Masalah sukar hamil, apa penyelesaiannya?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya dapati semakin ramai pasangan berkahwin yang sukar untuk mendapat anak.

Saya ada menerima banyak email dari pembaca blog ini yang meminta supaya berkongsi mengenai petua dan panduan bagaimana untuk mendapatkan anak. Justeru, banyak juga artikel di blog ini yang menerangkan tentang petua-petua, panduan-panduan, teknik dan tips-tips berkenaan perkara tersebut.

Malah, terdapat 2 ebook khusus telah ditulis oleh 2 rakan saya mengenai Panduan Senang Hamil dan Rahsia Mudah Hamil. Kedua-dua ebook ini membicarakan mengenai perihal permasalahan sukar mengandung dan panduan bagaimanana untuk mendapatkan anak. Saya ada membuat sedikit komen mengenai 2 ebook tersebut di sini.

Ada ramai juga pembaca blog ini yang menghantar email meminta saya berkongsi pengalaman mengenai cara bagaimana saya berusaha untuk  mendapatkan anak pertama. Saya juga sebenarnya hanya berjaya mendapat anak setelah 3 tahun menunggu dan berusaha tanpa jemu.

Apa yang boleh saya katakan kepada mereka yang mempunyai masalah sukar untuk mendapatkan anak ialah, ANDA TIDAK BOLEH SAMA SEKALI BERPUTUS ASA berusaha untuk mendapatkan anak.

Saya faham perasaan anda kerana saya juga pun dulu, 3 tahun menunggu dan berharap. Tapi saya tak pernah putus asa dan tak pernah berhenti berharap. Dan akhirnya, Alhamdulillah Allah telah kurniakan kepada kami anak yang comel yang lahir pada 21 Mei 2010 yang lepas.

PakarHowTo Junior

PakarHowTo Junior --> "Muhammad Nayyif Aasir"

Ramai yang bertanya, APA RAHSIA nya?

Klik utk baca seterusnya…

Petua dari Nabi SAW agar dikurniakan anak

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pagi tadi saya terbaca satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.

cute baby

Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;

“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site