Rahsia Amalan Jutawan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Siapa minat membaca? Siapa ada minat untuk berniaga? Siapa nak jadi jutawan? Siapa nak tahu rahsia amalan jutawan? Siapa suka benda percuma?

Kalau anda salah seorang dari mereka yang saya nyatakan diatas tu, maka saya amat2 menyarankan kepada anda untuk download ebook Rahsia Amalan Jutawan secara PERCUMA sekarang.

eBook Rahsia Amalan Jutawan

eBook Rahsia Amalan Jutawan

Untuk mendapatkan ebook (seperti gambar diatas tu), apa yang perlu anda buat ialah ;

  1. Pergi ke laman web ini –> http://tinyurl.com/rahsiaamalan
  2. Daftarkan nama dan alamat email di laman itu

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia di sebalik amalan bersedekah

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hujung minggu lepas, saya telah berkesempatan mengikuti ‘personal coaching‘ mengenai ‘Smart Blogging‘ di Johor Bahru. Oleh sebab malas nak drive sendiri, saya telah pergi ke JB dengan menaiki keretapi. Dan balik semula ke KL dengan menaiki bas.

Entahla, saya pun dah tak berapa ingat, sudah berapa tahun saya tak naik bas ekspress. Terasa agak kekok juga. Masa nak beli tiket tu pun, terpinga-pinga tak tau nak pilih bas yang macammana. Nasib baik ada anak jati JB yang tolong ‘guide‘ kan.

Alhamdulillah, akhirnya kami (saya dan seorang lagi kawan dari KL), telah membeli tiket bas JB — KL yang dijadualkan bertolak pada pukul 7 malam. Harga tiket bas ialah RM31 untuk sehala (JB – KL). (* Sekadar maklumat : Kalau keretapi pula, tiket KL — JB, untuk tempat tidur katil atas ialah RM37, tempat tidur katil bawah RM42 dan tempat duduk kerusi RM29)

Jalan-jalan cari makan...

Jalan-jalan cari makan...

Setelah jam menghampiri pukul 7 malam, kami pun naik la bas. Saya duduk di kerusi no 15 dan kawan saya (wizurai) duduk di kerusi no 16. Kami pun berbual-kosong sementara menunggu bas bergerak.

Kini jam telah menunjukkan pukul 7.20malam, tapi bas masih belum memulakan perjalanan. Seorang anak muda berbangsa Cina yang duduk berhampiran tempat kami, mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Dia turun ke bawah berjumpa dengan pemandu bas, bertanyakan bila bas nak bergerak? Dia nampaknya begitu bengang sekali. Mana tidaknya, dia dah duduk tunggu dalam bas tu tadi sejak pukul 6.45 petang lagi. Sekarang dah dekat pukul 7.20 malam. Tapi bas masih tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memulakan perjalanan.

Kami hanya melihat telatah anak muda berbangsa Cina tu. Malas nak masuk campur. Kalau nak ikutkan hati, sebenarnya saya pun bengang gak dengan cara pengurusan bas tu. Yer lah, kalau kata bas pukul 7 malam, maka bertolak la pukul 7 malam. Janganlah tipu pelanggan kata bas pukul 7 malam, tapi sebenarnya bas bertolak pukul 8 malam. Siapa tak bengang?

Kira-kira jam 7.30 macam tu, tiba-tiba ada seorang budak perempuan (umur dalam sekitar 10 tahun macam tu kot) naik ke dalam bas. Dia membawa satu tin kecil dan sebuah beg kecil yang diselimpangkan pada bahunya. Budak tu tanpa sepatah perkataan pun, dengan muka kesian, tanpa perasaan, terus menghulurkan tin kecil yang dibawanya kepada setiap penumpang yang duduk dalam bas, meminta sesuatu. Tapi saya lihat, tiada seorang penumpang pun yang memberikan apa-apa kepada budak perempuan itu.

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Rahsia Personaliti berdasarkan gaya seseorang itu bercuti atau melancong.

Sebenarnya artikel ini bukan saya yang tulis. Saya dapat dari salah seorang pembaca setia blog pakar ,iaitu Saudari Azni, yang menghantarnya melalui email.

Kebetulan, hujung minggu ni (30 Mei & 31 Mei) , saya akan membawa isteri saya berkelah dengan ahli-ahli keluarga saya yang lain. Kitorang buat di ULU LEMBIK, Raub, Pahang. Kiranya ni macam ala-ala kem jati diri untuk ahli keluarga kami lah ni. Jumlah kedatangan ialah 22 orang dewasa(abang2 dan kakak2 ipar, termasuk mak ayah saya) dan 32 orang kanak-kanak (anak-anak sedara saya).

InsyaAllah hari Isnin minggu depan, saya akan kongsikan beberapa keping gambar yang diambil semasa perkelahan/perkhemahan itu nanti.

Apa2pun, jom kita layan dulu artikel tentang RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI ini. Zassssss…………..

