Kalau ramai diantara anda yang minat bola, sanggup bangun di awal pagi, sanggup travel jauh hingga ke negara orang semata-mata hendak tengok bola.

Tetapi saya pula sebaliknya. Saya adalah salah seorang peminat tilawah quran yang boleh dikategorikan dalam golongan peminat hardcore (Bukan  bola jer ada peminat hardcore yer, tilawah quran pun ada hehe :) )

Setiap kali adanya majlis tilawah, samaada tilawah Quran peringkat kebangsaan atau antarabangsa, saya pasti akan mengikutinya. Kalau saya boleh pergi, saya akan pergi ke tempat berlangsungnya majlis. Kalau tak sempat, saya pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menontonnya secara live di TV.

Ataupun kalau saya ada kerja dan memang betul-betul tak sempat nak tengok, saya pasti akan suruh isteri saya untuk rakamkan bacaan-bacaan quran tersebut. Lepas habis kerja, barulah saya akan dengar rakaman yang dibuat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa best nya tengok tilawah ni? Buat rasa mengantuk ada laa. Huhu

Bagi saya, tilawah Quran ni cukup istimewa. Seni pembacaan al-Quran adalah seni tertinggi berbanding seni-seni yang lain. Seni pembacaan al-Quran bukan hanya dinilai dari segi tajwid, fasohah, suara dan tarannum nya saja, malah penghayatan kepada maksud setiap ayat yang dibaca juga diambil kira. Pendek kata, seni pembacaan al-Quran diteliti dan dinilai dari pelbagai aspek yang tidak ada pada seni-seni yang lain.

Paling penting, al-Quran itu adalah Kalam Allah. Mukjizat terbesar yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kalau kita nilai dari segi ini saja, sudah cukup untuk kita faham betapa besar dan pentingnya kita meminati dan mendalami ilmu al-Quran ini.

Kalau kita tak dapat baca al-Quran dengan berlagu pun, setidak-tidaknya dapat jadi peminat al-Quran yang hardcore pun jadi lah. Kan kan kan?

Tahniah kepada Qari Iraq dan Qariah Malaysia yang berjaya menjadi johan dalam Tilawah Quran Antarabangsa tahun ini. TAHNIAH!

Qari Iraq, qariah Malaysia johan Tilawah al-Quran Antarabangsa

Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul johan majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sharifah Khasif & Usamah Abdullah

Usama yang memperdengarkan Ayat 16 Surah At-Taubah meraih markah 91.96 peratus manakala Sharifah Khasif yang membaca Ayat 51 Surah Al-Anbiya memperoleh 94.75 peratus.

Klik utk baca seterusnya…