12 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Ramadhan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ini. Semoga kita semua dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin.


Dalam post kali ini, saya ingin kongsi maklumat dengan mengenai “12 kesilapan yang biasa dilakukan semasa Bulan Ramadhan” oleh kebanyakan kita.

Check la diri masing-masing. Kalau kita tergolong dalam kalangan orang yang disebutkan dalam artikel ini, mari kita perbaiki sama-sama.

12 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

  • 1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :

“sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

  • 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda.

“Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469).

Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

Klik utk baca seterusnya…

Muhasabah Ramadhan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Alhamdulillah, kita telah sampai hari yang ke-13 berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda semua? Bagaimana dengan amalan dan ibadah? Baca quran dah sampai mana? Solat tararwikh ada tinggal dak?

Saya hanya memohon kekuatan dari Allah berkat doa anda semua untuk mampu menjalani bulan Ramadhan ini semakin baik dari hari ke hari insyaAllah, amin.

Dalam entri kali ini, mari kita hayati artikel tulisan Ustaz Pahrol (genta-rasa.com) ini.

MUHASABAH RAMADAN


Ramadhan datang dan pergi. Apakah kembara hidup kita terus dinaungi oleh teduh keberkatannya? Tahun demi tahun, apakah kita semakin menghampiri takwa yang menjadi tujuannya? Atau ia terus memecut, berlalu… meninggalkan kita yang masih bertatih mengejar kemuliaannya. Manalah tahu nyawa terhenti dan Ramadhan terus tidak sempat kita cecah walau secebis rahmat, keberkatan, maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi tagihannya.

“Apa perubahan yang kita nak buat tahun ni?” tanya isteri.
Saya termenung, banyak… tapi mampu kah.

“Kita teruskan berbuka bersama di masjid. Kemudian menunggu Isyak, baca Quran dan solat Terawih.”

“Perubahan yang sama sahaja,” kata isteri seakan merungut.
“Itu pun payah kita buat kan?” tingkah saya.

Teringat betapa ada ‘protes-protes’ yang terpaksa saya hadapi sewaktu melaksanakan program perubahan itu dua tahun lalu. Semua pihak terasa kehilangan rutin atau kebiasaan masing-masing dengan pelaksanaan program itu.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site