Kongsi artikel ni di FBMelalui email-email aduan masalah rumahtangga yang saya terima. Saya dapati bahawa, salah satu punca utama konflik rumahtangga yang terjadi adalah disebabkan oleh sikap para suami yang TIDAK MENGHARGAI ISTERI selayaknya.
Soalan :
Boleh tak terangkan sebab-sebab mengapa seseorang isteri itu MESTI dihargai?

Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan masalah rumahtangga, bagaimana menghargai isteri, hargai isteri, isteri, isteri solehah, kaunseling rumahtangga, kebahagiaan rumahtangga, Masalah Rumahtangga, mengapa isteri perlu dihargai, mengapa tidak bahagia, menghargai isteri, para isteri, para suami, peranan dan tanggungjawab suami, peranan isteri, perhubungan suami isteri, rumahtangga, saling harga menghargai, suami isteri, suami soleh, suami yang baik, tanggungjawab isteri, tugas isteri
Kongsi artikel ni di FBBerdasarkan kajian oleh pakar rumahtangga dan perhubungan suami isteri, ada 5 tanda yang menunjukkan sesebuah rumahtangga itu goyah dan bakal musnah.

Mari kita check satu persatu apakah tanda-tanda tersebut.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan rumahtangga, kaunseling rumahtangga, kaunselor rumahtangga, kisah rumahtangga, masalah perhubungan, Masalah Rumahtangga, masalah suami isteri, rumahtangga, tanda kemusnahan rumahtangga
Kongsi artikel ni di FBHujung minggu depan kita akan masuk musim cuti sekolah. Apabila cuti sekolah, aktiviti yang paling glamer, selain dari BERKHATAN @ BERSUNAT ialah KENDURI KAHWIN lah.
Termasuk adik no. 8 saya (salah seorang krew blog ini) iaitu Cikgu Masri, juga akan menamatkan zaman bujangnya pada 26 November 2011 ini.
 Cikgu Masri
Kepada mereka yang bakal berkahwin, saya tujukan artikel ini khusus buat anda.
Tapi sebenarnya, yang dah kahwin dan beranak pinak pun MESTI baca artikel ini untuk manfaat bersama.
Pesanan Penting Buat Bakal Isteri
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bakal isteri, bakal suami, hidup berumahtangga, kaunseling rumahtangga, kebahagiaan rumahtangga, Masalah Rumahtangga, mencari bahagia, peringatan buat isteri, pesanan untuk isteri, rumahtangga bahagia, tips rumahtangga, tips untuk jadi isteri solehah
Kongsi artikel ni di FBNi ada satu lagi masalah rumahtangga. Cuba selami. Cuba hayati masalah diceritakan.

Suami ada perempuan lain, isteri alami tekanan emosi
Salam…
Maaf sebab terpaksa amek masa pakar. Saya manghadapi masalah yang boleh di katakan rumit.
Saya berkahwin dengan suami saya atas dasar cinta dan ketika itu saya telah terlanjur. Kami berkahwin dan pada masa yang sama suami saya ada berkawan dengan seorang wanita di tempat kerja di mana masa perkenalan nya lebih kurang masa suami mengenali saya. Yang beza nya saya jauh lebih muda dari si perempuan itu.
Pada tahun pertama saya berkahwin saya berasa curiga dengan kelakuan suami saya yang sering mengelak dari saya apabila dia memegang talipon nya. Rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia masih lagi berkawan dengan wanita itu.
Saya ada juga menghubungi wanita itu supaya melupakan suami saya tetapi tidak di endahkannya, sampai la umur perkahwinan kami dah hampir 7 tahun.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: isteri curang, isteri kecewa, isteri tertekan, kaunseling rumahtangga, kaunselor rumahtangga, kemurungan, kisah rumahtangga, Masalah Rumahtangga, masalah suami isteri, sebab curang, suami main kayu tiga, sudah terlanjur, terlanjur
Kongsi artikel ni di FBBiasanya saya kongsi masalah rumahtangga. Hari ni saya nak kongsi masalah cinta pula. Saya tolong kongsi saja. Korang tolong lah beri pendapat kalau ada.

Ini masalahnya…saya copy & paste jer dari email yang dikirimkan.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan masalah, bertunang dengan duda, bertunang dengan suami orang, kahwin tanpa restu, kahwin tanpa restu keluarga, kaunseling cinta, kaunseling rumahtangga, masalah cinta, masalah dalam perhubungan, masalah pakwe makwe, masalah perhubungan, Masalah Rumahtangga, risiko berkahwin, risiko kahwin dengan duda, risiko kahwin duda
Kongsi artikel ni di FBHari ni, saya kongsikan 1 lagi masalah rumahtangga yang saya terima. Kalau anda ada pendapat atau pandangan, tolonglah kongsi di ruangan komen. Simpati sungguh saya dengan nasib yang menimpa si pengadu ini.

