5 Tanda Kemusnahan Sebuah Rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Berdasarkan kajian oleh pakar rumahtangga dan perhubungan suami isteri, ada 5 tanda yang menunjukkan sesebuah rumahtangga itu goyah dan bakal musnah.

masalah rumahtangga

Mari kita check satu persatu apakah tanda-tanda tersebut.

Klik utk baca seterusnya…

Kahwin duda, apa risiko nya?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Biasanya saya kongsi masalah rumahtangga. Hari ni saya nak kongsi masalah cinta pula. Saya tolong kongsi saja. Korang tolong lah beri pendapat kalau ada.

masalah cinta

Ini masalahnya…saya copy & paste jer dari email yang dikirimkan.

Klik utk baca seterusnya…

Kahwin dah 3 bulan, tapi masih dara… (18SX)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya serba salah apabila ramai pembaca blog ini menghantar email mengadu macam-macam terutamanya mengenai masalah rumahtangga. Sudah berkali-kali saya tegaskan, saya ni bukannya pakar motivasi atau jauh sekali seorang kaunselor rumahtangga.

masalah rumahtangga

Saya hanya berkongsi info dan maklumat berguna yang saya ada saja di blog ini. Niat saya hanya untuk menyebarkan info-info yang baik kepada pembaca blog ini. Tak lebih dari itu.

Tapi hari demi hari, saya menerima pelbagai aduan melalui email mahupun SMS ke handphone saya. Macam-macam hal yang ditanyakan, sedangkan ilmu dan pengetahuan saya sangat terhad untuk menjawab setiap permasalahan yang dilontarkan.

Kadang-kadang saya juga rasa serba salah apabila pengadu meminta untuk dikongsikan masalah rumahtangga mereka di blog ini, sedangkan apa yang diadukan itu saya kira bersifat ‘agak peribadi’ dan menyentuh masalah-masalah ‘dalam selimut’ (18SX).

masalah rumahtangga

Apabila saya memberikan alasan untuk tidak menyiarkan luahan perasaan mereka, ada juga yang membalas balik mengatakan “TAK MENGAPA kerana saya tak perlu mendedahkan identiti sebenar mereka.” Jadi, tak siapa yang tahu identiti pengadu melainkan saya sahaja.

Saya tak perlu risau untuk berkongsi masalah rumahtangga di blog ini selagimana identiti si pengadu tidak didedahkan. Itu kata mereka.

Hmmm. Saya serba salah. Tapi memikirkan perkongsian ini mungkin memberikan panduan dan iktibar kepada pembaca lain, saya kira tak ada salahnya untuk saya berkongsi. Dan pastinya saya akan rahsiakan identiti si pengadu.

Makanya, pada hari ini, saya ingin menunaikan 1 lagi permintaan salah seorang pembaca blog ini yang mengadu tentang masalah rumahtangga yang dihadapinya. Saya kategorikan masalah ini agak 18SX kerana ia berkaitan dengan masalah hubungan intim suami isteri.

Apapun, saya berharap anda dapat membaca aduan ini dan memberikan pendapat atau pandangan anda. Tinggalkan sepatah dua komen dibawah agar kita sama-sama dapat bantu si pengadu dan segala komen anda akan menjadi rujukan kepada pembaca yang lain juga.

Terima kasih.

Kahwin dah 3 bulan, tapi masih dara… (18SX)

Klik utk baca seterusnya…

Tips bagaimana untuk memenangi hati seorang wanita

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Berikut ini saya kongsikan tip-tip bagaimana untuk memenangi hati seorang wanita, kekasih@isteri anda.

Semua tips ini ditulis berdasarkan hasil kajian dan ianya memang berkesan dan praktikal untuk diamalkan.

Setiap wanita memang sentiasa mahukan perhatian.

P/s- Tip-tip ini adalah khusus untuk para suami dan isteri saja. Yang masih belum berkahwin, jangan nak menggatal untuk mencubanya…

  1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
  3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
  4. Klik utk baca seterusnya…

Tips praktikal untuk bahagia berumahtangga?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebelum saya kongsikan artikel kali ini, izinkan saya nyatakan beberapa perkara.

1. Maaf kepada korang semua sebab lama tak update blog ni. Saya tersangatlah sibuk dalam seminggu dua ni.

2. Kepada yang hantar email, maaf juga sebab tak dapat reply email korang lagi. InsyaAllah, bila keadaan saya semakin reda sikit nanti, saya balas yer.

3. Kepada yang hantar email mengadu macam-macam dan minta untuk dikongsikan di blog ini, harap bersabar. InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan masalah korang satu persatu.

Harap maklum.


Baiklah berikut ini saya kongsikan 1 tulisan yang agak menarik yang diforward kan oleh seorang sahabat saya bernama HUSNI (Email : usni2093@satomalaysia.com). Beliau minta saya kongsikan di blog ini untuk manfaat bersama.

Tips praktikal untuk kebahagiaan berumahtangga

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Klik utk baca seterusnya…

Putus cinta – Kenapa begini nasibku?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pertamanya, saya nak ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua pengunjung blog ini.

Dah lebih seminggu saya tak update blog ini. Sebab saya bercuti selama seminggu sejak Sabtu minggu lepas.

Di kampung (Baling), tak ada internet. Kalau nak main internet kena keluar ke bandar. Tu yang leceh tu.

Apa-apa pun, mulai hari ini, saya akan aktif kembali. InsyaAllah lepas ini saya akan cuba update blog setiap hari.

