Isteri ada adik angkat, suami rasa tercabar! Apa nak buat?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya masih lagi menerima email dari beberapa orang pembaca blog ini yang meminta pendapat mengenai masalah yang mereka hadapi.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang suami yang mana isteri nya mempunyai adik angkat, sedangkan dia tidak suka perkara itu. Si suami telah berasa tercabar dan sering bergaduh dengan isterinya disebabkan perhubungan isterinya dengan adik angkat isterinya tersebut.

Tolong baca, hayati permasalahan ini dan berikan pendapat anda yer. Terima kasih. ;)

Salam,
Saya merupakan lelaki yang baru mendirikan rumahtangga pada 4 bulan yang lepas.

Masalah saya adalah, saya dan isteri sering bergaduh kerana isteri mempunyai adik angkat yang merupakan student nya sendiri.

Punca pergaduhan ini adalah isteri tidak berterus terang sepenuhnya yang dia mempunyai adik angkat dan mereka berhubungan secara diam-diam dibelakang saya.

Saya berasa amat tercabar kerana adik angkat isteri saya pernah mengirimkan sms bertanyakan kenapa menghalang perhubungan mereka.

Ini membuatkan saya bertambah marah dan sering mencurigai kejujuran isteri.

Klik utk baca seterusnya…

Tips keluarga bahagia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ni ada satu lagi artikel mengenai “Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya.

keluarga bahagia

  • Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2
  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….
  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…
  • Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….
  • Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri….
  • Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya….
  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH…
  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga….
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik…

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site