Tatkala ujian menimpa, nak buat apa?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kawan-kawan yang saya hormati sekalian…

Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini, pasti banyak suka dan duka kita lalui. Beribu onak dan duri kita rasai. Pasti ada ketika kita tersungkur kerana silap percaturan.

Kawan-kawan…

Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan yang mana tak dilanda taufan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian.

Renungi dan fahamilah firman Allah SWT dalam Surah Al’Ankabuut ,ayat 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.”

Waktu diuji kita selalunya bersedih, kadangkala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian. Dunia terasa sempit menghimpit perasaan, kita mula hilang pertimbangan. Tidak semena mena menunding jari kepada insan di sekeliling kita dengan pelbagai tuduhan.

masalah hidup

Malah ada juga yang berkali kali menyalahkan diri sendiri hingga memperosokkan diri sendiri dalam dimensi kekecewaan. Ada juga tidak segan silu merintih dan memarahi takdir illahi kerana dirinya terpilih untuk diuji sedemikian rupa.

Bukankah kita ini terlalu mengikut perasaan?

Klik utk baca seterusnya…

Strategi Merancang Matlamat Hidup – Langkah 1

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Artikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.

Achieve Your Goal

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, merancang matlamat hidup memerlukan kita mencari apakah minat dan keinginan kita yang sebenar. Dan sebelum kita membuat keputusan untuk merancang, perlu juga kita ketahui

keinginan kita itu sewajarnya merangkumi segenap aspek dalam hidup kita.

Untuk memberi gambaran tentang aspek-aspek yang mungkin perlu difikirkan oleh anda, Strategi Merancang Matlamat Hidup – Langkah 1 akan menjelaskan beberapa aspek yang boleh Klik utk baca seterusnya…

Strategi Merancang Matlamat Hidup

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Artikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.

Saban hari kebanyakan dari kita, termasuk saya, berkerja dan terus berkerja namun masih belum berjaya mencapai apa yang diinginkan. Ini kerana kebanyakan dari kita gagal memperuntukkan masa untuk berfikir tentang apa yang kita benar-benar inginkan dalam hidup dan tidak melihat keinginan tersebut sebagai matlamat yang formal. Samalah seperti kita membuat perjalanan yang jauh tapi tak tahu mana hujungnya, kan?

Journey Without Destination

Menentukan dan merancang matlamat hidup merupakan satu proses penting yang memerlukan seseorang ‘memandang’ Klik utk baca seterusnya…

9 Langkah Mencari ‘Passion’

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Artikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.

Find Your Passion Achieve Your Dreams

9 Langkah Bagaimana Mencari Passion

Dalam artikel sebelum ini – Impotent Goal vs Important Goal, saya telah kongsikan serba sedikit mengapa manusia bersikap seperti malas dan seterusnya gagal mencapai apa yang diimpikan. Ianya turut disokong oleh petikan kata-kata Tony Robbins yang manusia sebenarnya bukan malas, cuma mereka tiada matlamat yang jelas yang boleh membakar semangat mereka.

People are not lazy. They simply have impotent goals – that is, goals that do not inspire them

Seperti yang dijanjikan di akhir artikel tersebut, kali ini saya akan terangkan pula bagaimana mencari sesuatu yang mampu membantu anda membina matlamat mengikut langkah-langkah yang boleh dipraktikkan. Ramai antara kita yang mungkin lebih arif dan sudah berpengalaman dalam membina kerjaya dan cita-cita. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dan ya, saya akui setiap individu mempunyai cara masing-masing dalam menentukan apa yang mereka mahukan. Artikel ini bukan garis panduan yang wajib untuk diikuti. Sekadar membantu mereka yang buntu saban hari bangun dari tidur dan mengulangi rutin yang sama setiap hari sambil mengharapkan keputusan yang berbeza!

Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.

Jika matlamat anda selama ini masih belum tercapai dan anda memang mahu mengubah nasib hidup, saya sarankan anda selesaikan satu masalah ini terlebih dahulu. Masalah tersebut Klik utk baca seterusnya…

Impotent Goal vs Important Goal

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Artikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.

