Renung-renung,fikir-fikir dan amal-amal kan…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Berikut ini adalah beberapa perkara untuk direnung-renungkan dan dihayati. Semoga kita dapat memperbaiki dan mempertingkatkan amal soleh kepada Allah Ta’ala. Sesungguhnya mati itu pasti. Bersedialah kita sebelum ajal menjelma.


Kita semua adalah manusia biasa. Hari demi hari usia semakin meningkat. Hidup kita berubah dari masa ke semasa.

  1. Dari bujang, kita kahwin No 1 —- no.2 —–no.3… DLL.
  2. Dari pakai moto kap — pakai kancil—wira — Honda —- seterusnya.
  3. Kita tukar2 permainan —Main guli — Takraw — Badminton —– Golf.
  4. Kita duduk rumah sewa—- rumah murah —rumah teres — banglow.
  5. Kerja sebagai technician —-supervisor —– engineer — manager…MD.
  6. Kita miliki Tv 14′ — 21′ — 29′ —- Home theather.
  7. Kita melancong ke Taman Negara — Langkawi —- Bangkok — Paris.
  8. Dalam semua segi kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour.

Hidup kita tak pernah puas. Dapat lebih, nak lebih lagi. Dapat betis, nak peha pula.

Tetapi, saudara-saudari ku sekalian…

Klik utk baca seterusnya…

Mati itu pasti! Apa yang kita kejar atas dunia ini???

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ingin berkongsi dengan anda sebuah lagi kisah kematian yang membuatkan saya terus berfikir, berfikir, dan befikir tentang TUJUAN dan MAKSUD HIDUP saya atas dunia ini.

Hati saya begitu terkesan dengan pesanan daripada salah seorang ulama besar India ini.

  1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ;  jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
  2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

(~Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih~)

Marilah kita hayati dan ambil peringatan tentang kisah benar, kisah kematian ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu, PASTI AKAN MERASAI MATI!!! Persoalannya, BERSEDIAKAH KITA???

Karkuzari Jemaah Terengganu & Pelajar UMT – Husnul Khatimah di Jalan Allah


  • Bismillah-al-rahman-al-rahim..

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka. (HR Musnad Ahmad, Tabrani)

Karkuzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskankan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

huzaifaha1

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangakan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

Klik untuk lihat Peta Pamol, Sandakan – http://goo.gl/1h4g

  • Detik-detik kematian Allahyarham..

Klik utk baca seterusnya…

Adab Apabila Berlaku Kematian

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ada menerima email dari sahabat saya yang meminta saya untuk kongsikan artikel di bawah ini. Artikel ini adalah berkenaan dengan Adab-adab apabila berlakunya kematian. Sama-samalah kita baca dan ambil pengajaran daripadanya.

Adab Apabila Berlaku Kematian

Ustaz, kadang-kala bila melawat ketempat kematian saya memerhatikan, ada scenario yang agak common berlaku. Ada pelawat yang datang bila bertemu member duduk berkumpul dan mula bercerita perihal yang tidak perlu dibualkan.

Ada pernah saya terdengar pelawat ini menanyakan soalan yang sangat peribadi dihadapan tetamu. Ini sangat menjatuhkan air muka anak muda itu. Apakah sebaik2nya adab ketika melawat bukan ahli keluarga?

Untuk keluarga yang dekat atau untuk ibu-bapa bagaimana pula?

Seandainya kita ingin membaca Yasin, mana lebih baik, baca tanpa mengeluarkan suara atau dibolehkan membaca denga kuat? Ada yang mengatakan suara wanita bila mengaji dikira aurat.

Ada juga yang mengatakan bila mayat diatas katil, kita tidak harus duduk dilantai bila membaca Yasin, tetapi harus duduk diatas kerusi.

Soalan yang terakhir, ialah, sering kali kita lihat setelah mayat keluar dari rumah, keluarga simati akan mula sibuk ke dapur menyiapkan juadah untuk pelawat yang masih ada disitu. Boleh Ustaz kongsi pandangan mengenai perkara-perkara ini. T/kasih.

Jawapan:

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site