10 tips untuk menjadi suami penyayang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Sebelum ini saya banyak berkongsi artikel tentang panduan @ tips bagaimana untuk mengasihi suami. Alhamdulillah, respon yang diberikan oleh pembaca blog ini sangat baik.

Namun, ada pembaca yang meminta kepada saya menulis artikel khusus untuk para suami pula – bagaimana melayan @ mengasihi isteri. Barulah fair @ adil katanya.

Ni tak, asyik-asyik artikel untuk isteri jer. Habis suami dok goyang kaki melepak depan TV jer ker?“, kata seorang pembaca melalui email yang dihantar kepada saya.

Baiklah, berikut ini saya kongsikan pula beberapa tips untuk para suami, bagaimana untuk melayan @ mengasihi sang isteri. Harap para suami di luar sana dapat baca, faham dan amalkan apa yang dituliskan di sini.

Semoga rumahtangga anda, saya dan kita semua hidup bahagia aman damai sentosa sentiasa, insyaAllah.

Tips untuk menjadi suami penyayang

Untuk hidup bahagia dalam berumahtangga, suami dan isteri (kedua-duanya, bukan 1 pihak saja) mestilah faham tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Suami mesti tahu apakah hak-hak isteri yang perlu dia penuhi. Begitu juga isteri, mesti tahu tanggungjawab dan peranannya sebagai seorang isteri. Isteri perlu taat kepada perintah suami (dengar cakap) selagimana suruhan suaminya itu tidak bercanggah dengan syariat.

Para suami mestilah bijak untuk hargai dan melayan isterinya. Antara tanggungjawab dan peranan suami ialah;

Klik utk baca seterusnya…

Pesanan buat suami – Jika isteri menangis…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya rasa ramai yang dah baca artikel ini kat mana-mana. Tapi saya tetap nak berkongsi kerana ianya bagus untuk renungan para suami khususnya.

Setidak-tidaknya ia menjadi peringatan dan muhasabah buat diri ku.

Wahai para suami, bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada…

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site