Hari ini, masa rehat tengahari, saya mengambil peluang untuk membaca surat khabar di satu ruang rehat di pejabat. Ada beberapa rakan sekerja lain, turut sama berada di situ. Sambil baca surat khabar, kami masing-masing bertukar-tukar cerita. Memang begitulah rutin kami. Lepas habis makan tengahari, kalau ada lebihan waktu rehat, kami akan berkumpul di situ dan berbual-bual sambil membaca akhbar.
Hari ini, saya begitu tertarik dengan cerita yang dikongsikan oleh seorang yang berpangkat akak (umur 41 tahun). Saya gelarkan akak ni dengan ‘Ka- S’ saja lah. Semasa rehat tengahari hari tadi, Kak-S telah berkongsi 1 tips, yang saya kira sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua.
Menurut Kak-S, cara paling berkesan (bagi dia) untuk mengurangkan tekanan hidup (stress, perasaan sedih, kecewa dan sebagainya) ialah dengan MELUAHKAN PERASAAN DI DALAM BILIK SORANG-SORANG. Kak-S kata, kalau nak lagi berkesan, semasa meluahkan segala perasaan tu, MENANGIS LA SEPUAS-PUASNYA.
“Aik, biasanya orang luah perasaan pada orang lain. Cerita pada kawan baik, pada adik beradik dan sebagainya. Macammana pulak nak luahkan perasaan sorang-sorang? Kenapa tak luahkan pada orang lain saja? Bukan ker dengan bercerita masalah atau berkongsi cerita dengan orang lain akan membantu kita meringankan ‘beban’ yang ditanggung? Ni first time saya dengar tips luah perasaan sorang-sorang ni…berkesan ker”