Tolong jangan terjemahkan perkataan IMPOTENT di atas ke Bahasa Melayu menggunakan Google Translate! Artikel ini tidak ada kena-mengena dengan masalah kebanjiran bahan lucah di internet.  Terima kasih.  :P

Dua bulan kebelakangan ni aku sedikit “diam”. Agak huru-hara secara realitinya. Aku bertukar kerja. Masih di bidang yang sama. Cuma tempat dan syarikat yang berbeza. Bertukar angin kata orang. Dekat pun dekat dengan tempat kerja. Yup, masalah jarak dari rumah ke tempat kerja memang sebab utama aku berhenti. Tak produktif, kurang komitmen dan membazir masa, tenaga serta minyak petrol motor aku. Kalau sehari dua ok la, tapi kalau dah 6 bulan berulang-alik 130km sehari, boleh pegi Bolivia balik hari ooo… :)

Selain sibuk dengan kerja baru, aku “diam” sebab orang rumah dah “berisi”. Kan orang dah kata, “diam-diam ubi, berisi”. Haaa ni la dia. Jadi kesibukan menguruskan apa yang patut tu menyebabkan aku terpaksa berdiam diri dari berblogging. Gian juga, tapi sabar je lah!

Dalam diam-diam aku tu, di tempat kerja baru, aku diberi macam-macam tugasan baru. Berkaitan dengan minat aku, jadi takde masalah sangatlah aku rasa. Dalam nak menyiapkan semua tugasan tu, kerja aku dah macam pustakawan pun ada, macam budak diploma nak siapkan assignment kat library pun ada. Asyik la dengan membaca, membaca dan membaca.

Membacalah kamu selagi kamu mampu mengeja.

Membacalah kamu selagi kamu mampu mengeja.

Dan dari situ la aku belajar banyak benda baru. Kebanyakannya berkenaan hal self improvement. Aku minat dan aku percaya, proses berkaitan pembangunan dan baik pulih diri ni takkan berhenti selagi manusia tu hidup. Baca punya baca, banyak la ayat-ayat yang menarik perhatian aku. Kali ni, aku kongsikan sebaris je. Pendek tapi Klik utk baca seterusnya…

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Klik utk baca seterusnya…

5 tip motivasi yang bagus

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

5 tip motivasi yang bagus untuk kerjaya dan juga perniagaan.

  • 1.) Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah.

Contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. Kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. Bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih akan datang!

Beri lebih, nanti boleh dapat lebih

  • 2.) Cari ilmu baru setiap hari

Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!

  • 3.) Belajar promosi atau tonjolkan kemahiran diri

Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. Skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!

Klik utk baca seterusnya…

Siapa kita di mata orang lain?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

 

 Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?"

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, "Siapa yang masih mahu duit ini?"

Klik utk baca seterusnya…

Janganlah Merajuk…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Amaran:  Artikel ini tiada kaitan secara langsung dengan istilah percintaan moden. :)

Siapa yang tak pernah gagal?

Tidak pernah gagal bermakna tidak normal.  Tidak pernah susah bermakna tidak sempurna.  Yang membezakan orang yang gagal dengan orang yang berjaya ialah bagaimana mereka bangkit dari kegagalan dan kesusahan hidup.

Orang yang ‘cukup makan’ terus hidup dalam kegagalan kerana mereka hanya meratapi nasib malang yang dikatakan ‘diberi’ oleh Tuhan.  Mereka terus menerus memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan rasa malas mereka.  Kesudahannya, mereka akan terus kekal menjadi golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Manakala orang yang berjaya terus cuba bangkit dengan melupakan segala kisah silam yang melemahkan semangatnya, dan mengerah segala usaha semampu mungkin tanpa mengalah kepada nasib kerana mereka percaya, bukan nasib yang menentukan kejayaan mereka.

Jangan merajuk dengan usaha anda yang mungkin kelihatan sia-sia hari ini.  Jangan berhenti berusaha.  Anda mungkin perlu berehat, atau menukar arah, tetapi jangan sesekali berhenti bergerak ke hadapan.  Jangan pandang belakang lagi!  Seperti memandu, anda tidak perlu menoleh ke belakang, cukup dengan menggunakan ‘side mirror’.  Kisah silam anda boleh dianggap sebagai ‘side mirror’ untuk membantu anda terus maju.  Kalau asyik tengok ‘side mirror’ saja, accident pula nanti!  Tengok depan ya!  :)

Kisah Nabi Yunus ini mungkin boleh kita jadikan iktibar. Klik utk baca seterusnya…

Ia hanya sia-sia saja !

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum semua para pembaca yang saya hormati.

Disebabkan adanya respon atau maklum balas yang baik dari para pembaca blog ini, maka suka saya umumkan bahawa, PakarHowTo telah menambah 1 lagi kategori atau kolum di blog ini iaitu kolum ‘Motivasi‘. Ini adalah artikel pertama bagi kolum Motivasi di blog ini.

Bacalah dengan penuh penghayatan. Semoga ianya memberikan sumber insprirasi kepada semua.

Ia hanya sia-sia saja !!!

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site