Cara berkesan bagaimana untuk kurangkan tekanan hidup

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari ini, masa rehat tengahari, saya mengambil peluang untuk membaca surat khabar di satu ruang rehat di pejabat. Ada beberapa rakan sekerja lain,  turut sama berada di situ. Sambil baca surat khabar, kami masing-masing  bertukar-tukar cerita. Memang begitulah rutin kami. Lepas habis makan tengahari, kalau ada lebihan waktu rehat, kami akan berkumpul di situ dan berbual-bual sambil membaca akhbar.

Hari  ini, saya  begitu tertarik dengan cerita yang dikongsikan oleh seorang yang berpangkat akak (umur 41 tahun). Saya gelarkan akak ni dengan ‘Ka- S’ saja lah. Semasa rehat tengahari hari tadi, Kak-S telah berkongsi 1 tips, yang saya kira sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua.

Menurut Kak-S, cara paling berkesan (bagi dia) untuk mengurangkan tekanan hidup (stress, perasaan sedih, kecewa dan sebagainya) ialah dengan MELUAHKAN PERASAAN DI DALAM BILIK SORANG-SORANG. Kak-S kata, kalau nak lagi berkesan, semasa meluahkan segala perasaan tu, MENANGIS LA SEPUAS-PUASNYA.

Aik, biasanya orang luah perasaan pada orang lain. Cerita pada kawan baik, pada adik beradik dan sebagainya. Macammana pulak nak luahkan perasaan sorang-sorang? Kenapa tak luahkan pada orang lain saja? Bukan ker dengan bercerita masalah atau berkongsi cerita dengan orang lain  akan membantu kita meringankan ‘beban’ yang ditanggung? Ni first time saya dengar tips luah perasaan sorang-sorang ni…berkesan ker

Klik utk baca seterusnya…

Blog peribadi saya – LuahanHati.Com

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum. Diharapkan anda semua berada dalam keadaan  yang sihat segar bugar dan ceria sentiasa.

Pertamanya, saya minta maaf kerana blog PakarHowTo tidak dapat di ‘access’ selama 2~3 hari lepas. Ini adalah disebabkan terlalu ramai orang yang melawat blog ini menyebabkan ia jem (bandwith limit exceeded) dan tak dapat dibuka. Untuk makluman, blog ini hanya boleh menampung trafik sekitar 3,000 pelawat saja dalam sehari. Kalau lebih, memang ia tak boleh di buka.

Alhamdulillah, blog PakarHowTo ini sudah pun mempunyai pelawat lebih dari 3,000 orang dalam sehari. Dan kebanyakan pelawat datang dari enjin carian google dan yahoo.

Nampaknya, saya perlu mengeluarkan lebih kos bagi membesarkan lagi bandwith (laluan trafik/pelawat) ke blog PakarHowTo. Setakat ini, saya mengeluarkan lebih kurang RM30 sebulan bagi menambah bandwith blog Pakar.

Apa-apapun, saya mengucapkan terima kasih banyak kepada anda semua kerana sentiasa menyokong dan memberikan komen di blog ini. Sesungguhnya saya sangat hargai segala sokongan anda.

Berbalik kepada tajuk entri ini,  sebenarnya, baru-baru ini saya telah melancarkan sebuah lagi blog, yang saya namakan Blog LuahanHati.Com.

Klik Sini & Jenguklah...

www.LuahanHati.com

Klik utk baca seterusnya…

Luah Perasaan? Lepas Geram?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Selamat Tahun Baru Masihi 2010 kepada semua pembaca blog PakarHowTo.

Disebabkan ruangan ‘Lepas Geram?’ mendapat sambutan yang menggalakkan, saya telah membuat sebuah lagi blog khusus untuk anda semua melepas geram dan meluahkan perasaan.

Marilah kita sama-sama memeriahkan blog baru yang saya berikan nama
Blog LuahPerasaan‘. Klik gambar di bawah untuk mula meluahkan perasaan anda.

Lawati blog Luah Perasaan di www.LuahPerasaan.co.cc

dan daftarlah menjadi ahli member blog untuk meluahkan perasaan anda.

Klik Sini untuk download panduan daftar menjadi ahli.

|

Switch to our mobile site