Coretan pengalaman pahit PakarHowTo

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
  • Kepada mereka yang selalu melawat blog peribadi saya di LuahanHati.Com, saya mohon maaf sebab blog tersebut kini tergendala sebentar.
  • Pada hujung minggu lepas, saya habiskan lebih 5 jam untuk customize blog peribadi saya tu sebenarnya. Namun disebabkan beberapa kesilapan teknikal yang saya lakukan, blog tersebut kini telah terpaksa di set-up semula.

  • Saya berasa sangat kecewa atas kesilapan yang saya lakukan. Tapi apa boleh buat kan. Silap saya juga, berlagak macam professional. Sepatutnya saya kena back up dulu semua data yang ada. Tapi tidak, saya terus saja godek-godek. Kononnya nak make up blog tu supaya nampak lebih grand dan cantik. Tapi hasilnya? Saya kehilangan segalanya. “Innalillahi wainna ilaihirooji’un”.
  • Benar kata kawan saya, pasti ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi. Setidak-tidaknya saya mendapat beberapa pengajaran berguna daripada pengalaman ini.

Klik utk baca seterusnya…

Terima kasih kepada semua…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam hormat buat semua pembaca. Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan sokongan kepada blog ini. Alhamdulillah, pengunjung blog ini sudah mencecah 2,000 pelawat setiap hari.

Walaupun tidak ramai yang sudi meninggalkan komen, namun saya sudah cukup gembira atas kesudian anda semua datang ke mari. Saya benar-benar berharap agar anda mendapat sesuatu input yang positif melalui info-info dan maklumat yang kami kongsikan di blog ini.

Ramai juga para pembaca yang menghantar email kepada saya, bertanyakan khabar, meluahkan sesuatu masalah, bertanya pendapat dan meminta pandangan tentang pelbagai perkara. Namun, saya minta maaf sekiranya saya tidak dapat menjawab kesemua email yang dihantar. Bayangkanlah, kalau ada 100 email yang masuk, dan saya balas semua 100 email tersebut, maka apa lagi yang boleh saya buat? Sedangkan, saya ada banyak tugas dan tanggungjawab lain. Jadi, maaflah sekiranya saya lambat membalas email anda.

Klik utk baca seterusnya…

Apa Khabar Anda Semua?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum semua pembaca blog PakarHowTo. Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya OK, sihat segar bugar dan ceria selalu hendaknya yer.

Terima kasih banyak atas sokongan anda

Terima kasih banyak atas sokongan anda

Pertamanya saya nak minta maaf banyak-banyak pada anda semua kerana lama juga rasanya saya tak menghantar email dan membalas komen-komen anda di blog ini. Sesungguhnya kalau nak ikutkan hati, memang saya nak balas dan bagi respon atas semua komen yang diberikan. Namun, disebabkan oleh kekangan masa dan tugas yang perlu saya bereskan, maka saya tidak dapat berbuat demikian. Jadi, maaflah kepada mereka yang telah menghantar email dan memberi komen bertanyakan macam-macam di blog ini, tapi saya tak sempat nak jawab. Harap anda semua faham keadaan saya.

Namun, saya sangat mengalu-alukan sekiranya ada di antara ribuan pembaca blog ini untuk memberikan respon dan maklum balas anda kepada apa juga permasalahan yang dibangkitkan. Memang tujuan saya menjadikan blog ini sebagai satu tempat untuk kita sama-sama saling bertukar maklumat, pandangan dan pengalaman di antara sesama kita. Jadi, besar lah hati saya kiranya anda semua dapat meningggalkan sepatah dua komen, berkomunikasi di antara satu sama lain dengan semua pembaca blog ini.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site