Harap dapat sokongan daripada anda semua.

Baiklah, untuk hari ini, saya kongsikan 1 masalah cinta yang dihantar oleh seorang pembaca blog ini kepada saya tempohari.

Kalau anda ada apa-apa komen atau pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah tu yer. Terima kasih ;)

Putus cinta – Kenapa begini nasibku?

Salam..

Saya telah bercinta hampir 5tahun dengan seorang lelaki yang dikenali secara kebetulan. Dia mendapat no telefon Saya melalui seseorang. Peringkat awal percintaan memanglah indah.

Namun panas tidak berpanjangan. Terlalu banyak dugaan dan onak dalam percintaan kami. Antaranya bekas kekasih yang dianggap adik sering menganggu dirinya. Saya telah mengundurkan diri demi memberi laluan kepada perempuan tersebut yang sangat cintakan dirinya. Namun dia berkali-kali menyatakan pada saya wanita tersebut hanyalah adik. Wanita tersebut pernah curang dan kini dia telah ada saya, wanita yang dia cari selama ini. Saya menerima dirinya kembali kerana perasaan cinta telah berbunga waktu itu.

Klik utk baca seterusnya…

Sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita!

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Artikel kali ini khusus ditujukan kepada para suami. Saya faham betapa mencabarkan menjalankan peranan sebagai seorang suami kan?

Sabor jer lah yer sahabat-sahabat semua. ;)

Sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita!

Seorang laki telefon bini;
“Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?”

Bini jawab,
“Takmau bang, bini awak tengah diet…”

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa…

Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk… Dia lari tido bilik sebelah….

Bila laki respond balik,
“Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….”

Bini jawab,
“Memangla orang kata takmau apa-apa… Tapi belikan jerla apa-apa….Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….”

Eh, eh bini aku ni… Yang mana satu nih?, bisik hati sang laki.

Habis 1 bab.
—————————————————————–

Masuk bab 2.

Klik utk baca seterusnya…

4 Cara Bagaimana Agar Cinta Tidak Lesu

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya dapati ramai sekali orang mengalami masalah dalam perhubungan. Samaada perhubungan antara suami isteri, mahupun hubungan antara pakwe dan makwe (awek & balak).

Berikut ini saya kongsikan 4 tips @ cara bagaimana agar cinta tetap mekar dan ‘hangat’ sentiasa.

Kepada mereka yang tengah ‘hangat’ ber’couple’, saya nasihatkan anda untuk segera bernikah secara sah. Kerana perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan secara berlebihan (diluar batasan syariat) adalah HARAM dan DILARANG dalam agama.

Tidak semua perhubungan berakhir dengan keindahan, sekali pun perkara itulah yang diharapkan oleh lelaki dan wanita.

Tanyalah pada mana-mana pasangan sekali pun, masing-masing mahukan yang terbaik dalam hidup.

Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga pula, tentu saja mengharapkan tiada perceraian atau perbalahan yang boleh menghuru-harakan alam rumah tangga.

Sekali pun penuh dengan pelbagai ujian namun ada kalanya ramai yang tidak mampu bertahan.

Ada masa-masa perhubungan menjadi suram, lesu dan penuh konflik.

Justeru itu bagaimana mahu memastikan bahawa perhubungan sentiasa mekar dan cinta semakin bersemarak?

Klik utk baca seterusnya…

Bercinta dengan suami orang, salah kah?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Semalam, saya ada menerima 1 lagi email dari pembaca setia blog ini, meminta pandangan mengenai masalah percintaan dia dengan suami orang.

Saya rasa para pembaca blog ini, kebanyakannya cukup matang dan ada banyak pengalaman. Jadi, saya berharap anda dapat memberikan pandangan @ komen (walau sepatah dua) mengenai masalah yang dikongsikan ini.


Bercinta dengan suami orang, salah kah?

Salam,

Saya perlukan pendapat, nasihat mengenai masalah saya. Saya betul-betul buntu dan perlukan bantuan.

Setahun lebih yang lepas saya berkenalan dengan seorang lelaki di pejabat. Sejak awal lagi dia menunjukkan minat kepada saya. Kami berkawan, berkenalan seperti biasa. Kemudian saya mendapat tahu yang dia sudah berkahwin. So, saya tetapkan batas pada diri sendiri bahawa saya takkan berlebih-lebih dengan lelaki ni. Namun semakin hari dia cuba berkongsi masalah rumahtangganya dengan saya. Saya tak ambil berat sangat pun cuma bagi nasihat serba sedikit. Lagipun saya pun belum berkahwin. Apa la yang saya tahu mengenai kehidupan berumah tangga.

Klik utk baca seterusnya…

Dilemma tunang pendiam, tak pandai ambil hati…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada seorang pembaca setia blog ini menghantar email berceritakan masalahnya dan meminta pandangan dari saya.

Disebabkan saya sibuk sangat buat masa ni, saya tak dapat lagi untuk memberikan pandangan saya. Jadi saya kongsikan masalah tersebut di sini agar anda semua dapat memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Semoga apa yang dikongsikan dapat dijadikan panduan kita bersama.

Berikut adalah kandungan email yang saya terima.

Salam,

Kembali lagi saya bertemu dengan pakarhow to…sebelum ini saya pernah email minta nasihat anda, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi saya nasihat.Dan sekarang saya mengalami dilemma dalam kehidupan saya, cerita begini…..

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site