Saya minta maaf sebab dah lama tak update blog ni sejak beberapa hari lepas. Macam biasa la, alasannya ialah saya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan.
Sampai tak sempat langsung nak menulis dan membalas email2/komen2 dari kalian.
Hari ini, barulah saya dapat curi-curi masa untuk check email dan update blog. Buka-buka saja inbox email saya, saya dapati ada berpuluh2 email yang masuk. Macam2 hal yang dibangkitkan dalam email. Ada yang memberi pendapat, ada yang membuat macam2 komplen, ada yang marah-marah, ada yang sekadar bertanya khabar, malah ada juga yang meluahkan perasaan mereka pada saya. Tak kurang juga yang mengadu mengenai pelbagai perkara berkenaan dengan masalah hidup dan perhubungan.

Kenapa awak selalu sakitkan hati saya???
Seperti saya katakan sebelum-sebelum ini lagi, saya ni bukanlah seorang consultant atau pakar kaunseling yang mampu menjawab semua persoalan yang dikemukakan. Saya ni orang biasa-biasa saja. Yang juga kadang-kadang menghadapi masalah yang sama seperti korang.
Tapi mengenangkan harapan dan permintaan bertalu-talu yang ditujukan pada saya, maka saya akan cuba juga untuk nyatakan pendapat peribadi saya. Dan saya kongsikan masalah tersebut dengan korang semua di blog pakar ini.
Tujuan saya berkongsi masalah yang dibangkitkan ini bukan untuk menyalahkan atau mengutuk orang yang mengadu masalah ini, tetapi hanya mahu korang semua agar dapat memberikan sedikit sebanyak panduan dan cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Saya yakin, ramai pembaca setia blog pakar yang diluar sana tu, lebih arif dan berpengalaman, terutamanya dalam hal-hal perhubungan dan masalah rumahtangga. Justeru, saya benar-benar berharap agar korang semua dapat tinggalkan komen sepatah dua terhadap masalah yang dikongsikan di bawah ini.
Berikut adalah kandungan email yang saya terima pada 9 Julai yang lepas dari salah seorang pembaca setia blog ini yang menggelarkan diri sebagai ‘BUNGA’.
Klik utk baca seterusnya…