|
Jul 01
|
Ramai para pembaca blog ini menghantar email kepada saya mengadu masalah yang pelbagai. Paling banyak ialah email berkaitan masalah rumahtangga.
Para isteri menghantar email mengadu tentang suami mereka. Suami tak solat, suami ego, suami panas baran, suami tak tunai nafkah dan macam-macam hal lagi.
Ada juga suami yang hantar email meminta jampi @ doa pengasih untuk lembutkan isteri yang suka melawan.
Manakala, para ibu ayah pula, hantar email minta diajarkan doa yang dapat melembutkan hati anak-anak mereka yang tak dengar kata.
Pendek kata, ada macam-macam permintaan yang diajukan kepada kami di PakarHowTo ini.
Semua ini, pada saya, menunjukkan institusi kekeluargaan di Malaysia sedang mengalami masalah-masalah yang begitu kritikal.
Rumah-rumah kini sudah tidak lagi menjadi ‘syurga’ buat suami/isteri. Konflik dan pertembungan suami isteri berlaku setiap masa dan ketika. Hingga kedua-dua suami dan isteri tidak lagi merasa bahagia. Hiduplah mereka penuh tertekan dan kecewa.
Bagi yang ada anak, lain pula masalahnya. Ramai anak yang degil dan tak mahu dengar kata. Pantang ditegur, pasti dibalas dengan kata-kata keras dan menyakitkan jiwa. Ibu bapa merasa gagal tunai tanggungjawab dan hampa tidak terkata.
Mengapa semua ini terjadi? Di mana silapnya? Apakah jalan penyelesainnya.










Komen Terbaru