Semoga segala pendapat @ pandangan yang anda berikan akan membantu beliau sikit sebanyak.
Kahwin dengan duda, isteri terluka dan merana?
Salam pakar, sy nak berkongsi cerita sikit n tolong la bagi pendapat or nasihat sikit,hati n jiwa sy nie betul2 tertekan…tolong la…
Saya berumur 28thn,sy dh berkahwin 1 tahun 3 bulan dan sekarang sy tengah pregnant 6 bulan lebih,suami sy duda anak 3,duda cerai sy berkahwin dgn die selepas die bercerai,pd asalnyer sebelum die bercerai sy dh mengenalinyer tapi sy xtahu die sudah berkahwin dan apabila sy dah tahu die dah berkahwin die bagitahu sy die sudah bercerai dan sy xtahu die dh rujuk balik ngan bekas isteri die,mereka ada komplik rumahtangga apabila sy sudah mengetahui hubungan dieorg sy menjauhkan diri xnak ganggu dan suami dtg kepada sy selepas die menceraikan isteri die wat kali ke-2,oleh kerana kesungguhan suami utk mengahwini sy, sy berkahwin ngan die selepas abis edah,selepas mendirikan rumah tangga banyak perkara berlaku sy dimaki hamun,dicaci ditampar,sume 2 sy hadapi ngan tabah dan berfikir segalanyer berpunca atas kesilapan sy sendiri….
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan rumahtangga, bimbingan rumahtangga, isteri kecewa, isteri terluka, isteri tertekan, kaunseling rumahtangga, kaunselor rumahtangga, masalah dalam perhubungan, Masalah Rumahtangga, masalah semasa mengandung, masalah suami isteri, rumahtangga bergolak, rumahtangga kucar kacir, tak bahagia
Kongsi artikel ni di FBHari ni nak kongsi lagi 1 masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Harap dapat komen-komen bernas dari anda. Malam ni saya akan tulis komen saya.

Suami main kayu tiga, isteri rasa nak bunuh diri
Pakar,
Saya berkahwin belum sampai 2 tahun tapi saya tak pernah merasa nikmat berumahtangga. Saya tak pernah tinggal “sebumbung” dengan suami yang dikahwini atas dasar cinta. Lepas berkahwin suami tidak mahu membawa saya tinggal bersamanya di KL. Dia tak cari rumah atau tak buat apa-apa persediaan seperti kebanyakan orang berkahwin.
Rupa-rupanya dia jalinkan hubungan sulit dengan seorang perempuan iban yang beragama kristian dan tinggal di Sarawak. Rupanya sudah banyak kali suami saya ke sana (sarawak) dan melakukan maksiat.

Bila ditanya memang dia tak pernah mengaku sehingglah saya menjumpai telefon yang digunakan untuk perempuan itu. Semua mesej di dalam telefon itu hanya mesej lucah. Lebih menyedihkan saya jumpa gambar lucah dan video lucah mereka di hotel…astaghrifullahal’aziim!
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan masalah rumahtangga, air mata isteri, bercerai, cerai, gambar skandal, isteri kecewa, isteri nak bunuh diri, isteri sedih, isteri tertekan, kaunseling rumahtangga, kaunselor rumahtangga, kes bunuh diri, kes cerai, Masalah Rumahtangga, masalah suami isteri, memperbaiki hubungan, penceraian, perceraian, skandal suami, suami curang, suami ego, suami main kayu tiga, talak
Kongsi artikel ni di FBSaya serba salah apabila ramai pembaca blog ini menghantar email mengadu macam-macam terutamanya mengenai masalah rumahtangga. Sudah berkali-kali saya tegaskan, saya ni bukannya pakar motivasi atau jauh sekali seorang kaunselor rumahtangga.

Saya hanya berkongsi info dan maklumat berguna yang saya ada saja di blog ini. Niat saya hanya untuk menyebarkan info-info yang baik kepada pembaca blog ini. Tak lebih dari itu.
Tapi hari demi hari, saya menerima pelbagai aduan melalui email mahupun SMS ke handphone saya. Macam-macam hal yang ditanyakan, sedangkan ilmu dan pengetahuan saya sangat terhad untuk menjawab setiap permasalahan yang dilontarkan.
Kadang-kadang saya juga rasa serba salah apabila pengadu meminta untuk dikongsikan masalah rumahtangga mereka di blog ini, sedangkan apa yang diadukan itu saya kira bersifat ‘agak peribadi’ dan menyentuh masalah-masalah ‘dalam selimut’ (18SX).

Apabila saya memberikan alasan untuk tidak menyiarkan luahan perasaan mereka, ada juga yang membalas balik mengatakan “TAK MENGAPA kerana saya tak perlu mendedahkan identiti sebenar mereka.” Jadi, tak siapa yang tahu identiti pengadu melainkan saya sahaja.
Saya tak perlu risau untuk berkongsi masalah rumahtangga di blog ini selagimana identiti si pengadu tidak didedahkan. Itu kata mereka.
Hmmm. Saya serba salah. Tapi memikirkan perkongsian ini mungkin memberikan panduan dan iktibar kepada pembaca lain, saya kira tak ada salahnya untuk saya berkongsi. Dan pastinya saya akan rahsiakan identiti si pengadu.
Makanya, pada hari ini, saya ingin menunaikan 1 lagi permintaan salah seorang pembaca blog ini yang mengadu tentang masalah rumahtangga yang dihadapinya. Saya kategorikan masalah ini agak 18SX kerana ia berkaitan dengan masalah hubungan intim suami isteri.
Apapun, saya berharap anda dapat membaca aduan ini dan memberikan pendapat atau pandangan anda. Tinggalkan sepatah dua komen dibawah agar kita sama-sama dapat bantu si pengadu dan segala komen anda akan menjadi rujukan kepada pembaca yang lain juga.
Terima kasih.

