Suami main kayu tiga, isteri rasa nak bunuh diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ni nak kongsi lagi 1 masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Harap dapat komen-komen bernas dari anda. Malam ni saya akan tulis komen saya.

cerai

Suami main kayu tiga, isteri rasa nak bunuh diri

Pakar,

Saya berkahwin belum sampai 2 tahun tapi saya tak pernah merasa nikmat berumahtangga. Saya tak pernah tinggal “sebumbung” dengan suami yang dikahwini atas dasar cinta. Lepas berkahwin suami tidak mahu membawa saya tinggal bersamanya di KL. Dia tak cari rumah atau tak buat apa-apa persediaan seperti kebanyakan orang berkahwin.

Rupa-rupanya dia jalinkan hubungan sulit dengan seorang perempuan iban yang beragama kristian dan tinggal di Sarawak. Rupanya sudah banyak kali suami saya ke sana (sarawak) dan melakukan maksiat.

skandal

Bila ditanya memang dia tak pernah mengaku sehingglah saya menjumpai telefon yang digunakan untuk perempuan itu. Semua mesej di dalam telefon itu hanya mesej lucah. Lebih menyedihkan saya jumpa gambar lucah dan video lucah mereka di hotel…astaghrifullahal’aziim!

Klik utk baca seterusnya…

Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ni saya nak kongsi 1 lagi masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Hati saya sentiasa berasa sesak dan sebak apabila membaca masalah sebegini. Apa nak jadi dengan institusi kekeluargaan kita sekarang ni? Begini terukkah konflik yang terjadi?

Sila baca masalah ini dengan penuh penghayatan. Bayangkan anda berada dalam situasi si pengadu.

Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata

masalah rumahtangga

Salam Pakar,
Semoga diberkati Allah SWT hendaknya..

Sebelum itu saya ingin kenalkan diri saya, nama saya Sofiyya (bukan nama sebenar) seorang ibu berusia 34 tahun dan telah mendirikan rumahtangga 14 tahun 19 hari saya mempunyai 3 orang anak lelaki, yang paling kecil berusia 10 tahun.

Mohon maaf jika email saya ini menganggu masa Pakar, tapi saya amat berharap agar Pakar sudi membacanya sehingga ke akhir…

Pakar,

Selama 14 tahun mendirikan rumahtangga sudah banyak kali hati saya disakiti.

Untuk pengetahuan Pakar sebelum ini saya dan suami saya hidup berjauhan, dia di kl dan saya di kuantan, mungkin kerana hubungan jarak jauh kami ini membuat dia mencari teman di luar, tapi Pakar sudah beribu kali saya minta suami saya untuk membawa saya dan anak-anak sekali ke kuala lumpur, namun suami sering memberi beribu alasan, tahulah saya yang suami saya ada mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Klik utk baca seterusnya…

Peringatan buat isteri : Elak Mencari Bukti Suami Curang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya rasa artikel (jawapan kepada 1 permasalahan rumahtangga yang dikemukakan) ini sangat wajar untuk diberikan perhatian dan dijadikan peringatan khususnya buat para isteri.


Kepada puan yang sedang dilanda ribut perasaan.

Sesungguhnya ribut itu tidak dapat dipastikan dari mana puncanya dan ke mana arah matlamat, serta paling sulit untuk menentukan bila tamat musimnya. Inilah namanya kemelut cinta yang menyeksa.

Persoalan yang puan kemukakan sebenarnya adalah persoalan biasa yang dilakukan oleh lelaki bernama suami. Mungkin berhasrat menguji harga diri (masih ‘macho’ lagi atau tidak) atau mahu suka-suka sebagai perintang waktu dan sebagai selingan dengan pasangan yang ada, atau dia berasa bebas kerana sudah berada di luar kawasan, lalu berasa tidak ada yang kenal dia di Kuala Lumpur. Jadi dia terasa kebebasan itu miliknya atau sememangnya dia mahu menambah lagi satu secara dirancang, di kota ini atau tidak direncana.

