Pada 13 Ogos 2009 lepas kira-kira jam 6:59 petang, blog pakar telah menerima 1 komen dari “bertanya tip”, meminta saya untuk menulis tentang cara bagaimana lelaki gemuk dapat memikat seorang perempuan yang disukainya.
Saya dah bertanyakan kepada beberapa kawan perempuan dan juga isteri saya tentang perkara ini. Saya suruh mereka bayangkan, katakan ada seorang yang gemuk ingin memikat mereka. Apakah yang akan mereka nilai dari seseorang yang cuba memikat dirinya?
Berikut ini adalah hasil kaji selidik yang saya buat ke atas beberapa orang kawan perempuan, termasuk isteri saya.















