5 Tanda Kemusnahan Sebuah Rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Berdasarkan kajian oleh pakar rumahtangga dan perhubungan suami isteri, ada 5 tanda yang menunjukkan sesebuah rumahtangga itu goyah dan bakal musnah.

masalah rumahtangga

Mari kita check satu persatu apakah tanda-tanda tersebut.

Klik utk baca seterusnya…

Suami ada perempuan lain, isteri alami tekanan emosi

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Ni ada satu lagi masalah rumahtangga. Cuba selami. Cuba hayati masalah diceritakan.

masalah rumahtangga

Suami ada perempuan lain, isteri alami tekanan emosi

Salam…

Maaf sebab terpaksa amek masa pakar. Saya manghadapi masalah yang boleh di katakan rumit.

Saya berkahwin dengan suami saya atas dasar cinta dan ketika itu saya telah terlanjur. Kami berkahwin dan pada masa yang sama suami saya ada berkawan dengan seorang wanita di tempat kerja di mana masa perkenalan nya lebih kurang masa suami mengenali saya. Yang beza nya saya jauh lebih muda dari si perempuan itu.

Pada tahun pertama saya berkahwin saya berasa curiga dengan kelakuan suami saya yang sering mengelak dari saya apabila dia memegang talipon nya. Rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia masih lagi berkawan dengan wanita itu.

Saya ada juga menghubungi wanita itu supaya melupakan suami saya tetapi tidak di endahkannya, sampai la umur perkahwinan kami dah hampir 7 tahun.

Klik utk baca seterusnya…

Kahwin dengan duda, isteri terluka dan merana?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ni, saya kongsikan 1 lagi masalah rumahtangga yang saya terima. Kalau anda ada pendapat atau pandangan, tolonglah kongsi di ruangan komen. Simpati sungguh saya dengan nasib yang menimpa si pengadu ini.

masalah rumahtangga

Semoga segala pendapat @ pandangan yang anda berikan akan membantu beliau sikit sebanyak.

Kahwin dengan duda, isteri terluka dan merana?

Salam pakar, sy nak berkongsi cerita sikit n tolong la bagi pendapat or nasihat sikit,hati n jiwa sy nie betul2 tertekan…tolong la…

Saya berumur 28thn,sy dh berkahwin 1 tahun 3 bulan dan sekarang sy tengah pregnant 6 bulan lebih,suami sy duda anak 3,duda cerai sy berkahwin dgn die selepas die bercerai,pd asalnyer sebelum die bercerai sy dh mengenalinyer tapi sy xtahu die sudah berkahwin dan apabila sy dah tahu die dah berkahwin die bagitahu sy die sudah bercerai dan sy xtahu die dh rujuk balik ngan bekas isteri die,mereka ada komplik rumahtangga apabila sy sudah mengetahui hubungan dieorg sy menjauhkan diri xnak ganggu dan suami dtg kepada sy selepas die menceraikan isteri die wat kali ke-2,oleh kerana kesungguhan suami utk mengahwini sy, sy berkahwin ngan die selepas abis edah,selepas mendirikan rumah tangga banyak perkara berlaku sy dimaki hamun,dicaci ditampar,sume 2 sy hadapi ngan tabah dan berfikir segalanyer berpunca atas kesilapan sy sendiri….

Klik utk baca seterusnya…

Suami main kayu tiga, isteri rasa nak bunuh diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ni nak kongsi lagi 1 masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Harap dapat komen-komen bernas dari anda. Malam ni saya akan tulis komen saya.

cerai

Suami main kayu tiga, isteri rasa nak bunuh diri

Pakar,

Saya berkahwin belum sampai 2 tahun tapi saya tak pernah merasa nikmat berumahtangga. Saya tak pernah tinggal “sebumbung” dengan suami yang dikahwini atas dasar cinta. Lepas berkahwin suami tidak mahu membawa saya tinggal bersamanya di KL. Dia tak cari rumah atau tak buat apa-apa persediaan seperti kebanyakan orang berkahwin.

Rupa-rupanya dia jalinkan hubungan sulit dengan seorang perempuan iban yang beragama kristian dan tinggal di Sarawak. Rupanya sudah banyak kali suami saya ke sana (sarawak) dan melakukan maksiat.

skandal

Bila ditanya memang dia tak pernah mengaku sehingglah saya menjumpai telefon yang digunakan untuk perempuan itu. Semua mesej di dalam telefon itu hanya mesej lucah. Lebih menyedihkan saya jumpa gambar lucah dan video lucah mereka di hotel…astaghrifullahal’aziim!

