Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kawan-kawan yang saya hormati sekalianâŚ
Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini, pasti banyak suka dan duka kita lalui. Beribu onak dan duri kita rasai. Pasti ada ketika kita tersungkur kerana silap percaturan.
Kawan-kawanâŚ
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan yang mana tak dilanda taufan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian.
Renungi dan fahamilah firman Allah SWT dalam Surah AlâAnkabuut ,ayat 2-3
âApakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.â
Waktu diuji kita selalunya bersedih, kadangkala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian. Dunia terasa sempit menghimpit perasaan, kita mula hilang pertimbangan. Tidak semena mena menunding jari kepada insan di sekeliling kita dengan pelbagai tuduhan.

Malah ada juga yang berkali kali menyalahkan diri sendiri hingga memperosokkan diri sendiri dalam dimensi kekecewaan. Ada juga tidak segan silu merintih dan memarahi takdir illahi kerana dirinya terpilih untuk diuji sedemikian rupa.
Bukankah kita ini terlalu mengikut perasaan?




