Ini disebabkan saya pernah menangani kisah yang hampir serupa. Pengakuan seorang suami yang secara tiba-tiba dia digoda dan atas alasan mahu membantu atau lain-lain alasan yang difikirkan sesuai bagi mereka akhirnya bernikah secara berahsia. Sehinggalah isteri mendapat bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh suami, maka akhirnya suami mengaku yang dia sudah nikah. Alasan dia berahsia dari isteri ‘tidak mahu melukakan hati isteri pertama’ walaupun itu sememangnya sangat melukakan isteri.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah skandal boss dengan setiausahanya

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya kongsikan kisah ini sekadar untuk hiburan di kala kebosanan. :) Dihujung cerita, saya coretkan beberapa pengajaran untuk kita sama-sama ambil pengajaran dari cerita ini.

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber’ehem’ ehem’…(faham2 aje lah), sampai akhirnya mereka tertidur.

Boss tersebut tersedar pada jam 10 malam. Kelam kabut dia menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi. Dengan lantasnya dia menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu pun segera pulang ke rumah.

Klik utk baca seterusnya…

Tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Setiap hari, ada saja yang menghantar email mengadu masalah kepada saya. Macam-macam perkara yang diluahkan.

Saya terharu atas kepercayaan anda kerana mengadu masalah kepada saya. Namun, saya minta maaf sekiranya saya tak dapat nak mengulas panjang.

Sejuta kemaafan sekiranya saya tak sempat nak balas atau lambat untuk memberikan respon kepada setiap permasalahan yang dibangkitkan.

Apa yang boleh saya bantu, cuma berkongsi masalah anda di blog ini. Agar semua pembaca dapat memberikan pendapat dan pandangan masing-masing.

Semoga dengan perkongsian pandangan dan pengalaman dari semua pembaca sekalian, kita semua yang membacanya akan dapat manfaat bersama insyaAllah.

Baiklah, hari ini, saya kongsikan dengan anda 1 lagi masalah rumahtangga yang dihantar kepada saya.

Baca dan berikan pandangan anda. Semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran daripada apa yang dikongsikan.


Tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?

Saya telah berkahwin hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Masalah bermula selepas saya dapat tahu pada tahun ke-6 usia perkahwinan rupa-rupanya suami curang pada saya semenjak mula kawin lagi. Rahsia ni terbongkar bila saya secara tak sengaja terjumpa telefon yang suami sembunyikan selama ini.

Betapa hancur luluhnya hati apabila mendapati terdapat banyak mesej antara perempuan tu dan suami. Pada mulanya suami tak mengaku tetapi setelah ditunjukkan bukti baru la dia mengaku.

Betapa bodohnya saya rasakan ketika itu sebab diperlakukan begitu. Macamana tak bodoh…untuk pengetahuan, saya bekerja syif. Syif saya memang tak menentu. Masa inilah suami menggunakan peluang untuk bertemu kekasih hati. Patutlah suami tak mahu jaga anak bila saya kerja syif malam dengan alasan anak kami meragam dan takut nanti kalut nak pergi kerja. Sudahnya anak terpaksa dihantar ke kampung.

Klik utk baca seterusnya…

Suami ada kekasih gelap, patut ker mohon cerai?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya ada menerima banyak email aduan tentang masalah rumahtangga. Seolah-olah saya ni macam pakar kaunseling rumahtangga pula.

Aduhai saudara-saudari sekalian. Saya minta maaf lah. Apa yang dapat saya bantu, cuma lah berkongsi masalah anda di blog ini. Maka terpulanglah kepada pembaca semua untuk memberikan pendapat masing-masing.

Semoga dengan perkongsian yang dibuat dapat memberikan iktibar, pengajaran dan manfaat buat semua.

Untuk hari ini, sila baca masalah berikut.

Suami ada kekasih gelap, patut ker mohon cerai?

Salam. Saya tak tahu bagaimana nak mulakan. Saya nak mintak nasihat dan pandangan.

