Assalamualaikum semua pembaca blog PakarHowTo. Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya OK, sihat segar bugar dan ceria selalu hendaknya yer.
Terima kasih banyak atas sokongan anda
Pertamanya saya nak minta maaf banyak-banyak pada anda semua kerana lama juga rasanya saya tak menghantar email dan membalas komen-komen anda di blog ini. Sesungguhnya kalau nak ikutkan hati, memang saya nak balas dan bagi respon atas semua komen yang diberikan. Namun, disebabkan oleh kekangan masa dan tugas yang perlu saya bereskan, maka saya tidak dapat berbuat demikian. Jadi, maaflah kepada mereka yang telah menghantar email dan memberi komen bertanyakan macam-macam di blog ini, tapi saya tak sempat nak jawab. Harap anda semua faham keadaan saya.
Namun, saya sangat mengalu-alukan sekiranya ada di antara ribuan pembaca blog ini untuk memberikan respon dan maklum balas anda kepada apa juga permasalahan yang dibangkitkan. Memang tujuan saya menjadikan blog ini sebagai satu tempat untuk kita sama-sama saling bertukar maklumat, pandangan dan pengalaman di antara sesama kita. Jadi, besar lah hati saya kiranya anda semua dapat meningggalkan sepatah dua komen, berkomunikasi di antara satu sama lain dengan semua pembaca blog ini.














