Petua Supaya Mudah Mengandung

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebenarnya saya dah kongsikan petua ni di fanpage PakarHowTo. Tapi buat mereka yang tak ada facebook, atau masih belum’like’ fanpage pakarhowto di facebook tu. Saya kongsikan juga petua mudah mengandung tu di sini.

Khusus buat kawan-kawan yang masih belum dikurniakan zuriat…

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ (TV9), ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini….

Klik utk baca seterusnya…

Masalah sukar hamil, apa penyelesaiannya?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya dapati semakin ramai pasangan berkahwin yang sukar untuk mendapat anak.

Saya ada menerima banyak email dari pembaca blog ini yang meminta supaya berkongsi mengenai petua dan panduan bagaimana untuk mendapatkan anak. Justeru, banyak juga artikel di blog ini yang menerangkan tentang petua-petua, panduan-panduan, teknik dan tips-tips berkenaan perkara tersebut.

Malah, terdapat 2 ebook khusus telah ditulis oleh 2 rakan saya mengenai Panduan Senang Hamil dan Rahsia Mudah Hamil. Kedua-dua ebook ini membicarakan mengenai perihal permasalahan sukar mengandung dan panduan bagaimanana untuk mendapatkan anak. Saya ada membuat sedikit komen mengenai 2 ebook tersebut di sini.

Ada ramai juga pembaca blog ini yang menghantar email meminta saya berkongsi pengalaman mengenai cara bagaimana saya berusaha untuk  mendapatkan anak pertama. Saya juga sebenarnya hanya berjaya mendapat anak setelah 3 tahun menunggu dan berusaha tanpa jemu.

Apa yang boleh saya katakan kepada mereka yang mempunyai masalah sukar untuk mendapatkan anak ialah, ANDA TIDAK BOLEH SAMA SEKALI BERPUTUS ASA berusaha untuk mendapatkan anak.

Saya faham perasaan anda kerana saya juga pun dulu, 3 tahun menunggu dan berharap. Tapi saya tak pernah putus asa dan tak pernah berhenti berharap. Dan akhirnya, Alhamdulillah Allah telah kurniakan kepada kami anak yang comel yang lahir pada 21 Mei 2010 yang lepas.

PakarHowTo Junior

PakarHowTo Junior --> "Muhammad Nayyif Aasir"

Ramai yang bertanya, APA RAHSIA nya?

Klik utk baca seterusnya…

Simptom, kesan dan masalah semasa hamil / mengandung Part (II)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Suri mengharapkan agar anda semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Bagaimana pula dengan ibu-ibu, mama-mama di tika ini? Suri mengharapkan agar anda sihat di samping insan yang tercinta.

Seperti yang dijanjikan ini adalah sambungan akhir bagi simptom, kesan dan masalah semasa hamil. Semoga perkongsian ilmu yang Suri miliki ini dapatlah kita manfaatkannya bersama-sama sebagai sumber maklumat yang berguna.

  • PITAM

Sebilangan ibu-ibu yang hamil selalu menghadapi tekanan darah rendah. Ketahuilah bahawa ini adalah punca biasa pening dan pitam sewaktu hamil sahaja. Pada kebiasaannya keadaan ini akan berlaku jika anda berdiri terlalu lama di mana darah anada akan mudah terkumpul di kaki dan sabahagiannya juga terdapat pengurangan darah di kepala.

Jika anda pening, adalah dinasihatkan agar anda duduk secara perlahan-lahan, tundukkan kepala anda supaya darah boleh mengalir terus ke otak semula.

Sekiranya anda masih berasa agak keletihan juga, muka pula kelihatan pucat dan sukar bernafas, anda mungkin mengalami anemia. Perkara yang wajar anda lakukan adalah segera berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan darah untuk anda. Pada amnya doktor akan membekalkan anda sejenis pil zat besi kepada anda jika perlu. Disamping itu juga anda adalah digalakkan memakan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, balkoni untuk mengurangkan masalah ini.

  • CIRIT- BIRIT

Ini lazimnya, jangkitan viral atau keracunan makanan yang biasa tidak akan menjejaskan anda dan janin. Adalah disarankan agar anda minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan segerlah mendapatkan rawatan doktor untuk mengenal pasti punca jangkitan tersebut.

Ketahuilah bahawa jika cirit-birit yang anda alami itu amat teruk dan disertai dengan muntah-muntah ini adalah petunjuk bahawa jangkitan yang lebig serius akan berlaku seperti keracunan salmonella atau listeriosis. Untuk pengetahuan umum jangkitan ini lebih kerap berlaku di negara bara Dilaporkan ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang.

Bagi mengelakkan ibu-ibu yang sedang hamil mengalami masalah seperti ini anda perlulah mengelakkan diri dari memakan atau memasak telur mentah atau separuh masak. Bukan itu sahaja malahan dengan daging ayam mentah atau separuh masak serta susu yang tidak dipastur juga perlu dielakkan.

  • KERAP BUANG AIR KECIL

Ini adalah perkara biasa di awal dan akhir kehamilan.

Ketahuilah bahawa jika anda rasa panas ketika membuang air kecil, suhu badan meningkat, sakit abdomen atau air kencing berbau dan kelihatan keruh, ia mungkin petanda jangkitan air kencing (UTI). Jika tidak dirawat sebaik-baiknya, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang.

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Khasiat Asid Folik (Ibu Mengandung Wajib Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Entri kali ini kutujukan buat ibu-ibu mengandung, khususnya buat isteri ku yang baru saja di sahkan mengandung (7 minggu). Alhamdulillah semoga tabah menghadapi hari-hari sukar dalam trimester pertama ini.

Semoga info tentang asid folik ini memberikan sedikit sebanyak input berguna pada anda semua. Berikut ini kukongsikan artikel tersebut.

Asid Folik penting untuk ibu mengandung...

Asid Folik penting untuk ibu mengandung...

Rahsia Khasiat Asid Folik

Assalamualaikum….

Semoga semuanya sehat2 saja ya..

Especially buat ibu2 yang kini sedang membawa kandungan… diharapkan agar kesihatan anda di tahap yang tip-top ya.. baik dari segi dalaman juga luaran.. Tenaga juga perlu disimpan bagi saat2 kelahiran kelak..so amalkan pemakanan yang sehat, dan memenuhi semua keperluan tubuh anda juga bayi di dalam kandungan..

Dan .. antara keperluan utama bagi ibu2 ini.. adalah Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site