18 Panduan Praktikal Mengasihi Suami (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Banyak sekali aduan berkenaan masalah rumahtangga yang kami terima di blog PakarHowTo ini. Pergolakan rumahtangga yang menjadi-jadi ini menunjukkan kegagalan para suami @ isteri dalam memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Cuba tanya diri, tahukah kita apakah hak-hak pasangan kita yang perlu kita tunaikan? Adakah kita sudah benar-benar menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami @ isteri dengan sebaik mungkin?

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi info mengenai ‘Panduan Praktikal Bagaimana Untuk Mengasihi Suami‘.


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

Klik utk baca seterusnya…

Tips praktikal untuk bahagia berumahtangga?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebelum saya kongsikan artikel kali ini, izinkan saya nyatakan beberapa perkara.

1. Maaf kepada korang semua sebab lama tak update blog ni. Saya tersangatlah sibuk dalam seminggu dua ni.

2. Kepada yang hantar email, maaf juga sebab tak dapat reply email korang lagi. InsyaAllah, bila keadaan saya semakin reda sikit nanti, saya balas yer.

3. Kepada yang hantar email mengadu macam-macam dan minta untuk dikongsikan di blog ini, harap bersabar. InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan masalah korang satu persatu.

Harap maklum.


Baiklah berikut ini saya kongsikan 1 tulisan yang agak menarik yang diforward kan oleh seorang sahabat saya bernama HUSNI (Email : usni2093@satomalaysia.com). Beliau minta saya kongsikan di blog ini untuk manfaat bersama.

Tips praktikal untuk kebahagiaan berumahtangga

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Klik utk baca seterusnya…

Ayah garang dan ego, anak tertekan dan buntu, apa patut dibuat?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari ini, kalau kita buka surat khabar dan majalah, kita akan dapati, banyak sekali kisah keluarga yang bermasalah dan kucar-kacir di paparkan. Mengapa institusi kekeluargaan menjadi begitu rapuh dan goyah?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu masalah yang timbul dalam sebuah keluarga antara seorang anak dengan bapanya. Marilah kita baca dan ambil pengajaran daripada kisah benar yang berlaku ini.

Stress dengan ayah, apa patut saya buat??

Assalamualaikum Ustaz.

Saya memerlukan nasihat dan panduan daripada ustaz berkenaan dengan masalah yang saya hadapi sekarang.

Saya sebenarnya mengalami masalah keluarga sejak sekian lamanya. Dah hampir semua ikhtiar yang saya buat menemui jalan buntu. Ia langsung tak dapat merungkai masalah yang saya hadapi. Jadi saya sangat memerlukan nasihat dari ustaz.

Ustaz,
Saya mempunyai seorang ayah yang selalu saja berfikir bahawa pendapatnya saja yang betul. Walaupun dia banyak buat kesilapan, dia tak akan mengaku salah. Kalau dia mengaku sekalipun, dia akan cakap, dia tahu apa yang dia lakukan, dia nampak segala-galanya yang kita semua tak nampak, kami anak-anak dan isterinya cuai tentang ajaran agama, dan pelbagai lagi alasan akan diberikan.

Dia sentiasa bersyarah agama apabila memarahi ibu dan anak-anaknya padahal, sebagai seorang ayah, dia juga lalai dalam melakukan sesetengah amalan agama.

Dia selalu mengatakan yang anak-anak dan ibu selalu membelakangkan dia dan selalu menggunakan sejarah Nabi Nuh apabila memarahi kami. Tetapi sejak kecil, bapa saya tidak pernah memberi perhatian atau perangsang kepada kami, malah selalu marah-marah kami.

Apabila dia berbual tentang agama, dia akan selalu menegaskan bahawa dia memang saja yang betul dan bercakap benar. Kami langsung tidak boleh menyuarakan pendapat kami. Ibu saya selalu jadi mangsa marah nya.

Dia juga selalu mengaku bahawa dia seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama, tetapi pergaulan antara dia dan adik ipar nya (adik kepada ibu saya) seperti tak ada batas pula. Dia gemar sekali menggunakan perhiasan dan rantai dan lain2. Mak cik saya tinggal serumah dengan kami. Bapa saya akan menyebelahi mak cik dan kawan mak cik saya, walaupun apa pun kesilapan yang mereka lakukan.

Macam-macam lagi lah ustaz. Dah tak larat dah saya nak mengadu.

Adik-beradik saya terlalu stress dan tertekan dengan perkara ini sehingga kami semua tidak tahu apa lagi yang kami hendak lakukan. Namun, saya tidak putus berdoa agar semua masalah ini akan berakhir dan dapat diselesaikan. Kadang-kadang, saya sampai terfikir nak duduk berasingan menyewa di flet.

Saya betul-betul buntu apa lagi yang patut saya lakukan bagi mengubah keadaan ini. Harap dapat nasihat dan panduan dari ustaz. Terima kasih.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site