Saya minta maaf kepada anda semua kerana dah 2~3 hari saya tak update blog. Saya sibuk sangat kebelakangan ni.
Apa-apapun, untuk hari ini, saya ‘copy & paste’ kan 1 lagi masalah rumahtangga yang dihantar kepada saya. Harap anda semua dapat berikan pendapat @ pandangan @ komen.
Saya berharap kita semua dapat ambil pengajaran @ iktibar daripada apa yang telah dikongsikan. Segala pandangan @ komen anda adalah sangat dihargai. Semoga kita sama-sama dapat manfaat bersama, insyaAllah.
“Suami seksa batin dan jiwa saya! Apa yang boleh saya buat?”
salam,
terima kasih sudi memberi peluang kepada saya untuk bercerita masalah saya.
saya sangat berharap pihak tuan dapat membantu dalam usaha menyelesaikan masalah saya ini.
boleh share di blog… tapi harap tuan tak reveal identiti saya…
kisah saya bermula begini…
saya telah berkahwin selama 11 bulan bersama lelaki pilihan…. 7 bulan pertama kami merasa sangat bahagia walaupun kami berjauhan. hanya berjumpa 2-3 minggu sekali… rezeki menyebelahi suami bila masuk bulan ke-8 dia dapat kerja yang tak perlu outstation… untuk pengetahuan, kami tinggal bersama parents suami…