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia di sebalik kata-kata seorang perempuan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf, hari ni saya tak sempat nak karang artikel tulisan saya sendiri. Ingatkan nak menulis malam semalam, tapi tak sempat, sebab ada kawan lama zaman sekolah menengah dulu ajak menge’tea’ kat Old Town Kopitiam pulak. Tak sampai hati la saya nak menolak ajakan mereka.

So, malam semalam, masa saya habis kat Kopitiam la. Berborak-borak dengan kawan lama mengimbau kenangan zaman muda-muda dulu. Memang nostalgik dan seronok apabila sekali-sekali kita flash back kisah-kisah lama dulu. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kami mulakan sessi borak-borak tu kira-kira jam 9 malam dan tamat pada kira-kira pukul 12 malam. Terasa sekejap jer masa berlalu.

RMC 94~96 : Sila cari, mana satu Pakar?

RMC 94~96 : Sila cari, mana satu Pakar?

Bercerita tentang pelbagai pengalaman pahit manis dibuli senior memang sangat menyeronokkan. Malam itu, Kopitiam Old Town kat Bangsar South menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa kami. Malah ada juga pengunjung yang memandang sinis, tak puas hati dengan kami. Di wajah mereka terpancar kata-kata “Wey boleh diam sikit tak?”, “Ini bukan kedai mamak, nak kecoh-kecoh…”. huhu

Kepada pengunjung Kopitiam Old Town semalam, saya bagi pihak kawan-kawan, menyusun sepuluh jari memohon maaf atas ‘keterlebihan’ kami semalam. Maafkanlah kami yer. Sekali sekali jumpa kawan-kawan lama, macam tu lah jadinya. hehe :)

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Hari Lahir Untuk Wanita

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya kongsikan dengan anda Rahsia Disebalik Hari Lahir seorang wanita. Jangan tanya saya TEPAT atau TIDAK info yang diberikan ini. Sebab saya pun tak pasti.

Anda baca dan nilaikanlah sendiri yer. Kalau anda bersetuju atau tak setuju dengan info yang diberikan ini, luahkanlah di bahagian komen ;)

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia DiSebalik Demam

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Cuti 3 hari sempena Hari Pekerja baru-baru ni, saya berkesempatan untuk balik ke kampung isteri saya di Baling, Kedah. Kami bertolak dari KL kira-kira jam 11 malam, dan alhamdulillah selamat tiba di Baling kira-kira pukul 4 pagi.

Saya kalau balik kampung, memang suka drive waktu malam. Dah jadi cam hobi. Tapi dengan syarat, sebelum drive tu saya kena tidur dulu dalam sejam dua. Bangun dari tidur, mandi-mandi sikit, sarung baju dan terus drive. InsyaAllah, kalau suruh saya drive sepanjang-panjang malam pun, NO HAL…tiada masalah. Memang saya suka dan rasa seronok drive malam. Isteri saya pun, start saja kereta, terus lena dibuai mimpi indah. Sedar-sedar jer, dah sampai rumah ibunya. :)

OK, cukuplah sekadar itu dulu mukaddimah artikel kali ini. Saya harap korang tak menyampah baca sembang-sembang kosong saya tu..hehe.

Adapun, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang rahsia di sebalik demam.

Kebetulan, sepanjang saya berada di rumah mak mertua saya semasa cuti lepas, mak mertua saya tak sihat. Dia demam sejak seminggu yang lepas. Walaupun dah telan bermacam-macam jenis ubat, namun demam tak juga kebah-kebah. Makan tak selera, tidur tak nyenyak, sakit sendi-sendi, badan tak larat…nampak sangat muka mak mertua saya tu lesu dan tidak bermaya sekali. Kesian juga saya tengok keadaan mak mertua tu. Namun, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali berdoa pada ALLAH semoga dia cepat sembuh dan kebah dari demamnya. Aminnn.

OK lah, bercakap tentang demam ni. Saya ada menyimpan satu artikel yang menerangkan tentang perihal demam ini.  Sukacitanya saya kongsikan artikel tersebut dengan anda semua. Semoga bermanfaat.

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Tulisan ini menerangkan tentang bagaimana petua org tua2 dulu dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang. InsyaAllah, moga2 dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan yang diredhaiNYA.

Ada beberapa perkara yang dibangkitkan yang sangat penting untuk diberi perhatian.

Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian. Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).

Perkara kedua ialah tentang bilik tidur. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia gak tu)

APAKAH  RAHSIA NYA???

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Minyak Kelapa Sawit

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Believe it or not! Percaya atau tidak, namun itulah yang dipaparkan dalam berita yang dilaporkan oleh BERNAMA baru-baru ini.

Berikut saya petik artikel tersebut yang melaporkan tentang rahsia minyak kelapa sawit yang tidak diketahui ramai.

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Mengurangkan Tekanan atau ‘Stress’

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Semua orang, laki ke pompuan, tua ke muda, kaya ke miskin, sikit sebanyak pasti akan merasai tekanan atau stress.

Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.

Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.

Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan.

Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?

Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress, yang saya dapat daripada Dr. Danial ini. Klik utk baca seterusnya…

Panduan Agar Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Baca kisah dibawah ini sebagai panduan agar hidup anda menjadi lebih aman, tenang dan bahagia.

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka. Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site