7 Amal Soleh Yang Patut Diamalkan Selalu

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

* PakarHowTo memohon maaf kepada anda semua kerana sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini. Sorry yer semua. :(

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sekejap ini sebaik mungkin untuk kebahagian hidup yang kekal di akhirat kelak.

Kita hidup bukan untuk hidup. Tetapi kita hidup untuk YANG MAHA HIDUP. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati tetapi sentiasa bersiap untuk mati. Kerana, mati itu pasti. Mati itu adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.

Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya. Jadi sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan kepada Allah ta’ala,

Dalam kita bersiap untuk mati, maka sewajarnya cuba kita renung-renungkan 7 amalan mulia di bawah ini. Adakah kita sudah mengamalkannya?

  • Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

  • Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata kita membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh kefahaman.

  • Ketiga:

Jangan tinggalkan(pergi ke) masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid dulu. Masjid merupakan pusat keberkatan. Kita pergi ke masjid bukan kerana panggilan muadzin, tetapi kerana menyahut panggilan Allah yang sangat sukakan orang memakmurkan masjid.

  • Keempat:

Jaga solat dhuha. Solat Dhuha banyak kelebihan. Dikatakan kunci keberkatan rezeki itu terletak pada solat Dhuha.

Klik utk baca seterusnya…

Falsafah BABI Vs Falsafah LEBAH

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Entri ini sebenarnya telah ditulis dan dikongsikan dalam blog ini sejak 9 September 2008 lagi. Saya sengaja ‘update‘ dan ‘publish‘ kan sekali lagi entri ini untuk memperingatkan kita semua (yang seringkali terlupa) tentang perkara yang sangat penting ini.

Saya kongsikan dengan anda semua 2 falsafah untuk kita hayati dan ambil iktibar daripadanya. Baca, faham dan ingat betul-betul falsafah ini. Semoga kita tidak hanya memandang keburukan dan kelemahan orang lain saja. Berhentilah bersangka buruk dan merendah-merendahkan orang lain.

Jangan hanya pandang keburukan orang lain, sebaliknya cerminlah dulu diri kita sendiri. Semoga kita semua sentiasa bersikap positif dan rasional dalam bermuamalah dengan sesama manusia.

Mari kita hayati bersama 2 falsafah penting ini.

Klik utk baca seterusnya…

Muhasabah diri – Jadilah orang yang bersyukur!

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site