Masih sayangkan suami walaupun suami bercinta dan terlanjur dengan orang lain. Apa pendapat anda?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ada menerima email dari seorang isteri yang mengadu masalah rumahtangganya. Beliau meminta saya kongsikan masalahnya itu dengan anda semua. Harap anda semua dapat memberikan komen sepatah dua untuk panduan beliau.

Ini kandungan email beliau kepada saya.

Salam.

Saya sudah berkahwin setahun. Suami saya tiada kelulusan dan malas bekerja. Dia hanya suka chatting dan bercinta dalam internet. Dia selalu katakan itu memang hobinya dari dulu. Dah penat saya bergaduh mengenai hal itu.

Sehinggalah saya mengandungkan anak kami yang sulung, dia betul-betul serius bercinta dengan seorang perempuan sehingga terlanjur. Dia tinggalkan saya dan tinggal bersama wanita itu sejak September lalu hingga sekarang. Suami kata dia betul-betul cintakan wanita itu dan tidak sanggup berpisah dengannya. Apa salah saya hingga dia sanggup buat macam tu? Wanita tu bila dapat tahu kekasihnya suami orang pun masih tak mahu lepaskan suami saya, malah memaksa suami saya ceraikan saya. Suami saya sentiasa panas baran tapi apabila bersama wanita tu dia bagaikan lemah dan tunduk pada semua kata-kata wanita itu.

Keluarga saya mahu kami bercerai selepas saya lahirkan anak sulung. Tapi saya terlalu sayangkan suami saya. Kadang-kadang, dia call dan beritahu dia sangat rindukan saya dan risaukan kandungan saya tetapi dia lebih risaukan dan ambil berat mengenai wanita itu. Sekarang mereka sama-sama bekerja di kedai makan untuk menampung kehidupan.

Klik utk baca seterusnya…

21 Pesanan Isteri Untuk Suami

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Baru-baru ini, saya ada menerima email dari salah seorang pembaca setia blog ini. Beliau meminta saya kongsikan ’21 pesanan isteri untuk suami’ ini dengan semua pembaca blog pakar.

Beliau berkata, sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

Abang, tolong la jadi suami mithali yer....

"Abang, tolong la jadi suami mithali yer...."

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Justeru, beliau meminta saya kongsikan 21 pesanan isteri untuk suami ini supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer. :)

Klik utk baca seterusnya…

Sayang 2 Lelaki Serentak – Mana satu patut dipilih?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sudah banyak kali sebenarnya saya tegaskan bahawa, saya ni bukanlah ‘consultant’ atau ‘counselor’ cinta yang layak untuk memberikan nasihat dan panduan dalam persoalan cinta/perhubungan.

Namun, puluhan email saya terima (yang kebanyakan datang dari pembaca setia blog pakarhowto.com ini) yang menceritakan masalah yang mereka hadapi. Mereka merayu kepada saya supaya berkongsi pendapat dan pengalaman dalam menangani masalah mereka itu. Kalau saya tak dapat nak bagi pendapat saya, mereka meminta saya memaparkan masalah mereka di blog ini.

Justeru, kali ini, dengan sukacitanya saya kongsikan masalah tersebut dengan anda semua. Bacalah kisah benar dibawah ini, cubalah hayati masalahnya. Kemudian, tolong berikan pendapat anda yer. ;)

Semoga dengan perkongsian pendapat dan pengalaman yang anda berikan, dapat sikit sebanyak memberikan panduan dan rujukan buatnya dalam membuat keputusan.

yang mana satu??

yang mana satu??

Sayang 2 Lelaki Serentak – Mana satu patut ku pilih?

Saya wanita berumur 23 tahun.. saya mempunyai teman lelaki yang telah saya kenali selama 4 tahun, kini berumur 28 tahun…pada awalnya saya menerimanya kerana bekerja ditempat yang sama dan kami sama2 berasal dari pantai timur.. agak lama juga si dia mencuba dan akhirnya kami bercinta.. disaat itu semuanya indah.. walupun ada selisih faham, semuanya boleh selesai, selain bertanggungjawab dia ada jika saya memerlukannya susah dan senang..

namun disebaliknya.. satu perangai yang saya susah nak terima dan yang membuat kami bertengkar adalah sikapnya yang terlalu berkira dalam soal duit. Dia dari keluarga yg besar dan bahagia. tinggal bersama kakak yang dia tidak perlu risau tentang perbelanjaan bulanan dan duit mkn, dia hanya isi minyak motor dan menghantar sedikit duit untuk ibu bapa di kampung. dia terlalu jimat kenapa saya katakan demikian kerana sepanjang kami berkawan.. dia mengambil masa berbulan2 untuk mengisi minyak kereta saya walaupun kami kerap jumpa.. kadang2.. bila hari minggu kami berjalan minyak kereta lebih kurang rm20 perlu diisi..

