Maaf, sorry dan sumimasen!

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya nak minta maaf kepada semua pembaca yang telah menghantar email kepada saya bertanyakan macam-macam perkara, tapi saya tak dapat nak menjawabnya satu persatu. Maaf, sorry dan sumimasen (sumimasen dlm bahasa jepun ialah maaf).

Sejak akhir-akhir ini, saya menerima begitu banyak email yang dihantar kepada saya untuk berkongsi cerita suka duka, meminta petua, meminta nasihat, mengadu nasib dan sebagainya.

Saya ada juga berusaha untuk membalas email-email tu mana yang sempat. Namun, makin hari makin banyak pula email yang masuk. Hingga saya dah tak mampu lagi nak membalasnya. Malah, kadang-kadang tu, saya tak sempat pun untuk membaca semua email tersebut.

Hari demi hari, bilangan email yang diterima semakin banyak. Macam-macam aduan, macam-macam luahan perasaan, macam-macam permintaan dan macam-macam persoalan yang diajukan. Sedangkan, masa saya amat terbatas. (I am a busy man huh?)

Justeru, saya terpaksa membuat pengumuman khas di blog ini bagi menerangkan situasi sebenar saya sekarang. Saya harap orang yang telah menghantar email kepada saya tak berkecil hati sekiranya saya tak dapat membalas email-email anda. Saya harap anda tak menge’cop’, melabel atau menganggap PakarHowTo sebagai orang yang sombong pula. Sesungguhnya saya bukanlah orang seperti itu. Selagi mana saya terdaya untuk balas email atau membalas komen-komen anda, maka saya pasti akan melakukannya insyaAllah.

Untuk makluman semua, menurut rekod yang ada pada kami, jumlah pelawat yang berdaftar sebagai pembaca setia blog  PakarHowTo setakat ini ada seramai lebih 5,000 orang. Dan jumlah pelawat unik ke blog ini setiap hari adalah kira-kira 4,500 hingg ke 5,000 orang.

Cuba anda bayangkan. Kalau setiap seorang daripada 5,000 pembaca setia itu mengirim email atau meninggalkan komen di blog, maka apakah mampu anda untuk membalasnya?

Pastinya tidak mampu bukan? Jadi, saya harap anda faham lah keadaan saya ni.

Klik utk baca seterusnya…

Selamat Hari Raya Aidilfitri (2010)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum.

Tinggal 2 hari saja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula menjelma.

Kami di PakarHowTo ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini.

Semoga dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Syawal kali ini, maka Allah memberikan keampunan, rahmat dan keredhoanNya kepada kita semua, insyaAllah.

Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pembaca sekiranya terdapat mana-mana artikel dan tulisan kami di blog ini yang mengguriskan perasaan atau menyakiti anda semua.

Klik utk baca seterusnya…

Ampun maaf dari saya…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum dan salam hormat saya ucapkan buat semua pembaca blog PakarHowTo. Saya doakan semoga anda semua sihat dan ceria bahagia sentiasa.

Dikesempatan ini juga, walaupun agak terlewat, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua. Semoga kita semua dapat beribadah sebanyak mungkin dan mendapat maghfirah (keampunan) dan rahmat daripada Allah Ta’ala.

Sebelum saya memanjang tulisan saya ini, terlebih dahulu, saya nak minta ampun maaf lah kepada anda semua kerana telah hampir 2 bulan saya menyepikan diri dari dunia internet/blogging ni.

Kepada yang menelefon, menghantar SMS, menulis komen di blog dan menghantar email bertanyakan macam-macam pada saya, saya ucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan anda. Dan saya minta maaf awal-awal sebab membiarkan email/sms anda tidak berjawab sejak sekian lamanya.

“Ke mana PakarHowTo menghilang?” , “Apa dah jadi dengan PakarHowTo?”, “Kenapa blog PakarHowTo asyik tak boleh acces jer?”, “Masalah Bandwith Exceeded tu apa yer?”, “PakarHowTo dah tak minat berblogging lagi ker?”, “PakarHowTo ada masalah ker?”

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site