Perihal jodoh (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Salah seorang penulis yang paling saya minati tulisannya ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Saya membaca tulisannya sejak zaman Arqam dulu lagi. Malah hampir semua buku tulisan beliau saya beli. Saya juga merupakan pembaca setia Majalah Solusi (yang banyak memaparkan tulisan Ustaz Pahrol).

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 1 artikel menarik yang ditulis oleh Ustaz Pahrol berkenaan dengan ‘Perihal Jodoh’.

Berikut adalah artikelnya…

BERCERITA TENTANG JODOH

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia kebahagiaan rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sejak dua menjak ni, ramai sungguh para pembaca blog ini menghantar email kepada saya meminta pendapat dan bertanya mengenai pelbagai perkara. Paling ramai adalah yang mengadu tentang konflik atau masalah rumahtangga yang mereka hadapi.

Saya bukanlah sombong untuk mengabaikan persoalan yang anda kemukakan, namun, ingin saya nyatakan sekali lagi, saya ni bukan lah seorang motivator atau pakar kaunseling. Saya hanya orang biasa yang juga kadang-kadang menghadapi masalah yang sama dengan anda semua.

Jadi, saya harap anda tidak kecil hati sekiranya saya tak dapat menjawab segala aduan dan pertanyaan yang anda berikan.

Namun apa-apa pun, dalam entri kali ini suka saya ingin berkongsi dengan anda satu tulisan yang saya kira, sangat bagus untuk kita baca, selami, fahami dan amalkan bersama. Semoga apa yang dituliskan dapat kita ambil manfaat dan amalkan untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Perbezaan Suami Isteri : Selesaikan Begini..

Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.

Telah tiga kali, saya diminta untuk mengulas perihal formula kebahagiaan rumah tangga sepanjang berada di United Kingdom. Kali pertama di Ireland, kali kedua di Cumbria, sempena Kem Mithali anjuran komuniti Malaysia Manchester and terbaru di Sheffield pada 5 Jun 2010. Saya akui, saya bukanlah seorang yang specialist di dalam bidang ini walau telah berumahtangga selama 11 tahun. Walaupun begitu, mungkin atas kapasiti saya selaku seorang pendakwah dan berpendidikan agama, saya tidak henti-henti menerima email dan soalan berkaitan masalah rumah tangga, sebahagiannya tidak melibatkan hukum sama sekali. Ia hanya melibatkan kefahaman kaedah, teknik dan cara melayari bahtera rumahtangga.

Ada yang datang dari suami dan juga isteri, saya kira telah beberapa kali para suami yang menghubungi saya, menangis teresak-esak sewaktu menceritakan masalah berkaitan rumahtangga khususnya yang berkaitan dengan sikap isterinya. Ia adalah satu situasi yang sukar buat saya kerana saya bukanlah pakar bidang kaunseling rumahtangga.

Apapun, keadaan sebegitu mampu memberikan saya gambaran dan keadaan rumahtangga di Malaysia. Jika ketidakstabilan rumahtangga sebegitu berterusan, ia bakal menghasilkan anak-anak yang membesar dalam keadaan pincang dan serba kekurangan.

Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa saya dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.

Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.

Klik utk baca seterusnya…

Pakej Lengkap Jodoh FaceBook

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum dan Salam hormat.

Kami, Team PakarHowTo ingin memaklumkan bahawa satu produk yang kami namakan “Pakej Lengkap Jodoh FaceBook” telah dilancarkan pada hari ini, 11 Mei 2010.

Pakej Lengkap Jodoh FaceBook ini ialah mengenai panduan bagaimana untuk mencari jodoh atau calon isteri dengan cepat dan mudah hanya melalui facebook.

Mengapa kami terbitkan ebook ini?

PakarHowTo menerima banyak e-mail dari para pembacanya yang meminta supaya menghasilkan satu panduan bagaimana untuk mencari jodoh dengan mudah.

Melalui pemerhatian kami, kebanyakan mereka yang mempunyai masalah sukar mendapat jodoh adalah disebabkan beberapa perkara, antaranya adalah;

  • Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk mencari calon wanita idaman yang sesuai.
  • Tiada keyakinan diri untuk berkenalan atau berhubungan dengan wanita.
  • Tidak pandai berkomunikasi dan tidak tahu bagaimana untuk melayan wanita.
  • Gagal memahami wanita, justeru gagal meyakinkan mereka untuk dijadikan teman hidup.

Disebabkan kurangnya atau tidak terdapat langsung sebarang panduan bagaimana mereka dapat mengatasi semua masalah-masalah ini, maka ramailah yang menghubungi PakarHowTo supaya menghasilkan satu panduan terperinci bagaimana untuk mencari wanita idaman untuk dijadikan pasangan hidup.

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Mencari Jodoh Dengan Mudah

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sejak blog ini ditubuhkan hampir 3 tahun yang lalu, saya menerima beratus-ratus email (mungkin beribu-ribu?, saya tidak pasti angka sebenar) yang meminta pendapat mengenai pelbagai permasalahan. Saya dapati, kebanyakan daripada masalah yang dikemukan ialah yang berkaitan dengan masalah perhubungan antara lelaki & perempuan, samaada masalah perhubungan antara suami isteri, pakwe makwe, masalah dengan kawan, masalah keluarga dan macam-macam lagi.

Saya harus akui bahawa tidak semua email atau permasalahan yang dapat atau mampu saya jawab. Dan saya minta maaf sangat-sangat sekiranya ada email anda yang tidak dapat saya jawab.

Biasanya, kalau saya tak dapat atau tak sempat nak menjawab permasalahan yang dibangkitkan, saya akan kongsikan di blog ini. Dengan harapan agar anda semua, pembaca blog ini dapat memberikan pendapat dan pandangan anda. Dan Alhamdulillah, setakat ini, setiap permasalahan yang saya kongsikan di blog ini mendapat respon dan pandangan yang bagus-bagus daripada anda semua. Saya sangat menghargai sokongan anda.

Baiklah, dalam entri kali ini, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu permasalahan yang dibangkitkan oleh salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo iaitu berkenaan dengan masalah sukar mendapat jodoh. Pengirim email yang menggelarkan dirinya sebagai Razi, telah meminta saya menulis tentang panduan bagaimana untuk mendapat jodoh dengan cepat dan mudah.

Berikut adalah kandungan email yang saya terima beberapa bulan lepas.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site