saya gembira bila dia mula mahu membayar untuk mengisi minyak untuk pertama kalinya.. namun saya tersentak bila tgk pada skrin pam minyak 2 hanya berjumlah RM5. memang kereta saya hanya kancil… mampu bergerak.. tapi…. dalam 2 atau 3 bln sekali dia akan mengisi tapi hanya Rm5, begitu juga dgn t’up kredit phone.. jika saya t’up untuk dia RM10 untuk tempoh yg lama .. dia x pernah t’upkan saya namun sekiranya saya berada dalam kecemasan dan meminta dia untuk mengisi kredit.. untuk pertama kalinya juga cm RM5.

begitu juga makanan. makanan kegemaran saya adalah makanan segera seperti KFC dan McD. tapi terlalu sukar untuk dia mengeluarkan duit sekiranya makan ditempat berkenaan, baginya RM10 untuk 2 ketul ayam terlalu mahal.. 2 tahun berkawan, sekiranya mahu makan makanan segera itu, saya akan mengeluarkan duit sendiri dan belanja dia. sekian lama, saya meminta untuk dia belanja saya dan pelbagai alasan diberi, dia x direct cm kiasan untuk tdk makan. namun saya mendesak krn nak tahu sanggup ke dia mengeluarkan sikit blanja demi saya, dia sudi belanja, namun semasa makn, dia merungut dan tarik muka hinggakan saya terus mati selera untuk menikmati makanan.

saya masih ingat lagi pertama kali dia belanja saya mkn, membawa saya ke gerai tomyam biasa dan makanan bergoreng sahaja.. kali ketiga keempat berjumpa saya rasa saya juga perlu belanja dia makan, bila saya memberitahu padanya yang saya mahu belanja, dia meminta saya memandu pergi ke restoran yang biasa dia mkn dgn family nya. restoran yang agak mahal makanan nya dan dia memesan pelbagai jenis masakan panas sedangkan saya pada masa itu tinggal Rm 30 sahaja selepas mengisi minyak. namun ianya mengcukupi walaupun baki tidak banyak sedangkan jika dia mengeluarka duit dia kan berkira2 untuk pastikan jumlah makanan tidak lebih dari RM 15. sekiranya Rm 15 atau lebih, dia x kan datang lagi ketempat itu. saya bersabar dgn mengatakan hanya itu sahaja keburukan dia,, yang lain ok.. tidak ada manusia yang sempurna.

Namun kemuncaknya, pada awal tahun lepas, saya tidak ada duit dan mengajaknya berjumpa selepas pulang dari kerja. Saya telah berpindah tempat kerja dan dia still lagi ditempat lama. saya mengambil dia dirumahnya macam biasa dan sebelum sampai ke kedai makan saya katakan padanya saya x bawak duit, sudi x belanja..dia ckp ok.. namun semasa mahu menjamu selera walaupun hanya nasi goreng dua pinggan saya dan dia.. semasa mengunyah makanan, dia berkata.. ‘knp nak jmp kalau x de duit, dia pun bkn ade duit sangat’. saya ckp kan dia baru gaji, gaji saya belum masuk lagi, esok lusa masuk la. Dia diam dan berkata ‘duit memang ada, tapi nak jimat sampai hujung bulan, nanti belanja makan2, x ckp sampai hujung bulan”.. masa 2 perasaan saya seperti disiat2 sedihnya, saya tunduk buat2 x dengar tapi air mata jatuh juga dalam pinggan nasi yang baru terusik.. saya btl2 terluka dan untuk sedarkan dia, saya juga menjadi sepertinya.. berkira untuk mengeluarkan duit.

sejak saya berkira untuk bejalan jauh ke KL sbb alasan saya, x de duit isi minyak dan saya tahu dia takkan isi dan akhirnya kami berjalan2 di kawasan yang berdekatan yang tidak memerlukan modal. lama2 jemu dan kami jarang berjumpa hanya seminggu sekali itupun just pegi mkn kerana x ada program lain untuk dibuat, kerana dia x mahu keluarkan duit dan saya malas nak keluarkan duit juga. kadang2 saya teringin tgk wayang kalau ada cerita best dan mahu menonton bersamanya, blm lagi ckp saya yg belanja, dia dah mula merungut2.. mangatakan itu terlalu membazir.. saya diamkan dan mengajak ibu bersama saya tp ibu tidak berminat, namun kerana tiada kawan rapat dan orang lain.. saya pujuk dia mengatakan saya yg belanja barulah dia bersetuju.. pernah juga dia belanja tgk wayang, itu pun selepas dibodek, dlm 4 tahun kami hanya menonton 4 x sahaja. banyak lagi perangai ‘jimat’ dia yg ketrlaluan.

