Kalau anda selalu berkunjung ke blog ini, mungkin anda akan perasan bahawa blog ini seringkali tidak dapat di’access‘ (buka).

Masalah yang terjadi ialah ‘Bandwidth Limit Exceeded‘.

sp32-20100818-102231

Ramai yang bertanya kepada saya, apa masalah ‘Bandwidth Limit Exceeded‘ tu sebenarnya??

Baiklah, kepada yang masih tidak berapa arif tentang perkara ini. Masalah ‘Bandwidth Limit Exceeded‘ ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antara yang paling utamanya ialah disebabkan terlalu ramai visitor (pelawat melebihi had) yang datang ke blog ini.

Macam ni lah. Untuk memudahkan anda semua faham, anda boleh anggap BANDWIDTH tu macam LALUAN atau JALAN nak menuju ke blog ni lah.

Kalau 10 orang melalui satu jalan tu, mungkin masih OK. Tapi kalau 1,000 orang melalui jalan yang sama macammana? Pastinya jalan akan jem kan?

So, begitulah yang berlaku pada blog ini. Bandwidth (jalan) blog ini agak kecil, tapi orang yang datang ramai sangat. Tu yang asyik jem dan tak boleh nak buka tu.

Ada orang cadangkan kepada saya, kenapa tidak diperbesarkan jalan (bandwidth) blog pakar?

Klik utk baca seterusnya…