Tengahari tadi kira-kira jam 12:45, saya ada menerima satu email dari salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo yang mengadu berkenaan dengan masalahnya. Beliau meminta saya memberikan pendapat dan pandangan saya mengenai masalah yang dihadapinya tersebut.
Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan kepada saya. (Saya copy & paste seperti di bawah)
Saya bercinta dengan lelaki dari Pantai Timur. Dia ex-classmate saya mase degree. Dia dah kenal perangai dan hati budi saya. Tapi bila saya berjumpa ibu bapanya, mereka tidak menyukai saya. Boyfriend saya sekarang dalam dilemma, tapi saya tak mahu putuskan hubungan sebab saya berpendapat, setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya benar-benar mahu teruskan hubungan ini walaupun saya dengar ibu bapanya dah ada calon isteri untuknya. Setiap kali solat, saya akan berdoa supaya Allah lembutkan hati ibu bapa dia. Tapi saya kena usaha juga. Ada tak cara untuk cara ambil hati ibu bapa dia?

Berikut ini adalah jawapan yang sempat kami (PakarHowTo) catatkan.
Saudari,
Pertamanya, anda kena tahu apa punca masalah ini. Apa yang ibu bapa boyfriend anda tu tak berkenan dengan anda. Mungkin ada banyak faktor, dari segi penampilan ker, dari segi akhlak ker dan sebagainya. Apabila anda tahu apa puncanya, maka bolehlah anda ambil tindakan selanjutnya. Barulah anda boleh berusaha bagaimana untuk menangkan hati ibu bapa lelaki terbabit.

















