untuk selesaikan hal-hal peribadi saya terlebih dulu. InsyaAllah sikit masa lagi, saya akan balas semua email/sms/mesej di facebook. Harap bersabar yer
Untuk kali ini, saya nak kongsikan 1 masalah rumahtangga yang dikirimkan kepada saya. Kalau anda ada apa-apa pendapat @ pandangan, dipersilakan untuk tinggalkan komen di bahagian bawah tu yer. Terima kasih
Assalamualaikum…
Terlebih dahulu saya ingin berkongsi pendapat dengan tuan / puan tentang masalah yang saya hadapi. Saya telah berkahwin dan telah mempunyai dua orang anak. Saya berasal dari keluarga yang senang manakala suami saya berasal dari kampung dan keluarga susah. Masalah saya ialah suami saya terlalu mementingkan keluarganya dari saya. Kadang-kadang respon yang diberikan keluarga mentua saya pun agak sedikit menghampakan. Saya bukannya nak mengaibkan mana-mana pihak tetapi saya rasa agak tertekan kerana dah terlalu lama menyimpan perasaan yang terbuku selama ini. Layanan yang diberi oleh keluarga mentua ada masanya ok adakalanya tak ok. Saya tak tahu dimana silapnya saya di mata keluarga mentua saya? Rasanya saya sudah cuba berikan sebaik mungkin untuk menjernihkan suasana.
