Kahwin dah 3 bulan, tapi masih dara… (18SX)
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: 18sx, aduan masalah rumahtangga, apa itu dara, cerita 18sx, hidup bahagia, kategori 18sx, kaunseling rumahtangga, kaunselor rumahtangga, masalah atas katil, masalah dalam selimut, masalah malam pertama, masalah perhubungan, Masalah Rumahtangga, masalah suami isteri, masih ada dara, sudah kahwin tapi masih dara, tanda masih ada dara
Kongsi artikel ni di FBHari ni saya nak kongsi 1 lagi masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Hati saya sentiasa berasa sesak dan sebak apabila membaca masalah sebegini. Apa nak jadi dengan institusi kekeluargaan kita sekarang ni? Begini terukkah konflik yang terjadi?
Sila baca masalah ini dengan penuh penghayatan. Bayangkan anda berada dalam situasi si pengadu.
Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata

Salam Pakar,
Semoga diberkati Allah SWT hendaknya..
Sebelum itu saya ingin kenalkan diri saya, nama saya Sofiyya (bukan nama sebenar) seorang ibu berusia 34 tahun dan telah mendirikan rumahtangga 14 tahun 19 hari saya mempunyai 3 orang anak lelaki, yang paling kecil berusia 10 tahun.
Mohon maaf jika email saya ini menganggu masa Pakar, tapi saya amat berharap agar Pakar sudi membacanya sehingga ke akhir…
Pakar,
Selama 14 tahun mendirikan rumahtangga sudah banyak kali hati saya disakiti.
Untuk pengetahuan Pakar sebelum ini saya dan suami saya hidup berjauhan, dia di kl dan saya di kuantan, mungkin kerana hubungan jarak jauh kami ini membuat dia mencari teman di luar, tapi Pakar sudah beribu kali saya minta suami saya untuk membawa saya dan anak-anak sekali ke kuala lumpur, namun suami sering memberi beribu alasan, tahulah saya yang suami saya ada mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan rumahtangga, asam garam rumahtangga, hidup tak bahagia, institusi kekeluargaan, isteri teraniaya, isteri tertekan, kaunseling rumahtangga, konflik suami isteri, luahan hati isteri, masalah dalam perhubungan, Masalah Rumahtangga, mengadu masalah, pakar kaunseling, perihal rumahtangga, rintihan isteri, suami curang, suami curang apa patut dibuat?, suami main kayu tiga
Kongsi artikel ni di FBBanyak sekali saya terima email yang mengadu masalah perhubungan @ masalah cinta dari pembaca blog ini. Kebanyakan aduan masalah ini datangnya dari pembaca wanita. Kenapa wanita yang lebih ramai mengadu macam-macam? Adakah wanita saja yang bermasaalah? Atau adakah lelaki sekarang ini terlalu ego untuk mengakui dirinya itu bermasaalah?

Apa-apapun, kebanyakan email aduan yang saya terima, rata-rata membangkitkan persoalan @ ketidakpuas hatian mereka kepada lelaki. Antara yang dipersoalkan ialah…
- MENGAPA LELAKI SEKARANG NI SUSAH SANGAT NAK FAHAM WANITA???
- ATAU LELAKI SEKARANG NI MEMANG DAH EGO SANGAT???
Entahlah. Saya juga seorang lelaki sejati (bukannya golongan ‘au-au’ yer). Kalau ditanyakan mengapa lelaki sekarang susah sangat nak faham wanita?
Hmmmm susah juga saya nak menjawabnya…huhu
Tapi bagi saya, persoalan yang dibangkitkan tu takdelah penting sangat. Yang terlebih pentingnya ialah BAGAIMANA NAK BUAT LELAKI FAHAM WANITA???
Haa persoalan inilah yang lebih sesuai untuk dibincangkan.

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 10 perkara LELAKI MESTI FAHAM tentang wanita. Semoga dengan perkongsian ini dapat sikit sebanyak membantu kaum lelaki dalam memahami wanita @ pasangan anda masing-masing.;)
Pembaca wanita, kalau anda tak bersetuju dengan pernyataan dibawah ini, sila kemukakan hujjah anda di bahagian komen di bawah entri ini. Terima kasih.

Apakah yang lelaki MESTI FAHAM tentang wanita?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: kaunseling pakwe makwe, kaunseling percintaan, kaunseling perhubungan, kaunseling rumahtangga, lelaki ego, masalah dalam perhubungan, masalah pakwe makwe, masalah percintaan, Masalah Rumahtangga, memahami wanita, menangani lelaki ego, perangai wanita, putus cinta, sifat seorang wanita, sifat wanita, sifat-sifat wanita yang lelaki perlu tahu
|
Komen Terbaru