3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Dalam entri kali ni aku nak kongsi tips tenang hati lagi. Sebelum ni pun dah pernah kongsi beberapa tips. Tapi nampaknya ramai lagi orang yang stress dengan hidup.

Eh, mana ko tau ramai orang tak tenang?

Sebabnya, setiap hari aku terima macam-macam email mengadu masalah. Macam-macam yang diorang tulis.

Tertekan, buntu, kecewa, sedih, tak tahu nak buat apa, malah ada meluahkan di email kata dia rasa nak bunuh diri.

Na’uzubillah.

So, bagi aku, email-email aduan tu semua bukti menunjukkan ramai orang hidup tak tenang.

Jadi, kali ni, aku nak kongsi lagi beberapa tips supaya hati tenang dan damai.

tips supaya hati tenang

3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang

Klik utk baca seterusnya…

Impotent Goal vs Important Goal

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Artikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.

Tolong jangan terjemahkan perkataan IMPOTENT di atas ke Bahasa Melayu menggunakan Google Translate! Artikel ini tidak ada kena-mengena dengan masalah kebanjiran bahan lucah di internet.  Terima kasih.  :P

Dua bulan kebelakangan ni aku sedikit “diam”. Agak huru-hara secara realitinya. Aku bertukar kerja. Masih di bidang yang sama. Cuma tempat dan syarikat yang berbeza. Bertukar angin kata orang. Dekat pun dekat dengan tempat kerja. Yup, masalah jarak dari rumah ke tempat kerja memang sebab utama aku berhenti. Tak produktif, kurang komitmen dan membazir masa, tenaga serta minyak petrol motor aku. Kalau sehari dua ok la, tapi kalau dah 6 bulan berulang-alik 130km sehari, boleh pegi Bolivia balik hari ooo… :)

Selain sibuk dengan kerja baru, aku “diam” sebab orang rumah dah “berisi”. Kan orang dah kata, “diam-diam ubi, berisi”. Haaa ni la dia. Jadi kesibukan menguruskan apa yang patut tu menyebabkan aku terpaksa berdiam diri dari berblogging. Gian juga, tapi sabar je lah!

Dalam diam-diam aku tu, di tempat kerja baru, aku diberi macam-macam tugasan baru. Berkaitan dengan minat aku, jadi takde masalah sangatlah aku rasa. Dalam nak menyiapkan semua tugasan tu, kerja aku dah macam pustakawan pun ada, macam budak diploma nak siapkan assignment kat library pun ada. Asyik la dengan membaca, membaca dan membaca.

Membacalah kamu selagi kamu mampu mengeja.

Membacalah kamu selagi kamu mampu mengeja.

Dan dari situ la aku belajar banyak benda baru. Kebanyakannya berkenaan hal self improvement. Aku minat dan aku percaya, proses berkaitan pembangunan dan baik pulih diri ni takkan berhenti selagi manusia tu hidup. Baca punya baca, banyak la ayat-ayat yang menarik perhatian aku. Kali ni, aku kongsikan sebaris je. Pendek tapi Klik utk baca seterusnya…

Muhasabah Diri Pagi Jumaat

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Di pagi Hari Jumaat, sayyidul ayyam (penghulu segala hari) ini, saya ingin mengajak semua pembaca untuk bermuhasabah diri seketika.

Mari kita baca 14 Perkara dibawah dan renung-renungkan…

1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?

2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?

3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?

4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?

5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?

Klik utk baca seterusnya…

Peringatan buat sang lelaki…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Sekadar peringatan untuk sang lelaki…termasuk diri ku jua…huhu ;)

Wahai makhluk yang bernama lelaki… Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu :

Klik utk baca seterusnya…

Mari Kita Muhasabah Diri Di Aidilfitri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ini dah masuk hari raya yang ke-5. Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada anda.

Mengambil kesempatan ini, saya mewakili semua krew blog PakarHowTo ini ingin memohon maaf lah kepada anda sekiranya terdapat mana-mana tulisan atau komen yang mengguriskan hati anda.

Demi Allah, kami tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapapun. Jadi kalau ada yang terasa tu, harap dapat maafkanlah kami yer.

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk bertanya kepada diri kita sendiri ;

Selepas Ramadhan berlalu pergi, ADAKAH AMAL SOLEH KITA SEMASA RAMADHAN DAPAT KITA TERUSKAN? ADAKAH KITA MENJADI LEBIH BAIK BERBANDING SEBELUM RAMADHAN?

Jom kita bandingkan amalan-amalan kita di bulan Ramadhan dengan amalan kita sekarang ini (aidilfitri).

Klik utk baca seterusnya…

Jangan bangga, Jangan Berlagak

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Renungan di bulan puasa…

1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jangan bangga dengan kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS

Renung-renungkan dan selamat beramal….

Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) Hazrul Syazwan

Muhasabah Hari Ke-15 Ramadhan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Salam Ramadhan hari ke-15. Separuh Ramadhan sudah berlalu, sudahkah kita memanfaatkan peluang beribadah yang Allah kurniakan kepada kita?

Orang Alim berpesan ;

Klik utk baca seterusnya…

Mahkamah Hati – Untuk Muhasabah Diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Suka saya mencadangkan anda semua untuk baca artikel ini. Ia sangat menarik untuk diamati. Ia berkenaan dengan “Mahkamah Hati“. Satu istilah yang baru pertama kali saya dengari. Namun banyak yang boleh kita pelajari.

MAHKAMAH HATI

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga.

  1. Mahkamah Di Dunia
  2. Mahkamah Di Akhirat
  3. Mahkamah Hati

  • Pertama : Mahkamah di dunia

Yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

  • Kedua : Mahkamah di akhirat

Yang hakimnya adalah Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Klik utk baca seterusnya…

Tazkirah Hati – Kita tidak suka, tapi kenapa kita buat juga?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam semua sahabat ..

Harini agak kelewatan Suri mengupdate blog pakarhowto seperti hari-hari jumaat yang lepas.  Siang di pejabat terlalulah sibuk apatah lagi sejak ada blog sendiri disini pun kurang sekali Suri menjenguknya huhu..

aku-lagi

Maafkanlah Suri wahai tuan empunya rumah ini termasuk teman semua yang sudi melapangkan masa disini disebabkan kekangan masa dengan urusan harian membutkan Suri alpa kesini. Harap kalian tidak berkecil hati sekiranya Suri tidak dapat membalas kesemua komen-komen sahabat dalam satu jangka masa yang agak lama. Kali terakhir Suri membalas komen teman semua adalah pada minggu lepas. Itupun masih ada tersisa lagi. Insyallah Suri akan cuba membalasnya namun harus dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Waktu begini Suri ingin tarik perhatian sahabat dalam menyusuri tazkirah hati ini. Marilah kita renungkan bersama-sama semoga yang kurang akan dapat kita perbaiki, yang baik akan di permolekkan lagi yer.

Tazkirah Bagi Hati

  • Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

Klik utk baca seterusnya…

43 Perkara Untuk Direnung-renungkan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Berikut ini ada 43 Perkara yang boleh kita sama-sama renungkan. Mana yang boleh diamalkan, kita amalkan. Semoga ada manfaat.

43 Perkara Untuk Direnungkan

1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.

4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site