Salam semua..
Wah makin hari makin ramailah pula yang terjah diblog pakarhowto ni sampaikan tak menang tangan Suri nak membalasnya..huhu..apa pun terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog ini kerana sesungguhnya tanpa kunjungan anda disini siapalah kami disini sekadar melukut ditepian gantang pula..hik..hik..adus buat lawaklah pula mood Suri harini.blur..

Baiklah tanpa membuang masa hari ini kita akan berkongsikan topik kecantikan pula. Rasanya sesekali kita beralih arah tak salahkan? tapi ingat bertukar pada arah kebaikan sahaja tau! lain-lain perkara jagan buat hal ya..

Sebenarnya bukan susah pun hendak membuat topeng muka sendiri di rumah. Yang penting bahan-bahan yang anda gunakan perlu dari bahan semulajadi. Bahan-bahan tersebut pun memang mudah benar untuk kita dapati di rumah. Apa yang penting bila semua benda telah ada, apa lagi anda gunkanlah kepakaran , kebijaksanaan tersebut dalam membuat ramuan topeng muka ini. Pasti anda akan nampak lebih hebat dan kosnya juga menjimatkan!
mask1

  • Topeng Muka Tomato

Amat sesui sekali bagi jenis kuit muka yang normal. Caranya, potong sebiji tomato segar kepada dua belah belahan. Dan kemudian secara perlaha-lahan dan lembut anda gosokkan kedua-dua belahan muka anda secara membulat pada keseluruhan muka tersebut. Selepas itu biarkan seketika agar muka anda kering dalam beberapa waktu. Setelah selesai anda basuhlah muka anda itu dengan bersih. Lihatlah hasilnya selepas itu menakjubkan!

Klik utk baca seterusnya…