Sempena musim raya ni, pastinya ramai yang dapat jemputan rumah terbuka kan? Terutamanya pada cuti hujung minggu begini? Dalam sehari ada sampai 3~4 jemputan dapat.
Alhamdulillah, kali ini saya sempat menulis 6 Perkara Yang Mesti Dijaga Semasa Pergi Rumah Terbuka untuk peringatan kita bersama.
1. Jaga niat dan tujuan
Kenapa kita pergi rumah terbuka? Adakah kerana ingin merapatkan silaturahim dan saling bermaafan atau untuk memperagakan dan menunjuk-nunjuk baju raya kita yang paling cantik dan mahal pula. AWAS! Tolong jaga niat anda.
2. Jaga aurat
Cuba tengok di cermin. Pakaian yang macammana yang anda pakai. Adakah pakaian anda betul-betul menutup aurat? Adakah ianya menepati syariat? Dan adakah pakaian anda menepati adab dan tatasusila? INGAT! Jangan sesekali bermegah dengan apa yang anda pakai. Kerana sampai satu masa nanti, kain putih sajalah yang meliputi tubuh anda…
3. Jaga masa
Sebelum pergi ke rumah terbuka, kontek dan maklumkan dulu pukul berapa anda dijangka akan sampai. Supaya tuan rumah dapat buat persediaan sepatutnya. Bila dah beritahu waktu sekian-sekian, tepatilah masa tu. Jangan datang ikut sedap anda saja.
4. Jaga solat
Ada orang sibuk pergi ke sana ke mari mengunjungi rumah terbuka sampai solat dia terlupa. Ada orang pakai baju comey-comey, pakai make-up tebal-tebal, sampai nak ambil air sembahyang pun dia tak mahu sebab lebih sayangkan make-up nya. Si tuan rumah pula sibuk ke dapur ke ruang tamu melayan tetamu, sampai terlupa waktu solat telah berlalu. TOLONG YER! Solat itu PALING UTAMA. Jangan kita dok sebuk berumah terbuka, tapi solat tergadai. Takde maknanya…














