Artikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.
9 Langkah Bagaimana Mencari Passion
Dalam artikel sebelum ini – Impotent Goal vs Important Goal, saya telah kongsikan serba sedikit mengapa manusia bersikap seperti malas dan seterusnya gagal mencapai apa yang diimpikan. Ianya turut disokong oleh petikan kata-kata Tony Robbins yang manusia sebenarnya bukan malas, cuma mereka tiada matlamat yang jelas yang boleh membakar semangat mereka.
People are not lazy. They simply have impotent goals – that is, goals that do not inspire them
Seperti yang dijanjikan di akhir artikel tersebut, kali ini saya akan terangkan pula bagaimana mencari sesuatu yang mampu membantu anda membina matlamat mengikut langkah-langkah yang boleh dipraktikkan. Ramai antara kita yang mungkin lebih arif dan sudah berpengalaman dalam membina kerjaya dan cita-cita. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dan ya, saya akui setiap individu mempunyai cara masing-masing dalam menentukan apa yang mereka mahukan. Artikel ini bukan garis panduan yang wajib untuk diikuti. Sekadar membantu mereka yang buntu saban hari bangun dari tidur dan mengulangi rutin yang sama setiap hari sambil mengharapkan keputusan yang berbeza!
Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.
Jika matlamat anda selama ini masih belum tercapai dan anda memang mahu mengubah nasib hidup, saya sarankan anda selesaikan satu masalah ini terlebih dahulu. Masalah tersebut Klik utk baca seterusnya…




















