18 perkara wanita MESTI FAHAM tentang lelaki

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Semalam saya ada kongsikan 10 perkara yang lelaki mesti faham tentang wanita. Saya harap kaum lelaki dapat menyelami entri tersebut dan cuba faham (walaupun ada sesetengah lelaki memang sukar untuk faham) wanita.

Dalam entri kali ini, saya nak berkongsi pula dengan anda 18 Perkara Yang Wanita Mesti Faham Tentang Lelaki. Yer lah kan, tak seimbanglah kalau satu pihak jer yang faham. Kalau lelaki jer yang faham perempuan, tapi perempuan tak faham lelaki tak boleh juga. Betul tak?

Jadi, apa kata anda hayati dan fahami entri di bawah. Kalau ada sesiapa yang tak bersetuju dengan pernyataan yang diberikan, sila tinggalkan komen. Terima kasih.

18 Perkara Yang Wanita Mesti Faham Tentang Lelaki

Klik utk baca seterusnya…

20 Perangai Buruk Lelaki??

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Anda lelaki? Rasa tercabar membaca tajuk entri ni? Rileks bro… Tak semestinya apa yang dituliskan ini betul semuanya. Yang penting, baca dan ambil peringatan. Buatlah perubahan mana-mana yang buruk. Semoga apa yang dikongsikan dalam entri ini berguna buat para pemuda di luar sana tu yer. ;)

20 Perangai Buruk Lelaki Yang Boleh Membuatkan Orang Perempuan Meluat @ Benci

1. Meninggikan Suara

  • Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Mengongkong

  • Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?

3. Cemburu Buta

  • Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. Panas Baran

  • Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Anggota Tubuh Lelaki

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya menerima email dari saudara Kamarul untuk berkongsi mengenai artikel yang ditulis olehnya. Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site