Klik utk baca seterusnya…

Kahwin dah 3 bulan, tapi masih dara… (18SX)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya serba salah apabila ramai pembaca blog ini menghantar email mengadu macam-macam terutamanya mengenai masalah rumahtangga. Sudah berkali-kali saya tegaskan, saya ni bukannya pakar motivasi atau jauh sekali seorang kaunselor rumahtangga.

masalah rumahtangga

Saya hanya berkongsi info dan maklumat berguna yang saya ada saja di blog ini. Niat saya hanya untuk menyebarkan info-info yang baik kepada pembaca blog ini. Tak lebih dari itu.

Tapi hari demi hari, saya menerima pelbagai aduan melalui email mahupun SMS ke handphone saya. Macam-macam hal yang ditanyakan, sedangkan ilmu dan pengetahuan saya sangat terhad untuk menjawab setiap permasalahan yang dilontarkan.

Kadang-kadang saya juga rasa serba salah apabila pengadu meminta untuk dikongsikan masalah rumahtangga mereka di blog ini, sedangkan apa yang diadukan itu saya kira bersifat ‘agak peribadi’ dan menyentuh masalah-masalah ‘dalam selimut’ (18SX).

masalah rumahtangga

Apabila saya memberikan alasan untuk tidak menyiarkan luahan perasaan mereka, ada juga yang membalas balik mengatakan “TAK MENGAPA kerana saya tak perlu mendedahkan identiti sebenar mereka.” Jadi, tak siapa yang tahu identiti pengadu melainkan saya sahaja.

Saya tak perlu risau untuk berkongsi masalah rumahtangga di blog ini selagimana identiti si pengadu tidak didedahkan. Itu kata mereka.

Hmmm. Saya serba salah. Tapi memikirkan perkongsian ini mungkin memberikan panduan dan iktibar kepada pembaca lain, saya kira tak ada salahnya untuk saya berkongsi. Dan pastinya saya akan rahsiakan identiti si pengadu.

Makanya, pada hari ini, saya ingin menunaikan 1 lagi permintaan salah seorang pembaca blog ini yang mengadu tentang masalah rumahtangga yang dihadapinya. Saya kategorikan masalah ini agak 18SX kerana ia berkaitan dengan masalah hubungan intim suami isteri.

Apapun, saya berharap anda dapat membaca aduan ini dan memberikan pendapat atau pandangan anda. Tinggalkan sepatah dua komen dibawah agar kita sama-sama dapat bantu si pengadu dan segala komen anda akan menjadi rujukan kepada pembaca yang lain juga.

Terima kasih.

Kahwin dah 3 bulan, tapi masih dara… (18SX)

Klik utk baca seterusnya…

Peringatan buat isteri : Elak Mencari Bukti Suami Curang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya rasa artikel (jawapan kepada 1 permasalahan rumahtangga yang dikemukakan) ini sangat wajar untuk diberikan perhatian dan dijadikan peringatan khususnya buat para isteri.


Kepada puan yang sedang dilanda ribut perasaan.

Sesungguhnya ribut itu tidak dapat dipastikan dari mana puncanya dan ke mana arah matlamat, serta paling sulit untuk menentukan bila tamat musimnya. Inilah namanya kemelut cinta yang menyeksa.

Persoalan yang puan kemukakan sebenarnya adalah persoalan biasa yang dilakukan oleh lelaki bernama suami. Mungkin berhasrat menguji harga diri (masih ‘macho’ lagi atau tidak) atau mahu suka-suka sebagai perintang waktu dan sebagai selingan dengan pasangan yang ada, atau dia berasa bebas kerana sudah berada di luar kawasan, lalu berasa tidak ada yang kenal dia di Kuala Lumpur. Jadi dia terasa kebebasan itu miliknya atau sememangnya dia mahu menambah lagi satu secara dirancang, di kota ini atau tidak direncana.

Ini disebabkan saya pernah menangani kisah yang hampir serupa. Pengakuan seorang suami yang secara tiba-tiba dia digoda dan atas alasan mahu membantu atau lain-lain alasan yang difikirkan sesuai bagi mereka akhirnya bernikah secara berahsia. Sehinggalah isteri mendapat bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh suami, maka akhirnya suami mengaku yang dia sudah nikah. Alasan dia berahsia dari isteri ‘tidak mahu melukakan hati isteri pertama’ walaupun itu sememangnya sangat melukakan isteri.

Klik utk baca seterusnya…

5 Tips Berkesan Mengendalikan Konflik Rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Dalam melayari bahtera alam rumahtangga, setiap pasangan suami-isteri itu tidak akan lari dari dugaan dan konflik yang saban hari melanda. Itulah realitinya.

