Tips berkesan untuk merendah diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ini kita lihat ramai sungguh orang menjadi begitu sombong. Ramai yang ego, angkuh dan bersangka buruk dengan orang lain. Seolah-olah dia saja yang baik, dia saja yang betul, dia saja yang berilmu dan sebagainya.

Sedangkan Islam melarang kita bersikap sedemikian. Islam mengajar kita untuk sentiasa merendah diri dan bersangka baik dengan orang lain.

Dalam entri kali ini, saya nak kongsi dengan anda Tips Berkesan Bagaimana Untuk Merendah Diri. Tips ini diajarkan oleh Imam al-Ghazali dalam salah satu daripada kitabnya.

merendah diri

Sama-sama lah kita amalkan tips ini agar kita terpelihara dari sikap sombong, angkuh, ego dan bersangka buruk dengan orang lain.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah benar : Gadis terlampau!!

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam semua,

Hari ini saya terima satu email daripada isteri saya. Ceritanya menarik untuk saya kongsi kan di sini buat pedoman kita bersama.

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

gambar adalah sekadar hiasan

gambar adalah sekadar hiasan

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki……’ nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site