Petua dari Nabi SAW agar dikurniakan anak

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pagi tadi saya terbaca satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.

cute baby

Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;

“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Cara Kira Waktu Subur

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebelum ini saya ada berkongsi beberapa artikel tentang tips dan panduan kehamilan, cara untuk cepat mengandung, petua mudah mengandung, cara kira waktu subur, artikel tentang kitaran haid, dan segala macam permasalah tentang mengandung dan kehamilan di dalam blog ini.

Sejak dari hari itu, saya telah menerima beratus-ratus email dari para pembaca yang bertanyakan bermacam-macam soalan kepada saya.

Mereka ajukan pelbagai soalan seolah-olah saya ni adalah pakar sakit puan pula. Hakikatnya saya ni orang biasa saja. Lelaki pulak tu. Manalah saya tau sangat tentang hal-hal kesuburan dan kehamilan ni. huhu…

Paling banyak saya terima email adalah yang bertanyakan tentang bagaimana untuk mengira waktu subur. Ramai diantara mereka yang meminta saya tolong kirakan bilakah waktu subur mereka. Sedangkan sebelum ini, saya dah kongsikan 1 artikel di blog ini yang menerangkan bagaimanakah nak buat kiraan waktu subur. Namun, mereka tetap terus menghantar email kepada saya dan meminta saya tolong kirakan waktu subur mereka.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site