Memang pada hakikatnya, istilah happily ever after memang tidak wujud sebenarnya dalam dunia perkahwinan sebenar.

Akan tetapi, ini tidak bermakna setiap pasangan suami-isteri seperti anda harus berasa takut atau mudah menyerah kepada takdir semata-mata dalam mengharungi sebarang konflik. Anda perlu bijak dalam menangani isu rumahtangga secera tenang dan berhemah.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bersama anda 5 tips bagaimana anda boleh mengendalikan sesuatu konflik dalam rumahtangga anda secara berkesan.

TIPS 1

  • Tetapkan satu matlamat dalam hati anda bahawa anda akan mampu juga akhirnya selesaikan dan tamatkan konflik yang melanda. Bukankah dalam Islam ada mengajar kita bahawa segalanya bermula dengan niat?
  • Niat yang baik akan mendatangkan kebaikkan kepada hidup anda.
  • Tetapkan matlamat spesifik yang merangkumi bagaimana pendekatan yang ingin anda ambil, bila anda ingin konflik tersebut selesai dan apakah perkara yang anda bersedia untuk anda bertolak ansur.

Klik utk baca seterusnya…

4 Rayuan Isteri Kepada Suami

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Anda suami? Sila baca rayuan hati isteri ini. Kalau tak dapat tunai semua, jangan tinggal semua. ;)

~~ Suami ~~

  • Panggillah isterimu dengan panggilan yang manja,kerana panggilan manja itu memberi kesan yang mendalam di hati isteri. Sekaligus mendatangkan rasa cinta dan hormat kerana panggilan tersebut menggambarkan betapa mesranya hubungan suami isteri ~~ (^____^). Panggilan apa saja…asalkan isteri anda sukeeee.. ? ~~

~~ Suami ~~

  • Selalu-selalulah bawa balik buah tangan untuk isterimu yang sedang menunggu di rumahmu. Bawalah buah tangan seperti coklat, buah-buahan,pakaian,dan sebagainya. Isteri yang baik pasti menerimanya dengan hati yang amat gembira dan menghargainya ~~ (^___^) …

Klik utk baca seterusnya…

“Suami siksa jiwa batin saya…”

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ni saya ingin kongsikan 1 lagi email aduan masalah rumahtangga yang saya terima. Harap anda semua dapat bagi respon kepada permasalahan yang dibangkitkan.

Terima kasih.


Salam…..

Pakar,
Ini kali pertama saya mengirimkan email kepada pakar. Setelah membaca segala email yang dikirimkan, hati saya terdetik untuk mengirimkan email, serta meminta pendapat dan nasihat dari pakar…

Saya Dieya(nama samaran) ingin meminta pendapat pakar. Ini berkenaan masalah rumahtangga saya. Kami sudah berkahwin hampir 4thn, dan dikurniakan seorang cahaya mata. Masalah kami timbul semenjak tahun lepas, mulanya saya mengabaikan perasaan saya yang sudah mula curiga, namun semakin hari, suami makin berubah….

Klik utk baca seterusnya…

Kahwin sembunyi, hanya menganiaya diri?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Kali ini saya nak kongsi dengan anda 1 lagi masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Mendengar luahan sebegini, bukan saja menimbulkan rasa simpati, tetapi juga membuatkan saya jadi lebih bersyukur kerana rumahtangga saya masih aman damai (alhamdulillah), walau terkadang ada konflik juga.

Apa pun, saya benar-benar berharap anda dapat memberikan sepatah dua komen dan berkongsi pandangan @ pengalaman terhadap masalah yang diadukan ini.

Semoga segala pandangan dan pengalaman yang dikongsikan dapat kita sama-sama ambil iktibar @ pengajaran.

Terima kasih.

Kahwin sembunyi, hanya menganiaya diri?

Assalamualaikum..nama saya N***. Saya memang pengikut setia blog PakarHowTo dan selalu mengikuti entri terbaru. Lagipun saya memang subscribe, so terus dapat ke email saya.

Saya mahu minta pendapat tuan-tuan tentang masalah rumahtangga yang saya alami. Saya masih muda, namun kerana bercinta dengan seorang lelaki yang saya kenali di facebook, terus membawa ke hubungan kami ke tahap lebih serius…

Oleh kerana kami tidak mahu melakukan maksiat, kami telah bernikah di Selatan Thailand. Kami tidak dapat berkahwin secara sempurna seperti pasangan lain kerana kami dua-dua masih belajar dan suami saya kini masih berbaki tahun akhir dalam bidang media dia. Saya pula masih belajar di IPTA di KL.

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site