Ia hanya sia-sia saja !

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum semua para pembaca yang saya hormati.

Disebabkan adanya respon atau maklum balas yang baik dari para pembaca blog ini, maka suka saya umumkan bahawa, PakarHowTo telah menambah 1 lagi kategori atau kolum di blog ini iaitu kolum ‘Motivasi‘. Ini adalah artikel pertama bagi kolum Motivasi di blog ini.

Bacalah dengan penuh penghayatan. Semoga ianya memberikan sumber insprirasi kepada semua.

Ia hanya sia-sia saja !!!

Klik utk baca seterusnya…

5 Tips Pengukuh Jiwa

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada seorang sahabat lama saya datang mengadu kepada saya. Dia kata dia berhadapan dengan satu masalah rumahtangga yang serius. Dia tanya pendapat saya mengenai masalahnya itu.

Saya katakan saya bukanlah pakar motivasi atau kaunselor yang layak untuk memberikan pandangan. Namun dia bertegas agar saya memberikan kata-kata peransangan dan tips agar jiwanya tetap tabah dan sabar dalam menghadapi mehnah kehidupan yang sementara ini.

Berikut saya kongsikan 5 tips yang mungkin dapat memberikan sedikit sebanyak input positif agar jiwa kita tetap kukuh tegar menghadapi ujian yang mendatang.

Klik utk baca seterusnya…

Cara bagaimana untuk tingkatkan motivasi diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hidup ini tak sentiasanya gembira. Kadang-kadang ada rasa sedih pilu, kadang-kadang ada rasa tertekan, kadang-kadang ada rasa tiada mood dan kadang-kadang ada rasa tiada motivasi.

Berikut  ini saya kongsikan beberapa cara untuk tingkatkan motivasi diri. Cara yang saya amalkan ketika saya tiada motivasi atau ketika masa motivasi saya tengah jatuh merudum.

Tingkatkan motivasi diri : Cara pakarhowto

  • 1.  Saya akan dengar alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari kegemaran saya.

Inilah cara paling mujarab yang saya amalkan bagi meningkatkan motivasi diri saya. Salah satu hobi dan kegemaran saya ialah mendengar bacaan quran dari qari-qari hebat seluruh dunia. Antara qari kegemaran saya ialah al-Imam Fahd Al-Kanderi, Syeikh Mutawwali, Syeikh Hajjaj Ramadan Hindawi, al-marhum Syeikh Abdul Baasit, al-Marhum Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abdur Rahman Sudais, Syeikh Ahmad Faizul al-Jerantuti dan banyak lagi. Apabila saya mendengar bacaan Quran oleh qari-qari ini, hati saya akan menjadi begitu tenang. Saya akan jadi lebih fokus, bermotivasi dan bersemangat tinggi.

  • 2.  Saya akan mendengar lagu/nasyid kegemaran saya

Ni pun salah satu cara saya meningkatkan motivasi iaitu mendengar lagu atau nasyid2 kesukaan saya. Saya paling suka lagu Sami Yusuf. Semua lagi Sami Yusuf sangat best terutamanya “Hasbi Robbi”

  • 3.  Saya akan mendengar ceramah-ceramah agama.

Mendengar ceramah agama akan memberikan peringatan kepada saya tentang maksud dan tujuan hidup saya atas dunia yang sementara ini. Apabila saya ingat tujuan hidup saya, maka saya akan jadi lebih bersyukur dan rasa bersemangat untuk memperbaiki kehidupan saya. Ceramah yang paling saya suka dengar ialah ceramah Ustaz Shamsuri. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah faham. Saya ada berpuluh-puluh koleksi ceramah Ustaz Shamsuri yang saya simpan dalam iPod. Saya akan bawa iPod tu ke mana-mana saja saya pergi. Bila ada masa lapang, saya akan dengar ceramah2 tu. Alhamdulillah, setakat ini, motivasi dan semangat saya akan naik setelah mendengar ceramah2 tersebut.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site