Begini ceritanya. Saya dapat tahu suami saya mempunyai kekasih gelap. Hubungan mereka amat serius, sudah seperti suami isteri.

Saya dapat tahu kerana Allah punya kuasa. Pada 2 Nov tahun lepas. Itupun setelah hampir 8 bulan bersama.

Sebenarnya mereka terlah berkenalan 2 tahun yang lepas dan telah mengadakan hubungan sulit, namuan hubungan putus selepas suami saya habis berkursus. Walau bagaimapun mereka masih calling-calling antara satu sama lain. Hubungan terputus betul-betul setelah pompuan itu berkahwin.

Klik utk baca seterusnya…

Isteri ada adik angkat, suami rasa tercabar! Apa nak buat?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya masih lagi menerima email dari beberapa orang pembaca blog ini yang meminta pendapat mengenai masalah yang mereka hadapi.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang suami yang mana isteri nya mempunyai adik angkat, sedangkan dia tidak suka perkara itu. Si suami telah berasa tercabar dan sering bergaduh dengan isterinya disebabkan perhubungan isterinya dengan adik angkat isterinya tersebut.

Tolong baca, hayati permasalahan ini dan berikan pendapat anda yer. Terima kasih. ;)

Salam,
Saya merupakan lelaki yang baru mendirikan rumahtangga pada 4 bulan yang lepas.

Masalah saya adalah, saya dan isteri sering bergaduh kerana isteri mempunyai adik angkat yang merupakan student nya sendiri.

Punca pergaduhan ini adalah isteri tidak berterus terang sepenuhnya yang dia mempunyai adik angkat dan mereka berhubungan secara diam-diam dibelakang saya.

Saya berasa amat tercabar kerana adik angkat isteri saya pernah mengirimkan sms bertanyakan kenapa menghalang perhubungan mereka.

Ini membuatkan saya bertambah marah dan sering mencurigai kejujuran isteri.

Klik utk baca seterusnya…

Derita hati seorang isteri…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari demi hari, saya menerima banyak lagi email yang mengadu mengenai pelbagai perkara. Kesemua mereka meminta saya memberikan pandangan dan komen saya terhadap masalah yang mereka hadapi.

Aduhai kawan-kawan. Sudah saya katakan berkali-kali. Saya tak mampu untuk menjawab kesemua email yang diberikan. Ya, kalau ikutkan hati, saya memang nak tolong dan beri pendapat saya. Saya memang teringin nak balas setiap komen yang ditulis di blog ini. Namun, saya minta maaf, saya benar-benar tidak mampu untuk berbuat demikian lantaran kesibukan saya pada tugasan yang sentiasa ada saban hari dan ketika.

Malah ada beberapa orang rakan meminta saya memberikan testimoni untuk produk yang mereka baru lancarkan. Tapi saya pohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka. I am really sorry guys. Masa yang saya ada benar-benar terbatas. Sedangkan komitmen saya menggunung tinggi banyaknya.

Saya harap, kepada semua yang mengirim email kepada saya tu, kalau saya tak jawab, jangan kecil hati yer. Saya bukan sengaja malas nak jawab, tetapi seperti yang saya kata. Saya memang tak menang tangan…

Namun, bagi tidak mengecewakan mereka yang mengadu masalah dengan saya tu, saya akan cuba kongsikan beberapa kandungan email yang diberikan dengan semua pembaca blog pakar ini.

Diharapkan, kepada mana-mana pembaca yang ada komen atau pendapat terhadap masalah yang dibangkitkan, bolehlah tinggalkan komen / pendapat anda di ruangan komen tu yer.

Apa jua bentuk komen dan pandangan adalah sangat dihargai. Namun, saya harap, janganlah ada diantara kita yang menggunakan bahasa-bahasa kasar dan kurang ajar yang boleh melukakan hati orang lain.

Berikut adalah kandungan email yang baru saja saya terima semasa waktu rehat makan tengahari tadi. Email kali ini adalah aduan mengenai keperitan duka hati seorang isteri…

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site