saya hanya berfikr bagaiamana nanti setelah berumah tangga.. mampukah dia membayar ansurans perumahan kerana dia pernah berkata, knp perlu dia membayar rumah dan memilih untuk membayar kereta saya sahaja. ntah la bukan jauh pun jumlah dia. apa lagi yang dia mahukan sedangkan sekiranya berkahwin, dia hanya cuci kaki, walaupun kevil, ruamh, kereta telah ada.. namun bl berbincang jumlah hantaran perkahwinan, saya tanya berapa dia blh kasi, dia ckp RM3 ribu.. dari tahun lepas saya pujuk dia agar naikan skit menjadi RM5 ribu, dia ckp ok, dia RM4 ribu dan saya tambah RM1 ribu jika saya mahu.. itu duit hantaran!!!!!! bagaimana dgn perbelanjaan lain.. ibu juga pening dgn perangai teman lelaki saya namun bersabar kerana selain dari kedekut dia bertanggungjawab… dan ada kebaikan disebaliknya.

di penghujung tahun lepas, saya ditemukan kawan saya dgn teman lama dari sekolah yang juga merupakan bekas teman lelaki saya, kami sebaya.. kami terus berhubung dan buat pengetahuan saudara, itulah pertama kali saya berhubung secara ‘rapat’ dgn seseorang lelaki sejak kenal kekasih saya, namun lama kelamaan perasaan kawan lama timbul pula perasaan cinta, dia tahu saya telah mempunyai kekasih, namun dia tetap meminta saya memberi ruang untuknya, dia baru sahaja 5 bulan putus cinta. sebenarnya dari form 2 kami bercinta dan putus semasa form3, namun sampai form 5, perasaan sayang padanya masih ada, sehinggakan walaupun saya telah mempunyai kekasih pada waktu itu, saya akan menjadi cemburu sekiranya dia bergurau senda dgn teman sekelas di dpn mata saya. namun saya abaikan sahaja.

kini kami telah bersama hampir 8 bulan dan merasa amat bahagia.. dia seorang tentera berjawatan rendah,… gaji memang x seberapa, berlainan dengan yang pertama, si B ini, dia tidak kedekut tetapi dek kerana gaji yang terlalu kecil, saya yang akan menolong dia sekiranya beliau tidak mempunyai wang… suku dari gaji saya untuk si B. sedangkan dgn si A, saya menjadi berkira. namun ada satu perangai si B yang selalu menyakitkan hati saya iaitu terlalu ‘siput’. susah nak faham. saya selalu marah dia.. tapi cpt sejuk kerana muka nya yang kesian.. lagipun.. dari kecil dia tidak dibesarkan dengan kasih sayang, tidak merasa kasih sayang ibu dan bapa..

saya tak tahu apa yang saya inginkan… dengan sikap manja… baran saya ni… saya rasa lebih sesuai dengan si A kerana dia mampu memberikan kata-kata semangat, nasihat yang baik dan saya boleh menghormati dia… tapi kehidupan memerlukan duit, macam mana kami nak survive selepas berkahwin sekiranya dia begitu kedekut…

si B pula, saya mewah kasih sayang, melayan saya dengan sangat baik, menghargai saya tapi mungkin kerana die terlalu bg muka membuatkan saya x begitu menghormatinya. saya x tahu knp cpt marah dgn dia.. muka, cara percakapan dia terlalu siput, menjadaikan saya kurang sabar dan lekas marah. namun dia mempunyai kesabaran yang tinggi dan melayan saya dengan baik

dulu masa blm ada teman lelaki….. prinsip saya… saya tak kisah lelaki tu papa kedana, kedekut dan sebagainya janji mencintai saya… dulu saya fikir duit bukan segalanya. namun setelah berjumpa dengan A, baru saya tahu jika bersama lelaki yang kedekut blm tentu bahagia…. bila berjumpa si B yang selalu x ada duit, yang selalu buat saya marah, namun dia penuh kasih sayang… saya buntu… yang mana harus saya pilih……. saya masih sayangkan si A namun tidak sekuat saya sayangkan si B, namun saya x mampu untuk meninggalkan si A namun x sanggup kehilangan si B, antara 2 situasi ini…. yang mana perlu saya pilih

bantu la saya…..

-Adik S-

|

Switch to our mobile site