Tips bagaimana untuk elak rasa bosan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Anda mudah berasa BOSAN? Tak tahu macammana nak kurangkan rasa bosan? Cuba baca 5 tips yang saya kongsikan di bawah tu. Mungkin dengan melakukan tips tersebut mampu mengurangkan rasa bosan anda. Siapa tahu kan? Tak cuba tak tahu…

rasa-bosan2

  • Tips 1 : Mulakan hari anda dengan positif

Bagaimana untuk jadi positif? Untuk jadi positif, minda anda dulu mesti dipositifkan. Maksudnya, anda tak boleh berfikiran negatif. Tanamkan betul-betul dalam hati dan minda anda bahawa anda adalah seorang yang sentiasa berfikiran positif. Lawan semua perasaan bosan dan moody anda. Usah terlalu ikutkan perasaan. Jika anda berasa bosan, cuba senaraikan apakah yang menyebabkan anda bosan. Apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa, sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri??

  • Tips 2 : Buka mata, buka minda dan buka hati

Jangan kecilkan ruang lingkup pemandangan dan pemikiran anda. Cuba ajar diri untuk lebih menghargai masa dan persekitaran anda. Buka mata seluas-luasnya, lihat persekitaran dengan penuh rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah lagak manusia yang pelbagai, lihat haiwan-haiwan yang bermacam jenis, lihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan menyegarkan, lihat bangunan-bangunan yang hebat dan mencakar langit, lihatlah alam ciptaan Tuhan yang maha hebat itu. Bukankah semua itu sangat unik dan menghiburkan? Rasailah kemeriahan alam, syukuri apa yang ada dan nikmatilah hidup ini.

Klik utk baca seterusnya…

Tips Hadapi Gangguan Perasaan Cemas Atau Bimbang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Tahukah anda KEMURUNGAN adalah satu reaksi yang normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kebimbangan mungkin menyebabkan gangguan. Gangguan ini boleh memberi kesan yang negatif kepada seseorang individu itu.

Berikut adalah tip yang akan Suri kongsikan bersama anda bagi memecahkan kitaran kemurangan anda ;)

Pertam sekali anda haruslah menerima kenyataan bahawa kemurungan adalah satu penyakit yang amat serius dan ubat bagi anti kemurungan pula adalah komponen penting dalam rawatan.

Apakah yang harus anda lakukan adalah dengan berjumpa dengan doktor anda tentang perasaan dan kemajuan rawatan dan anda juga jaganlah berasa takut untuk bertanyakan sebarang masalah kepada yang pakar akan hal ini.

Fahamilah bahawa simptom kemurangan melalui rawatan. Berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan. Ketahuilah bahawa jika anda menerima rawatan tersebut ia sedikit sebanyak akan mengatasi sikap kemurungan anda itu.

Okey sekarang mari kita kenali pula sedikit informasi mengenai kemurungan dan rawatan dengan ubat anti kemurungan:-

Klik utk baca seterusnya…

Anda murung? Resah gelisah? Jiwa kosong? Baca ini…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Jangan bermuram durja kerana ianya amat bahaya! Hari ni saya nak share sedikit statistik. Statistik apa ye? Statistik Penyakit Kemurungan (Depression).

Berikut merupakan statistik yang saya perolehi daripada pelbagai sumber yang sedia ada:

  • Kajian juga mendapati setiap hari purata tujuh kes bunuh diri berlaku di negara ini dengan jumlah keseluruhan 2,000 kematian bunuh diri setahun kerana gangguan mental, berbanding sejuta kes bunuh diri setahun di seluruh dunia.
  • Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Mental Sedunia pula, lebih 20 peratus kanak-kanak dan remaja di dunia ini merana akibat penyakit mental dan tiga hingga empat peratus daripadanya memerlukan rawatan yang rapi (Khairina Yasin, 2007).
  • Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa empat penyebab utama masalah kesihatan mental adalah kemurungan, keresahan, insomnia dan bunuh diri.
  • WHO turut menyatakan ramalannya menjelang tahun 2020 bahawa kemurungan akan berada di tangga kedua teratas penyakit selepas penyakit jantung koronari.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site